Showing posts with label Sekolah KD. Show all posts
Showing posts with label Sekolah KD. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Naufal?

Ianya merupakan acara di sekolah kakak.

Macam mana sailor man ni boleh berada di sini?

Sibuk aja kata kakaknya!

Khadijah berkhemah

Dia menampakkan semakin dipermudahkan untuk menerima sesuatu yang baharu.

Selamat maju jaya Khadijah!

Tuesday, February 26, 2013

Monday, February 25, 2013

Tuesday, February 19, 2013

Friday, January 25, 2013

Allah maha berkuasa lagi maha mengetahui

Kami memanjangkan rasa kesyukuran kepada Allah kerana dengan rahmatNYA Khadijah telah mula nampak kemahiran menulis. Semakin hari ianya kelihatan semakin mantap.

Kelihatan nombor 2 yang mantap!

Khadijah akan terus berjuang dan berusaha.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

Friday, January 11, 2013

Riadah bersama guru dan rakan

Guru kelas Khadijah bernama Ahmad Fakaruddin berasal dari negeri Perlis dan berpengalaman hampir lebih sepuluh tahun dalam pendidikan khas. Sebelumnya cikgu mengajar di salah sebuah sekolah di Klang.

Beriadah seperti ini merupakan antara metod yang digunakan untuk menarik perhatian murid-murid ini.

Lihatlah betapa mereka yang serba kekurangan ini masih memilih untuk bangun pagi, pergi ke sekolah. Lihatlah betapa mereka yang sukar mengenal huruf dan nombor ini masih lagi gigih ke sekolah.

Ini menunjukkan..............

Tidak ada alasan bagi yang sepatut belajar, anda mengambil keputusan untuk tidak mahu belajar. Anda ambil keputusan dengan alasan-alasan yang dangkal. Anda beralasan kononnya alasan anda itu sedap dan boleh diterima.

Hanya untuk mengenal huruf dan nombor mereka ambil masa bertahun. Mengapa mereka masih tidak jemu untuk belajar? Belajar tidak berkait dengan masa. Belajarlah selama mana sekali pun. Istilah atau alasan terlambat bukan lagi alasan.

Sepatutnya kekurangan mereka ini menjadi suatu lonjakan kepada yang sepatutnya kena belajar tapi tak mahu belajar!

Sebenarnya, anda tidak ada alasan untuk tidak belajar atau tidak mahu belajar sebab.........

Anda dicipta sempurna. Bagi yang sepatutnya belajar ayuh!

Belajarlah!