Sunday, September 30, 2007

Birthday lahh!!

Khadijah telah genap 2 tahun hari nieh. Wajah yang penuh keceriaan ketika bangun dari tidur.


tapi, 30 minit selepas itu..... Khadijah menangis sakit kerana jatuh dari sofa buat kali kedua. Pengajaran kali pertama ketika jatuh dulu tidak diambil ikhtibar oleh daddynya. Huh!!Penyesalan saja tiada gunanya, pengajaran daripada kejadian harus dijadikan pedoman.


Semoga Khadijah tidak apa-apa, insyaAllah ......


dan menjalani urusan seharian seperti kebiasaannya.


Kehadiran Khadijah dalam keluarga teramat dinantikan, di kala usia baru mencecah dua tahun... banyak suka duka hidup yang kami tempuhi. Kami panjatkan doa kepada yang maha Esa agar dikurniakan kesihatan yang baik kepada anak kami, sihat tubuh badan, dipermudahkan segala urusan untuk dirinya, dan dikurniakan kejayaan dalam hidup...... dunia dan akhirat; InsyaAllah.

1 comment:

Anonymous said...

hepi besday sayang,muaaaahhhh..sayang dia.rupa-rupanyer ade sorg lagi yg lahir 30 sept.acik br je celebrate besday kwn acik tgh mlm smlm.jgn nakal2 ye..cepat besar :)