Saturday, September 22, 2007

Berbuka Puasa bersama Anak2 Yatim di Rumah Nur Hikmah.


Thanks from Khadijah............

Tanggal 30th Sept 07 nanti, genap sudah Khadijah bakal menyambut hari ulang tahunnya yg ke 2. Bersempena dengan bulan Ramadhan yg mulia ini, kami telah sepakat untuk mengadakan suatu majlis berbuka puasa / sahur bersama anak2 yatim. Mula2 kami cuba dapatkan slot di rumah bakti ulu klang. Tapi telah penuh booking. Bayangkan belum masuk bulan puasa dah penuh. Alhamdulillah akhir sekali kami berjaya mendapatkan slot pada hari Jumaat 21 Sept 07. Rumah anak yatim ini didiami oleh seramai 60 org anak yatim dan 5 org ibu tunggal. Rumah Nur Hikmah ini terletak di Kajang, 20 minit dari Putrajaya. Menurut penjaga rumah ini buat masa ini keperluan asas seperti beras, gula, garam adalah tidak merisaukan. Stok begitu banyak sekali. Rumah ini lebih memerlukan bantuan dalam bentuk dana. Katanya cukup sukar untuk mendapatkan peruntukkan daripada pihak kerajaan. Kerajaan Malaysia perlu mengambil perhatian berat dalam menyediakan prasarana yg selesa untuk anak2 yatim ini. Kerajaan begitu sibuk dengan projek2 mega seperti Putrajaya, Iskandar Development, Northern Corridor.........tapi masih ada rumah2 anak yatim yg tidak selesa untuk didiami.

Walau bagaimana pun kami sekeluarga bersyukur kerana niat kami untuk memberi makan kepada anak2 yatim ini tercapai. Terima kasih kepada ahli2 keluarga yg sudi menyertai program bersama anak-anak yatim ini.

Alhamdulillah............................................................

No comments: