Friday, December 28, 2007

Suapan pertama



Aku hepi betul pabila pertama kali Khadijah pegang botol susu dan minum sendiri. Tak lama lepas tuh.... pada 25 Disember 2007, Khadijah buat pertama kalinya memegang makanan dan menyuapnya ke mulut. Aku tahu anak aku boleh..... lambat atau cepat perkara yang terkemudian..... janji boleh!!!




Dan semalam..... Khadijah sudah mula berani bermain dengan makanan yang aku beri padanya. Pertama kali juga aku beri ciku untuk Khadijah...... dan dukacitanya, khadijah tak suka dan menutup rapat mulutnya. Berita baiknya, ciku itu dijadikan mainan, diramas, disepah-sepahkan serata tempat. Bukanlah maksud aku bermain makanan itu baik.... tapi, untuk Khadijah ianya satu perkembangan positif. Sebab : Khadijah sudah berani menggunakan tangan seperti yang sepatutnya. Kalau dulu, aku cuba beri stimulasi tangan menggunakan pelbagai kekacang, beras dan tepung lembik.... tetapi semua aktiviti itu gagal kerana Khadijah berasa geli dan loya untuk memegang.

Monday, December 24, 2007

Khadijah: "Happy Birthday Kak Long Dina........"


Nurin Irdina Haswanie
Happy birthday Kak Long Dina,
Happy birthday Kak Long Dina,
Happy birthday happy birthday,
Happy birthday to you.....................
from: Khadijah, Maksu and Paksu

Saturday, December 22, 2007

Kekasih gelapku

Pada awalnya, aku dan suami bercadang nak balik kampung famili aku selepas solat sunat raya aiduladha di kawasan tempat tinggalku. Tetapi, selepas itu... ada pula rancangan kedua untuk bertolak ke kampung halaman lebih awal iaitu, pada petang rabu. Kononnya nak balik awal skit dari tempat kerja masing-masing. Walau bagaimanapun, rancangan tinggal rancangan semata-mata dan tidak tertunai kerana ada halangan yang telah ditentukan Allah kejadiannya.
Syukur juga kami batalkan rancangan kedua di saat-saat akhir. Aku tak dapat nak bayangkan kesusahan yang akan aku alami sekiranya sakit dalam perjalanan jauh dan menyesakkan pada hari rabu.
Doktor beri aku cuti selama 2 minggu untuk berehat secukupnya dan pulihkan kesihatan. Sesungguhnya, aku berasa sedih... kesedihan yang tak terlalu banyak.... tapi sedikit pasti ada kerana perkara yang aku nanti-nantikan..... Allah pinjamkan seketika cuma.

"kumencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yang tau
kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku"

Wednesday, December 19, 2007

kornea mata luka... ouchh!!!

Sabtu sudah, sedang aku dan suami makan malam, Khadijah pula sibuk main dengan sudu dan bekas tipuwarenya sambil ditemani PA... tiba-tiba saja Khadijah membuang cermin matanya dan menangis kuat.... mata tertutup.... sambil menggosok mata kiri yang menjadi satu-satunya harapan untuk melihat.

Aku pantas bangun mendapatkan Khadijah yang tidak kejauhan dari tempat makan rumah ku yang sekangkang kera itu. Hairan hati ini..... apa sebenarnya yang terjadi pada mata anak ku? Aku mendukung dan memeluk erat.... berkejar ke sinki mencuci mata kiri itu. Dan terus memujuk Khadijah untuk membuka mata yang tertutup dari tadi.... panik sungguh aku dibuatnya tatkala itu. Selepas mengesat air di mata dan muka, suamiku tak jemu-jemu turut sama memanggil dan memujuk Khadijah.... dan, Alhamdulillah Khadijah melihat kami sambil melemparkan senyuman kelat. Matanya ketika itu tak terlalu merah. Selepas beberapa ketika.... Khadijah bergerak aktif dan bermain seperti biasa sehingga tiba masa tidurnya.
Perkara yang tidak aku duga terjadi ketika Khadijah bangun tidur di pagi ahad. Sambil memejam mata, Khadijah minta aku nyanyikan lagu-lagu kegemarannya dan menggayakan nyanyian itu dengan lenggok tangannya sambil menguntum senyuman indah. Berkali-kali aku minta Khadijah melihat aku... buka mata sayang.... tapi, permintaan aku tak dihiraukannya dan terus memegang erat tanganku minta turun dari tilam yang sejengkal saja ke tanah untuk berjalan ke ruang tamu rumah sambil tangan meraba-raba dan langkah kaki yang tak tentu arahnya. Tiada tangisan.... cuma mata terpejam. Aku panggil suamiku, minta tengokkan keadaan mata Khadijah, tapi, Khadijah melawan dan menangis ketika itu. Hampir satu jam juga, baru kedua-dua belah mata dapat dibuka.... buka kecil, dan tutup semula. Aku lihat mata putih bertukar kemerahan.... air mata mengalir walau tiada tangisan.
Apa sebenarnya yang terjadi pada mata harapan keluarga kami? Berikut ilmu yang boleh dikongsi cerita yang didapati dari goaskal*ce. Sebab musabab boleh terjadi pada Khadijah masih menjadi misteri. Doa kami agar perkara ini tidak berulang.... dan Allah mengurniakan penglihatan yang baik kepada Khadijah kami. InsyaAllah.
Scratches on the cornea, the clear outer layer of the eyeball, can be quite painful. This injury to the eye can also result in tearing, redness, blurred vision, sensitivity to light, and/or increased involuntary eye blinking. Eyeball scratches, also called corneal abrasions, can be caused by a number of things:
- damaged or badly fitted contact lenses, as well as improper sterilization and leaving a lens in
for too long
- tiny objects and bits of debris, such as dirt, insects, or sand
- larger foreign objects, such as fingernails, toys, sheets of paper, balls and other sports gear, combs, or tree branches

It's important to see a health care provider or ophthalmologist as soon as possible after receiving a corneal abrasion, preferably within 24 hours, since untreated eye injuries can become seriously infected and may threaten your vision. Until you get yourself checked out, avoid the activity that caused the abrasion. If you think your eye's hurting from a contact lens, don't put the lens in again until a health care provider says it's okay to do so.

With the right treatment, corneal abrasions usually heal quickly, within 1 - 3 days, and are generally easy to deal with. A health care provider or ophthalmologist may first use harmless, fluorescent-staining eye drops and a special light to look for scratches. After examining you, s/he can remove any foreign objects remaining in the eye and prescribe treatments, including:
- antibiotic eye drops or ointment to prevent infection
- medicine to dilate the pupil and promote healing
- a temporary eye-patch to shield the cornea and minimize irritation

While some of these treatments may be available over-the-counter, make sure you see a health-care provider or eye-expert rather than attempt to treat yourself.
The health care provider might also suggest wearing sunglasses with ultraviolet (UV) light protection, to help minimize any discomfort while the cornea heals and/or to cover an eye-patch, if this is preferred.

Tuesday, December 11, 2007

Khadijah and her instruction........

video

Khadijah & Noni............

video

Permainan ala baru oleh Khadijah. Setiap kali pegang Noni dia akan cari bahagaian topi Noni. Happy sungguh dengan rekaan mainannya.

Sunday, December 9, 2007

Alhamdulillah Khadijah nampak tangkas berjalan...

video

Kami ingin memanjangkan kesyukuran yg tidak terhingga kehadrat Ilahi di atas pencapaian puteri sulong kami Khadijah. Alhamdulillah dengan izinNYA jua serta berkat doa dan usaha yg tidak putus2 dan digabungi dengan sokongan daripada keluarga terdekat adalah antara penyumbang kepada perubahan diri Khadijah. Semoga Khadijah terus menerus cemerlang ke arah menuju masa depan yg terus gemilang. Amin..........dengan izinNYA.

