Di dalam library ini ada suatu kawasan atau ruang di bawah tanah untuk pelajar berlindung daripada bencana Tornado. Saat cemas itu dialami ketika jam 3 petang. Begitu pantas sekali awan secara tiba-tiba menjadi hitam. Ianya seperti waktu malam.
Siren dibunyikan dan pada ketika ini masing-masing bertempiaran lari menyelamatkan diri. Saya menyelamatkan diri diruang bawah tanah di perpustakaan ini. Bekalan elektrik diputuskan dan waktu itu radio merupakan alat yang sangat penting. Keadaan di bawah tanah ini panas dan masih mempunyai lampu kecemasan. Kerana ketika itu cuacanya sejuk, kepanasan tidaklah begitu terasa sangat.
Kami berada di bawah tanah selama hampir 30 minit. Setelah pihak kaji cuaca mempastikan keadaan selamat barulah kami beredar keluar.
Jarak antara perpustakaan dengan rumah memakan masa 20 minit berjalan kaki. Sudah pasti disepanjang perjalanan kelihatan pokok-pokok yang tumbang, dahan yang terkulai dan ada melibatkan kemusnahan harta benda.
Yang pasti sepanjang perjalanan pulang ke rumah suasananya teramat sunyi.
Mendapatkan kerja part time di perpustakaan ini tidaklah mudah. Ianya dipelopori oleh pelajar warga Pakistan, India dan tempatan. Bekerja di sini menjadi rebutan pelajar dari negara lain. Ianya amat menguntungkan kerana sambil bekerja kita ada kesempatan untuk mentelaah.
Di sinilah tempat mentelaah dan tempat saya bina kekuatan dalam diri dalam perjuangan menuntut ilmu di bumi Kalamazoo ini.
Sent from Khadijah's * Naufal's * Haikal's - iPad
No comments:
Post a Comment