Friday, April 25, 2008

Cakap-cakap

Salam.... dah lama tak menaip kat blog nieh. Malas campur sibuk. Ada cerita terbaru berkenaan penyejuk hati yang semakin membesar dan bertambah akalnya. Khadijah dah mula bicara perkataan yang difahami oleh aku dan keluarga terdekat. Belum menyebut perkataan sepenuhnya, tapi sudah pandai minta itu dan ini dengan menyebut suku kata terakhir sahaja. Syukur. Setiap perkara yang besar, bermula dari sesuatu yang sedikit. Walau bagaimanapun, dua perkara yang aku tunggu belum kunjung tiba. Khadijah belum memanggil ummi dan daddy. Tapi, Khadijah boleh menyebut mama dan abah.... tapi, bukan untuk kami suami isteri.... untuk tok mama dan tok abahnya. Makin bertambah manja dengan tok mama dan tok abah.... dah 3 minggu tok berdua itu menjaga dan mengasuhnya di waktu aku dan suami bekerja. Ucapan terima kasih tak terhingga.... bukan sekadar kepada tok berdua, tetapi juga kepada nenek kami yang terpaksa berseorangan di rumah, kepada chuna yang menjengah tok dan membekalkan makanannya dan kepada iparku berdua atas pengorbanan mereka.
oOOOooo 25 April.... hari istimewa untuk Pak Ngah, tapi kesian.... mak ngah di kejauhan pulak. Apa-apa pun, kami sekeluarga nak ucapkan "HAPPY BIRTHDAY PAK NGAH.... ceria selalu!"

Monday, April 14, 2008

Khadijah bertambah yakin............

video

Alhamdulillah kami panjangkan kesyukuran yg tidak terhingga dengan perkembangan Khadijah yg makin yakin pada dirinya sendiri untuk berjalan. Semoga usaha kami berjaya dan terima kasih di atas sokongan dan dokongan serta diiringi oleh doa daripada seluruh kaum keluarga. Semoga Khadijah terus mencapai kecemerlangan dari hari ke hari.

InsyaAllah.............

Catatan dari Sabah...........


Airport major renovation in progress.

Daddy di ballroom Sutera Harbour Resort. InsyaAllah berkat usaha dan tekun belajar, harapan daddy dna ummi moga Khadijah akan jadi lebih cemerlang daripada daddy dan ummi suatu hari nanti. Dengan IzinNYA.
Pesawat di naiki daddy ke Sabah.
Daddy berangkat ke Sabah attending investment seminar.
Of course Gunung Kinabalu merupakan the major attraction in Sabah. Tak sempat nak bergerak jauh kerana kesuntukkan masa. Tapi apa yg dapat dilihat masih ada lagi rumah air disepanjang jalan dari airport ke pusat bandar. Pelebaran jalan masih berlaku. Kelihatan pembangunan yg tidak seimbang. Pearl memang cantik2. Sekali pi kedai rasa cam tak mo balik. Suma cantik2 belaka. Tapi awas kerana silap hari kita bayar kepada sesuatu yg tiruan. Seafood memang mewah di sini. Udang harimau, udang kering dan ikan bilis antara yg termurah jika nak dibandingkan harga sekilo di KL. So borong ler apa laagi. Di Sutera Harbour pula penuh di org Jepun. Depa pulun main golf disebabkan nak main golf di Jepun memakan kos yg tinggi. Bangun pagi pukul 6 terkejut tengok keadaan sekeliling yg dah terang benderang. Rupanya subuh di Sabah pukui 445 pagi maaaaaaaaa......... Demikianlah catatan serba sedikit dari Sabah.
Semoga ketemu lagi..........