Friday, December 28, 2007

Suapan pertama



Aku hepi betul pabila pertama kali Khadijah pegang botol susu dan minum sendiri. Tak lama lepas tuh.... pada 25 Disember 2007, Khadijah buat pertama kalinya memegang makanan dan menyuapnya ke mulut. Aku tahu anak aku boleh..... lambat atau cepat perkara yang terkemudian..... janji boleh!!!




Dan semalam..... Khadijah sudah mula berani bermain dengan makanan yang aku beri padanya. Pertama kali juga aku beri ciku untuk Khadijah...... dan dukacitanya, khadijah tak suka dan menutup rapat mulutnya. Berita baiknya, ciku itu dijadikan mainan, diramas, disepah-sepahkan serata tempat. Bukanlah maksud aku bermain makanan itu baik.... tapi, untuk Khadijah ianya satu perkembangan positif. Sebab : Khadijah sudah berani menggunakan tangan seperti yang sepatutnya. Kalau dulu, aku cuba beri stimulasi tangan menggunakan pelbagai kekacang, beras dan tepung lembik.... tetapi semua aktiviti itu gagal kerana Khadijah berasa geli dan loya untuk memegang.

Monday, December 24, 2007

Khadijah: "Happy Birthday Kak Long Dina........"


Nurin Irdina Haswanie
Happy birthday Kak Long Dina,
Happy birthday Kak Long Dina,
Happy birthday happy birthday,
Happy birthday to you.....................
from: Khadijah, Maksu and Paksu

Saturday, December 22, 2007

Kekasih gelapku

Pada awalnya, aku dan suami bercadang nak balik kampung famili aku selepas solat sunat raya aiduladha di kawasan tempat tinggalku. Tetapi, selepas itu... ada pula rancangan kedua untuk bertolak ke kampung halaman lebih awal iaitu, pada petang rabu. Kononnya nak balik awal skit dari tempat kerja masing-masing. Walau bagaimanapun, rancangan tinggal rancangan semata-mata dan tidak tertunai kerana ada halangan yang telah ditentukan Allah kejadiannya.
Syukur juga kami batalkan rancangan kedua di saat-saat akhir. Aku tak dapat nak bayangkan kesusahan yang akan aku alami sekiranya sakit dalam perjalanan jauh dan menyesakkan pada hari rabu.
Doktor beri aku cuti selama 2 minggu untuk berehat secukupnya dan pulihkan kesihatan. Sesungguhnya, aku berasa sedih... kesedihan yang tak terlalu banyak.... tapi sedikit pasti ada kerana perkara yang aku nanti-nantikan..... Allah pinjamkan seketika cuma.

"kumencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yang tau
kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku"

Wednesday, December 19, 2007

kornea mata luka... ouchh!!!

Sabtu sudah, sedang aku dan suami makan malam, Khadijah pula sibuk main dengan sudu dan bekas tipuwarenya sambil ditemani PA... tiba-tiba saja Khadijah membuang cermin matanya dan menangis kuat.... mata tertutup.... sambil menggosok mata kiri yang menjadi satu-satunya harapan untuk melihat.

