Dah hari sabtu pun.... aku cuti empat hari dalam minggu nieh. Orang sumer sibuk dok apply cuti minggu depan coz nak balik kampung beraya...... aku plak cuti sakan minggu nieh untuk menguruskan Khadijah dah diri aku yang jatuh sakit tak semena-mena. Tiga hari berturut di hospital sangat meletihkan. Aku pasti Khadijah turut berasakan perkara yang sama. Tapi, disebabkan dia masih kecik.... dan tenaga tersangatlah banyaknya.... makanyer kesibukan dia berjalan ke hulu ke hilir di hospital tak dapat dibendung. Ponat aku dan hubby dibuatnya. Apa-apa pun syukur sangat sebab dia tak meragam dan tetap ceria cam biasa, kecuali bila diganggu jururawat bertugas yang check suhu badannya 4 kali sehari. Tekanan darah...... hmmmm..... tak leh nak amik langsung..... menangis sakan.
Khadijah mula berpuasa jam 5.30 pagi. Kata doktor..... giliran Khadijah mungkin sekitar jam 11.00 pagi. Untuk bius..... bayi yang menyusu badan perlu berpuasa selama 4 jam berbanding dengan bayi yang menyusu formula selama 6 jam. Oleh sebab Khadijah dah besar berbanding 3 pesakit lain yang belum pun mencecah umur satu tahun..... makanyer doktor telah aturkan Khadijah sebagai pesakit terakhir yang akan dirawat. Dah tiga kali Khadijah masuk ke bilik bedah dan berpuasa..... dan pada setiap kali itu, Khadijah akan dirawat pada jam 8.00 pagi (kes pertama). Aku kesian dekat Khadijah kali nieh...... biasanya Khadijah bersarapan jam 8.30 pagi..... tapi, pada hari yang berkenaan.... aku bagi Khadijah makan angin..... tak sudah-sudah Khadijah dok selak tudung n baju aku minta disusukan. Kesiannn sungguh laa. Masa Khadijah sibuk dok meminta..... tetiba jururawat panggil aku. Katanya, giliran Khadijah mungkin lewat dari jangkaan.... dia minta aku bagi susu kat Khadijah sekali saja dan puasa balik lepas tuh. Jadinya Khadijah menyusu selama 20 minit dan berpuasa semula sehinggalah jam 12.30 tengah hari barulah masuk ke dewan bedah.
No comments:
Post a Comment