Alhamdulillah: Tahniah Abang Naz......... Kak Yati.....

"Amboi Chomelnya!!!"

Alhamdulillah dan tahniah daripada kami sekeluarga kepada Abg Naz & Kak Yati setelah dianugerahi seorang puteri yg sihat dan Chomel! Eiiiiiiiii............. geramnya...... dgn pipi yg kemerahan.

Daddy: Khadijah........ tengok tu Pak Ngah dan Mak Ngah ada baby laaaaaa... Chomei chomei ala chomei chomei.........

Sunday, December 2, 2007

Kuih raya pun dah siap. Legaaaaaaaaa........

"Kuih raya Khadijah 2 tray siap! Alhamdulillah"

Aktiviti membuat kuih raya merupakan salah satu aktiviti penting hujung minggu ini. Belum apa2 malam ni dah 3 bijik "leow"....... Bertuah sungguh anak ku sorang nieh......................

Aktiviti Petang Ahad..........

" Caaaaaaaaaakkkkkkkkkk"

" Hi everybody. I am relaxing at home this evening."

Setelah penat beraktiviti di sebelah pagi dan tengahari, kami tak ke mana di sebelah petang. Hanya berehat dan bersantai di rumah. Cuaca sejak dua menjak ini agak panas terik. Bahang panasnya pun rasa semacam. Ooo ya baru teingat kuih raya Khadijah dah habis. So kami kena buat hari ni juga......... Opssssssss..........

Sunday Class..............

"Ummi......... I am ready to school"

"Daddy, remember to bring along my raya biscuit and food for lunch"

Setiap hari Ahad...... Khadijah akan mengikuti class yg suasananya amat digemari oleh Khadijah. Tujuan utama program ini ialah untuk melatih anak2 kecil ini bergaul sesama mereka. Malah lebih dari itu ianya juga merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan secara tidak langsung suatu message yg amat berharga iaitu - tanggungjawab menuntut ilmu.

Suka lah...

Jumaat sudah, Khadijah ke hospital untuk pemeriksaaan rutin. Oleh sebab perkara nieh dah berterusan sejak Khadijah berusia 3 bulan.... makanyer, pemeriksaan susulan yang dilakukan sentiasa mesra, dan layanan yang diberikan sangatlah menyenangkan. Sumer jururawat kat klinik tuh kenal Khadijah..... budak kecik yang pakai spek pink dan pakaian yang serba pink selalu. Tapi, skang dah tukar laa, budak yang pakai spek ungu le plak.
Cam kebiasaannya, doktor akan memantau perkembangan fizikal Khadijah. Dan pertama kali doktor tengok Khadijah, dia terus cakap yang Khadijah nampak berisi betul kali nieh. Selepas tengok berat badan yang ditulis jururawat dan kemudiannya dicatatkan di graf..... doktor pun ketawa siput. Doktor tanya aku : "Apa yang awak bagi anak awak makan.... graf berat dia elok... terutamanya kebelakangan nieh?" Tuh lah penangannya biskut raya yang belum sudah... jawapan ringkas aku untuk yang bertanya. Aku harap anak aku sentiasa sihat dan berat badan yang terkawal sesuai dengan tinggi. InsyaAllah.
Aku seronok betul minggu nieh..... selain daripada keyakinan Khadijah yang bertambah sedikit untuk berjalan sendiri tanpa sokongan, Abang aku pun telah memperoleh cahaya mata baru pagi tadi..... puteri yang ketiga telah hadir ke dunia. Nampaknya cucu maktok dan tok abah bertambah setiap tahun. InsyaAllah, satu lagi akan tiba tahun depan. Semoga semuanya berkeadaan baik, sihat, dan menceriakan. InsyaAllah.
Khadijah dah tidur.... daddy yang dodoikan. Sayang anak ummi.... tidur nyenyak hingga pagi harapnya untuk malam nieh dan malam-malam yang mendatang juga.