Aku pantas bangun mendapatkan Khadijah yang tidak kejauhan dari tempat makan rumah ku yang sekangkang kera itu. Hairan hati ini..... apa sebenarnya yang terjadi pada mata anak ku? Aku mendukung dan memeluk erat.... berkejar ke sinki mencuci mata kiri itu. Dan terus memujuk Khadijah untuk membuka mata yang tertutup dari tadi.... panik sungguh aku dibuatnya tatkala itu. Selepas mengesat air di mata dan muka, suamiku tak jemu-jemu turut sama memanggil dan memujuk Khadijah.... dan, Alhamdulillah Khadijah melihat kami sambil melemparkan senyuman kelat. Matanya ketika itu tak terlalu merah. Selepas beberapa ketika.... Khadijah bergerak aktif dan bermain seperti biasa sehingga tiba masa tidurnya.
Perkara yang tidak aku duga terjadi ketika Khadijah bangun tidur di pagi ahad. Sambil memejam mata, Khadijah minta aku nyanyikan lagu-lagu kegemarannya dan menggayakan nyanyian itu dengan lenggok tangannya sambil menguntum senyuman indah. Berkali-kali aku minta Khadijah melihat aku... buka mata sayang.... tapi, permintaan aku tak dihiraukannya dan terus memegang erat tanganku minta turun dari tilam yang sejengkal saja ke tanah untuk berjalan ke ruang tamu rumah sambil tangan meraba-raba dan langkah kaki yang tak tentu arahnya. Tiada tangisan.... cuma mata terpejam. Aku panggil suamiku, minta tengokkan keadaan mata Khadijah, tapi, Khadijah melawan dan menangis ketika itu. Hampir satu jam juga, baru kedua-dua belah mata dapat dibuka.... buka kecil, dan tutup semula. Aku lihat mata putih bertukar kemerahan.... air mata mengalir walau tiada tangisan.
Apa sebenarnya yang terjadi pada mata harapan keluarga kami? Berikut ilmu yang boleh dikongsi cerita yang didapati dari goaskal*ce. Sebab musabab boleh terjadi pada Khadijah masih menjadi misteri. Doa kami agar perkara ini tidak berulang.... dan Allah mengurniakan penglihatan yang baik kepada Khadijah kami. InsyaAllah.
Scratches on the cornea, the clear outer layer of the eyeball, can be quite painful. This injury to the eye can also result in tearing, redness, blurred vision, sensitivity to light, and/or increased involuntary eye blinking. Eyeball scratches, also called corneal abrasions, can be caused by a number of things:
- damaged or badly fitted contact lenses, as well as improper sterilization and leaving a lens in
for too long
- tiny objects and bits of debris, such as dirt, insects, or sand
- larger foreign objects, such as fingernails, toys, sheets of paper, balls and other sports gear, combs, or tree branches

It's important to see a health care provider or ophthalmologist as soon as possible after receiving a corneal abrasion, preferably within 24 hours, since untreated eye injuries can become seriously infected and may threaten your vision. Until you get yourself checked out, avoid the activity that caused the abrasion. If you think your eye's hurting from a contact lens, don't put the lens in again until a health care provider says it's okay to do so.

With the right treatment, corneal abrasions usually heal quickly, within 1 - 3 days, and are generally easy to deal with. A health care provider or ophthalmologist may first use harmless, fluorescent-staining eye drops and a special light to look for scratches. After examining you, s/he can remove any foreign objects remaining in the eye and prescribe treatments, including:
- antibiotic eye drops or ointment to prevent infection
- medicine to dilate the pupil and promote healing
- a temporary eye-patch to shield the cornea and minimize irritation

While some of these treatments may be available over-the-counter, make sure you see a health-care provider or eye-expert rather than attempt to treat yourself.
The health care provider might also suggest wearing sunglasses with ultraviolet (UV) light protection, to help minimize any discomfort while the cornea heals and/or to cover an eye-patch, if this is preferred.

Tuesday, December 11, 2007

Khadijah and her instruction........

video

Khadijah & Noni............

video

Permainan ala baru oleh Khadijah. Setiap kali pegang Noni dia akan cari bahagaian topi Noni. Happy sungguh dengan rekaan mainannya.

Sunday, December 9, 2007

Alhamdulillah Khadijah nampak tangkas berjalan...

video

Kami ingin memanjangkan kesyukuran yg tidak terhingga kehadrat Ilahi di atas pencapaian puteri sulong kami Khadijah. Alhamdulillah dengan izinNYA jua serta berkat doa dan usaha yg tidak putus2 dan digabungi dengan sokongan daripada keluarga terdekat adalah antara penyumbang kepada perubahan diri Khadijah. Semoga Khadijah terus menerus cemerlang ke arah menuju masa depan yg terus gemilang. Amin..........dengan izinNYA.

Alhamdulillah: Tahniah Abang Naz......... Kak Yati.....

"Amboi Chomelnya!!!"

Alhamdulillah dan tahniah daripada kami sekeluarga kepada Abg Naz & Kak Yati setelah dianugerahi seorang puteri yg sihat dan Chomel! Eiiiiiiiii............. geramnya...... dgn pipi yg kemerahan.

Daddy: Khadijah........ tengok tu Pak Ngah dan Mak Ngah ada baby laaaaaa... Chomei chomei ala chomei chomei.........

Sunday, December 2, 2007

Kuih raya pun dah siap. Legaaaaaaaaa........

"Kuih raya Khadijah 2 tray siap! Alhamdulillah"

Aktiviti membuat kuih raya merupakan salah satu aktiviti penting hujung minggu ini. Belum apa2 malam ni dah 3 bijik "leow"....... Bertuah sungguh anak ku sorang nieh......................

Aktiviti Petang Ahad..........

" Caaaaaaaaaakkkkkkkkkk"

" Hi everybody. I am relaxing at home this evening."

Setelah penat beraktiviti di sebelah pagi dan tengahari, kami tak ke mana di sebelah petang. Hanya berehat dan bersantai di rumah. Cuaca sejak dua menjak ini agak panas terik. Bahang panasnya pun rasa semacam. Ooo ya baru teingat kuih raya Khadijah dah habis. So kami kena buat hari ni juga......... Opssssssss..........

Sunday Class..............

"Ummi......... I am ready to school"

"Daddy, remember to bring along my raya biscuit and food for lunch"

Setiap hari Ahad...... Khadijah akan mengikuti class yg suasananya amat digemari oleh Khadijah. Tujuan utama program ini ialah untuk melatih anak2 kecil ini bergaul sesama mereka. Malah lebih dari itu ianya juga merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan secara tidak langsung suatu message yg amat berharga iaitu - tanggungjawab menuntut ilmu.

Suka lah...

Jumaat sudah, Khadijah ke hospital untuk pemeriksaaan rutin. Oleh sebab perkara nieh dah berterusan sejak Khadijah berusia 3 bulan.... makanyer, pemeriksaan susulan yang dilakukan sentiasa mesra, dan layanan yang diberikan sangatlah menyenangkan. Sumer jururawat kat klinik tuh kenal Khadijah..... budak kecik yang pakai spek pink dan pakaian yang serba pink selalu. Tapi, skang dah tukar laa, budak yang pakai spek ungu le plak.
Cam kebiasaannya, doktor akan memantau perkembangan fizikal Khadijah. Dan pertama kali doktor tengok Khadijah, dia terus cakap yang Khadijah nampak berisi betul kali nieh. Selepas tengok berat badan yang ditulis jururawat dan kemudiannya dicatatkan di graf..... doktor pun ketawa siput. Doktor tanya aku : "Apa yang awak bagi anak awak makan.... graf berat dia elok... terutamanya kebelakangan nieh?" Tuh lah penangannya biskut raya yang belum sudah... jawapan ringkas aku untuk yang bertanya. Aku harap anak aku sentiasa sihat dan berat badan yang terkawal sesuai dengan tinggi. InsyaAllah.
Aku seronok betul minggu nieh..... selain daripada keyakinan Khadijah yang bertambah sedikit untuk berjalan sendiri tanpa sokongan, Abang aku pun telah memperoleh cahaya mata baru pagi tadi..... puteri yang ketiga telah hadir ke dunia. Nampaknya cucu maktok dan tok abah bertambah setiap tahun. InsyaAllah, satu lagi akan tiba tahun depan. Semoga semuanya berkeadaan baik, sihat, dan menceriakan. InsyaAllah.
Khadijah dah tidur.... daddy yang dodoikan. Sayang anak ummi.... tidur nyenyak hingga pagi harapnya untuk malam nieh dan malam-malam yang mendatang juga.

Sunday, November 25, 2007

Happy Birthday Auntie Mastura................

Happy birthday Auntie Mastura,
Happy birthday Auntie Mastura,
Happy birthday.... happy birthday,
Happy birthday Auntie Mastura.
Yeaaaaaaaaaaaa!

Weekend......buat kuih raya untuk Khadijah......

The mission is accomplished. Yahooooooo!!

"Biskut yg siap untuk di bakar"


"Setelah dicampur serbuk chocolate"


Aik!!! talam masih kosong.

