Friday, December 28, 2012

Y2K : Kalamazoo - Detroit - Los Angeles - Kaisan - KLIA

Masa ni keadaan menjadi kelang kelibut sebab ramai pelajar yang hendak pulang dan pada masa yang sama takutkan ancaman Y2K kepada pesawat. Maklumat yang kami dapat, menaiki pesawat pada masa Y2K ini amat merbahaya kerana pesawat bergantung kepada system komputer dan bayangkan sekiranya segalanya bertukar menjadi 0000000?

1) Lapangan terbang Kalamazoo


Kalamazoo ini merupakan bandar kecil. Flight yang boleh mendarat sedikit kecil daripada Boeing 737. Majority kapal terbang di sini jenis Fokker. Kami berlepas dari Kalamazoo menaiki Fokker untuk ke Detroit pada jam 4 petang. Detroit ini merupakan ibu kota kepada negeri Michigan. Ianya bandar metropolitan. Kami kena sampai ke LA secepat mungkin sebab penerbangan MH001 ke KLIA dijadualkan berlepas pada jam 1230 tengah malam.

2) Lapangan terbang Detroit


Flight dari Detroit berlepas pada jam 6 petang menaiki pesawat Boeing 737 Northwest Airlines. Kami sampai di LA pada jam 1100 malam di terminal 2. Di LA ini mereka ada dalam 8 terminal kemudian barulah berjumpa dengan terminal penerbangan antarabangsa. Punya jauh kami berjalan untuk melepasi satu terminal ke terminal yang lain.

3) Lapangan terbang antarabangsa LA


Di sinilah check in untuk penerbangan antarabangsa.

4) Lapangan terbang Kaizan



Setelah mengharungi perjalanan hampir 10 jam, pesawat MAS ini transit dalam 30 minit di lapangan terbang tengah laut di Jepun untuk mengisi minyak. Waahhh teruja saya lihat airport ini. Boleh nampak hempasan ombak dari tingkap pesawat. Kami tidak dibenarkan keluar dari pesawat.

Kami tiba di KLIA jam 5:30 petang. Ianya kenangan yang amat berharga dalam hidup saya.

Alhamdulillah.

No comments: