Menebas rumput merupakan suatu kerja yg nampak mudah di mata. Tetapi tidaklah semudah yg dilihat. Ini kerana rumput yg pendek memerlukan suatu hayunan sabit yg serendah boleh. Kadang-kadang ahhhh! terasa lebih baik upah aja org mesin. Upahnya boleh tahan juga dekat RM 40.00. Lalang yg tinggi amat merimaskan mata memandang. Oleh sebab itu aku bertekad hari Ahad yg lalu aku telah set kan di dalam hati ku yg aku akan make sure semua lalang di bahagian depan rumah ku ni clear! Aku mula kerja pada pukul 8 am. 830am makcik jerit dari dapur. Tuan! gas nyer masak Khadijah sudah habis.... Alamak mana boleh ni puteri kesayangan ku kalau missed waktu makan sure aku kena lecture. Aku terus lontarkan sabitku dan bergegas ke kedai. Alhamdulillah dapat juga aku beli gas yg besar. Alamak! kerja ku terhenti dekat sejam. Setelah selesai pasang gas dan sambung masak bubur Khadijah (breakfast) aku terus dengan kerja ku. Tebas teas punya tebas................
Akhirnya aku berjaya menebas di kawasan hadapan rumah ku. Puas rasa hati ku. Peluh mencurah-curah. Alamak aku lupa. Hari ni aku puasa. Jam baru pukul 1000am. Letihnya macam nak dekat berbuka. Maklumlaaaaa jarang buat kerja berat. Bagi ku menebas rumput ini merupakan suatu theraphy. Ia mengajar aku erti susah, usaha, kejayaan. Ia memerlukan perancangan dan tenaga. Di celah-celah rumput kelihatan tanah yg mana suatu hari nanti di situlah tempat kita kembali. Aku rasa insaf.
Mission minggu ini ialah untuk menebas di kawasan tepi dan belakang rumah. Huh..............kerja ku rupanya belum selesai..
1 comment:
kesian kat rumput kena tebas di bulan puasa
Post a Comment