Khadijah memang minat sangat2 dengan biskut raya. Cookies atau biskut raya yg di jual di pasaran pada masa kini mengandungi gula yg agak tinggi. Oleh kerana untuk menjaga pengambilan gula kami berdua sepakat untuk membuat kuih raya untuk Khadijah weekend ni. Alhamdulillah kuih raya menjadi. Khadijah happy dengan kuih rayanya. Berikut adalah proses membuat kuih raya untuk Khadijah.

Saturday, November 24, 2007

Siapa nama Khadijah?????


Bila mana kita kata siapa nama Khadijah angkat tangan....... kelibat Khadijah dgn tangannya kelihatan dengan lontaran senyuman yg menggeramkan. Oleh kerana pipi yg berisi kelibat lesung pipit di kedua belah pipi kadang2 kelihatan dan kadang tengelam. Kemahiran ini di perolehi oleh Khadijah semasa di sekolah. Ooo ya cuti sekolah dah mula. Jadi Khadijah pun turut sama bercuti. Selamat bercuti untuk semua................

Friday, November 23, 2007

The Gingham Dress and threadbare suit

Dapat dari email.... koleksi peribadi


THE GINGHAM DRESS

A lady in a faded gingham dress and her husband, dressed in a homespun threadbare suit, stepped off the train in Boston, and walked timidly without an appointment into the Harvard University President's outer office. The secretary could tell in a moment that such backwoods, country hicks had no business at Harvard & probably didn't even deserve to be in Cambridge. "We'd like to see the president," the man said softly. "He'll be busy all day," the secretary snapped. "We'll wait," the lady replied. For hours the secretary ignored them, hoping that the couple would finally become discouraged and go away. They didn't, and the secretary grew frustrated and finally decided to disturb the president, even though it was a chore she always regretted. "Maybe if you see them for a few minutes, they'll leave," she said to him! He sighed in exasperation and nodded. Someone of his importance obviously didn't have the time to spend with them, and he detested gingham dresses and homespun suits cluttering up his outer office. The president, stern faced and with dignity, strutted toward the couple. The lady told him, "We had a son who attended Harvard for one year. He loved Harvard. He was happy here. But about a year ago, he was accidentally killed. My husband and I would like to erect a memorial to him, somewhere on campus."

The president wasn't touched. He was shocked. "Madam," he said, gruffly, "we can't put up a statue for every person who attended Harvard and died. If we did, this place would look like a cemetery." "Oh, no," the lady explained quickly. "We don't want to erect a statue. We thought we would like to give a building to Harvard." The president rolled his eyes. He glanced at the gingham dress and homespun suit, then exclaimed, "A building! Do you have any earthly idea how much a building costs? We have over seven and a half million dollars in the physical buildings here at Harvard."For a moment the lady was silent. The president was pleased. Maybe he could get rid of them now. The lady turned to her husband and said quietly, "Is that all it costs to start a university? Why don't we just start our own?" Her husband nodded. The president's face wilted in confusion and bewilderment. Mr. and Mrs. Leland Stanford got up and walked away, traveling to Palo Alto, California where they established the university that bears their name, Stanford University, a memorial to a son that Harvard no longer cared about.
You can easily judge the character of others by how they treat those who they think can do nothing for them. ---- A TRUE STORY By Malcolm Forbes

"People will forget what you said, People will forget what you did. But people will never forget how you made them feel".

Kali pertama

Aku luangkan masa seharian semalam dengan Khadijah. Marah Khadijah terhadap aku sebab berjauhan beberapa hari seperti tak dapat dibendung...... menangis penuh sendu, meronta tak mahu dipujuk. Minta aku uruskan segala keperluannya..... tak mahu langsung campur tangan PA. Aku usahakan kemahuannya..... sensitif yang agak melulu terkadang itu.
Hari terakhir aku di Shanghai, pegawai di sana jemput aku dan team makan malam di rumahnya. Rupa-rupanya dia ada anak yang sebaya dengan Khadijah, tengok budak tuh.... makin buat aku tak sabar nak jumpa Khadijah. Rindu dendam yang amat... nasib baik dah hari terakhir tugasan di sana. Almaklumlah... tak pernah berpisah dengan anak. Mungkin juga Khadijah berasakan perkara sama.... tapi tak tahu nak nyatakan perasaannya. Budak perempuan tuh dah pandai berbicara.... pelat dan sangat comel bunyinya. Tersentuh hati aku..... teringatkan anak aku yang jauh di mata.... dan kenormalan pada budak itu.

Ummi dan rakan2 di Shanghai........














I Love You - From Khadijah to All........

Daddy: Khadijah ni macam Shogun laaaaa.....


Yeaaahhhhhh!!!!

Stand straight! 1..2...3....
Hi........ Shanghai mali......

Thursday, November 22, 2007

Alhamdulillah Ummi selamat kembali ke tanahair.

Syukur ke hadrat ilahi kerana Ummi telah selamat kembali ke tanahair dari tanah besar china. Tahniah kepada Ummi kerana berjaya mengawal perasaan berenggang dengan Khadijah selama 6 hari - huh pertama kali ni. Sebelum ni dekat dua tahun dua beranak ni asyik dok berkepit jek di rumah. Kwang kwang kwang. Syabas kepada Khadijah kerana mudah dan cepat mengerti dan berjaya mengawal perasaan dan pada masa yg sama cepat menyesuaikan diri serta berdikari sepeninggalan Ummi ke tanah besar China. Terima kasih yg tak terhingga juga diucapkan kepada tok mama, mak tok, tok abah KL & Penang, abg Naz, tok chon dan tok sarah yg tidak putus2 menjaga dan menanyakan akan keadaan Khadijah. Jasa keluarga dan sanak saudara tidak dapat dan mampu untuk kami balas. Hanya doa kebaikan kami pohonkan kepada yg esa sebagai balasan. Ummi nampak keletihan mungkin disebabkan flight delay selamat 4 jam lebih. Punca utamanya ialah kerana keadaan traffic di airport Guangzhou yg terlalu sibuk. Diberitakan semua yg menaiki pesawat tidak dibernarkan keluar. Just imagine 4 jam kena tunggu dalam flight. Bagi yg naik economy class jenuh. Yg naik business can 1st class bernasib baik skit kerana dapat mengunjurkan dan meluruskan badan. Tak banyak pun dapat laa skit. Shopping di Shanghai agak sukar kerana majoriti peniaga tidak fasih berbahasa inggeris. Mereka hanya faham bahasa mandarin depa. So katanya kalau nakkan sesuatu tu kadang2 sampai kena buat action untuk memahamkan mereka. Tapi kadang masih mereka salah faham. Sudah tentu langsir, kain sutera cina, baju kanak2 dan dewasa, beg2 kecil, cadar, alas meja merupakan antara barang2 yg amat murah jika dibandingkan dengan harga di tanahair. Pada masa yg sama matawang ringgit masih mahal jika dibandingkan Yuen Reminbi. Faktor ini telah membantu dalam menambahkan lagi kuasa beli di kalangan rakyat Malaysia. Tempat makan agak susah. Rata2 org Malaysia yg bekerja di sana lebih gemar memasak makanan sendiri. Sampai di sini dahulu. Khadijah dan Ummi pun dah dibuai mimpi. So giliran daddy pula nak landing. Jumpa lagi!!!!!!

Tuesday, November 20, 2007

Tuesday 20th November 07 4am.

Hi Ummi apa khabar? Kami ok di sini. Semalam Khadijah ok. Breakfast, lunch dan dinner semua perfect alhamdulillah. Tak de masalah. Masa makan semua sharp. Lepas tu semuanya habis. Mungkin sebab daddy masak baek! punya. Kwang kwag kwang..... Malam tadi ubat pun ok tak banyak masalah. Bila kita nak letak ubat mata seperti biasa dia buka cermin dan bagi kepada kita. Semalam tidur 1045mlm. Tak perlu dodoi cam dulu. Letak aja atas katil nanti tok mama zikir.........usap2 kepala terus dia tidur. Bila dia buat bunyi manja tok mama cium pipi dia. Suka laaaaaaaa........ naik lemak laaaa dia dgn tok mama dan abah dia. Minum pun ok. Air zam zam pun minum. Buang air semalam 2 kali. Bahan buangan ok. Tak keras. Lembut elok. Buah cam biasa mangga. Punggung2 semua ok tak de merah2. So far so good. Ooo ya tadi pagi pun dia jaga sekali aja pukul 330 pagi. Daddy cepat2 buat susu. Habis dia minum. Tapi susu dia nak PA gendong. Lepas habis daddy bagi dia skit air sejuk. Dia minum skit lepas tu letak balik atas katil tak perlu dodoi sambil dukong. Cam biasa tok mama pula mainkan peranan. Lepas update ni daddy nak masak untuk Khadijah. Resepi hari ni ialah breakfast kacang merah, makan tgh dan malam daddy nak buat ayam dan sayur carrot. Ooo ya nanti balik tok abah nak amik ummi. Jgn lupa bagi flight number dan arrival time. Ooo ya pagi nanti tok abah dan tok mama minta izin nak bawa Khadijah jalan di Alamanda. Daddy kata boleh aja........... Khadijah lagi sukaa laa sebab ada org dok melayan. Sekarang ni dia pandai cerita kisah nyamuk. Start dari tepuk nyamuk. Nyamuk suka gigit dekat tempat mana nanti dia tunjuk laaa kaki dia tangan dia. Lagi satu dia suka main sorok barang. Lepas tu kita buat2 tak jumpa. Dia suka laaaa...Last sekali dia akan ambil barang tu dan tunjuk kat kita yg di sini. Lepas tu dia bersuara. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sambil tunjuk brang yg dia sorokkan yg mana kita tak boleh nak jumpa. Macam2 laaa Khadijah ni. Ok Ummi take care. Always love u! Assalamualaikum...........

Sunday, November 18, 2007

Petang Ahad...............18th Nov 07.

Khadijah seronok pi jalan di Alamanda. Bukan main seronok dia jalan. Masuk kedai ni keluar kedai ni. Sibuk macam org nak beli barang. Petang ni Tok Chon dgn Tok Sarah mai rumah tengok Khadijah. So daddy masak macam biasa laaaaaaaa. Cheeeee apa tak percaya ker? Masak apa? Masak satey Samuri laaaaaaaaaa...... Kwang kwang kwang.... Khadijah main cak2 dgn auntie Rina dan Mastura dia. So balik kepada cerita Khadijah - Breakfast dan lunch makan habis. Breakfast daddy masak gandum kat dia. Lunch dan dinner masak ayam dan carrot. Petang makan mangga. Khadijah macam biasa aktif sihat alhamdulillah. Banyak cakap..... nyanyi2. Hari ni tidur selama 1 jam setengah. Tak de ngangis2. Ok Ummi......... take care. We always love u! Byeeeeeeeeeeeeeeeeee..............

Day 3 Sunday 18th November 07.

Hi Ummi! how are u? How's yesterday? Ummi sure busy with your work. Khadijah ok. Malam tadi tidur lena. Bangun sekali pukul 3 pagi. Daddy cepat2 buat susu. Lepas tu letak balik atas katil tok mama zikir2 kat dia dan dia lena. Kadang2 dia cari juga benda yg selalu dia nyot nyot. Tapi bila dia cuba selak tok mama cepat2 kiss dia. So dlm ngantuk pun dia sempat senyum dan zzzzzzzzzzzz kembali. Dia bangun dalam 730am. Pagi ni daddy masak gandum utk breakfast dia. Macam biasa gandum makan habis. Lunch dan dinner plan nak masak ayam dan carrot. Tadi pi pasar cam biasa beli ikan merah dan tenggiri.Lepas tu ayam seekor. Nanti bila ummi balik mungkin kita cuba bagi dia rasa ikan jenahak pula. Sebab bapa pernah kata ikan jenahak pun sedap. Daddy teringat kata bapa masa beli ikan tadi. Tapi nanti bila Ummi balik kita introduce ikan tu kat Khadijah. Sebab tau aja laa Khadijah ni. Ikan yg dia tak suka memang dia tak nak langsung. Pagi ni plan nak bawa Khadijah ke Alamanda. Nak kena beli beras wangi Khadijah, lepas tu sayur organik, kapas. 945am nanti nak bawa keluar dah. Masa pagi org tak ramai so boleh laaa Khadijah berjalan dari satu kedai ke kedai yg lain. Haaa tok mama baru tau cam mana nak jaga Khadijah tidur. Hehehehehehehehe. Tok mama kata bila dia gerak aja kena tepuk dia. Lengoh ler juga sebab selalu gerak2. Hehehehehehe...... Ada ke tok mama kata daddy tidur dengkur kuat yg menyebabkan dia gerak2. Mana ada kan kan kan kaaaaaaaaaaaaaannn. Kwang kwang kwang. Ok Ummi itu aja update utk hari ni. So jaga diri bebaik. Jgn risau dgn Khadijah. So take care. We always love you.............

Khadijah nak nyanyi. Saya ada teko, teko saya bulat, ini tangkal dia, ini muncung dia... Tuang angkat, tuang angkat. Ok Ummi Khadijah nak pi Alamanda dah dgn Ummi. Byeeeeeeeeeeeeeeeeeee..... flying kiss....

Friday, November 16, 2007

Day 1 - Friday 16th November 2007.

Makan semua ok. Habis......... tak menangis. Tidur tok mama tidurkan. Sambil zikir dan usap kepala.......at last 11pm tidur. Kegiatan pada siang hari macam kebiasaan. Banyak arahan. Malam ni dia sibuk tepuk nyamuk. Kejap tepuk dinding kejap tepuk toto. Susu macam biasa daddy bagi mau tapi lambat kerana banyak sangat arahan yg kena patuhi. Lepas tu dia nak minum sama daddy. Jadinya terpaksa minta tolong PA Khadijah bagikan. PA bagi tak sampai 15 minit habis. Dengan tok abah main dukong2. Salam dan cium tangan tok mama. Bila suruh salam dan cium tgn tok abah dia buat2 nak pi. Bila dah dekat dia lari. Lepas tu gelak. Petang, katanya aktiviti berjalan bersama tok mama dan tok abah. Ubat alhamdulillah tiga jenis ubat tak jadi masalah. Tak menangis bila daddy bagi. Kalau ada Ummi dia pandai nak Ummi yg bagi. Daddy cam biasa lepas kerja pi pasar tani beli sayur segala macam. Hari ni mangga tak de langsung. So besok mungkin nak pi cari di Carrefour kalau ada. Buah hari ni tak banyak dijual di pasar tani. Mungkin tak sampai musim lagi kut utk buah mangga. Message kepada bapa dan mak pun sudah disampaikan. So sampai di sini dahulu. So Khadijah ok. Ceria seperti sediakala. Salam daripada kami di Putrajaya, Malaysia.

Thursday, November 15, 2007

Ummi berlepas ke Shanghai.....Selamat Jalan Ummi.

Selamat jalan diucapkan kepada Ummi semoga selamat pergi dan balik. Lepas ni daddy akan jadi superwoman........ di rumah. Kwang kwang kwang. Khadijah nak makan apa...meh daddy masak. Ikan merah? ikan tenggiri? sayur brocoli? mash potato? insyaAllah segala ilmu dan skill yg diperturunkan oleh Ummi akan daddy manafaatkan nanti. Sebelum berlepas Ummi sempat memotong kuku Khadijah.

So Ummi....... have a nice journey ahead. Enjoy your trip. Do not too worry about me. Love you Ummi.............. Byeeeeeeeeeeeeeee....... with flying kiss.

Tuesday, November 13, 2007

Gelagat Khadijah di hospital..... tersangatlah busy!

Good night to all..........muaaaahhhhhhhhh!!!!
Tgh malam masih nak berjalan..keluar bilik. Doktor pun dah zzzzzzzzzz...

La la laaa laaaaaaaa.............caaakkkk!!!

Eiii....... lambatnyer doktor.......isk isk isk.

Hiii everybody! how are you there?

Khadijah masuk hospital..................

Khadijah masuk hospital 12 Nov 07 - 13 Nov 07. Kami sibuk menguruskan keperluan Khadijah. Semoga Khadijah sihat sepeti anak2 lain InsyaAllah.

Sunday, November 4, 2007

Ummi Buat Biskut Raya - Khadijah: Nyam nyam nyam.

"Yeaaahhh siap dah. Alhamdulillah biskut siap pukul 11pm. Terima kasih ummi!!"
"Jeng...jeng..... biskut dah habis tekap. Blom final touch up lagi"
"Bahan2 yg disediakan untuk membuat kuih raya"
"Mari - mari.......kacau tepung.....mari....mari."
"O.....o....... biskut raya dah nak habis.......nak...nak....nak..."

Friday, November 2, 2007

Khadijah selsema

Hari ni hari ketiga Khadijah selsema. Kitaorang bawa khadijah ke klinik dekat rumah pada rabu malam yang sudah. Khadijah sampai sekitar jam 8 mlm... dan dapat giliran ke spuluh masa kat klinik tuh... dekat-dekat 9.30 malam baru sampai rumah. Balik rumah jek, terus bagi dia makan ubat..... cam biasa aaa, mengamuk bersungguh-sungguh. Tak lama lepas makan ubat.... Khadijah pun tidur. Kul 3 pagi bangun mintak disusukan.... selesai jek susu, baling-baling bantal kat sekeliling dia.... dan sejak dari itu, Khadijah terus berjaga sampai kul 6.15 pagi. Aku dan daddynyer pun teramatlah mengantuk hari tuh.

Hari Khamis malam.... Khadijah senang diberi ubat, tapi masih gaks nak mengamuk manja kole. Lepas makan ubat..... aku nak tidurkan dia.... sebab dia dah nampak mengantuk yang amat. Tapi, Khadijah tak mau, dia nak main gaks.... jadinya aku bagi tugasan kat daddy untuk tidurkan dia yang memang dah mengantuk tapi masih ada hati nak main tuh. Daddy pun gagal.... terus diberi kepada PAnya. Dan tak lama lepas tuh, selepas dikendong dan diusap rambutnya.... maka tidurlah Khadijah ku itu. Rasanya kul 10.30 kut masa tuh.

Alhamdulillah...... buat pertama kalinya, aku ulang..... pertama kali, Khadijah tidur lena dan tak bangun menyusu dan membiarkan diriku tidur hingga ke pagi sampaikan terlewat laks bangun. Jam 6.30 pagi baru Khadijah bangun... dan memulakan harinya dengan senyuman dan keceriaan walaupun selsema dan batuk masih ada. Aku puas tidur malam tadi...... bagaimana agaknya dengan malam-malamku yang akan datang? Tidurlah Khadijah.... tidurlah wahai puteriku..... tidur nyenyak hingga ke pagi. InsyaAllah.

Wednesday, October 31, 2007

Weekend activities.

"Thanks for escorting me! See you again...."


"Hi everyone! Have a nice weekend ahead"

"Yahoo....escalator!"

Tepuk Amai2 - A song for Khadijah.


Tepuk amai - amai,
Belalang si kupu-kupu,
Tepuk amai-amai,
Belalang si kup-kupu,
Baca buku biarlah habis,
Bila besar boleh jadi doktor.
Susu lemak manis,
santan kelapa muda,
Gedeebooookkkkkkkkkkkk.......... Daddy please... I want to sleep....loorrhh.

Tuesday, October 30, 2007

Khadijah - Lunch @ Kenny Rogers

"Ummi...daddy.... I want to go back. I missed my raya cookies"


"Ooo gosshhh.... keep waiting for my favorite muffin. Hmmmmmmmm"

"Ummi, I love your secret recipe. I cannot wait for Kenny!"

"I am ready to taste the food"

Monday, October 29, 2007

Susun Atur

Selesai sudah semua temujanji di bulan Oktober.



Alhamdulillah.... semuanya baik.





temujanji untuk November menanti bersusun


debar hatiku... mengharapkan berita baik tentang puteri sulungku itu.


selepas itu.....




3 berderet temujanji di bulan Januari sedang menunggu