Pertama kali travel seorang diri merupakan cabaran yang hebat. Semasa berangkat ke Kalamazoo saya travel seorangan. Saya hanya ada kawan yang tunggu saya di airport Kalamazoo. Travel agensi yang menguruskan segala ticket seingat saya MSL Travel. Sedikit mencabar kerana banyak connecting flight.
Lagi mencabar ialah saya tidak boleh buat direct luggage check in terus ke Kalamazoo. Saya kena ambil beg di Changi dan di Minneapolis airport.
Flight bermula di Terminal 3 Subang ke Singapura menaiki pesawat MAS bertolak pada jam 1215 tengah malam. Flight kecik saja seingat saya Boeing 737. Penerbangan memakan masa selama dalam 50 minit. Hidangan pada waktu itu hanyalah secawan kecil juice oren dan kacang. Touch down di Changi airport pada jam 1250 tengah malam. Flight berikutnya ialah ke Taiwan pada jam 530 pagi dengan menaiki pesawat Northwest Airlines.
Inilah flight 747 yang saya naiki dari Singapura. Sepanjang perjalanan saya hanya memakan roti. Perjalanan berikutnya ialah ke Chang Kai Shek (Taiwan). Beberapa hari sebelum itu ada sedikit kemalangan yang mengorbankan banyak nyawa bila sebuah pesawat silap ambil track berlepas dan langgar pembahagi landasan, meletop, terbakar dan putus dua.
Cuak juga masa itu bila tahu nak ke sana. Perjalanan memakan masa hampir 5 jam dan selamat mendarat pada sebelah tenghari. Transit di Taiwan memerlukan kami keluar daripada badan pesawat. Hampir sejam setengah kemudian kami masuk balik ke dalam pesawat. Sempat meronda di kawasan dalam airport apa yang boleh disimpulkan ialah begitu banyak sekali batu-batu jade dijual dengan bermacam-macam harga, warna dan keistimewaan.
Perjalanan berikutnya ialah ke Narita. Di sini kami kena ambil bagasi dan kemudian ke terminal lain untuk menukar kapal terbang. Masih menggunakan Northwest Airlines. Di Jepun saya boleh simpulkan ianya negara yang pesat membangun dan bersih. Struktur airport Narita ini bagi saya merimaskan kerana terlalu padat dan tidak banyak ruang kosong. Ianya terlalu berhimpit-himpit (mungkin tidak lagi kini, keadaan pasti berubah). Perjalanan ke Minneapolis akan memakan masa selama 11 jam. Arrgghhhh.............. Sakit belakang.
Tiba di Minneapolis pada jam 1230 tengahari. Airportnya cukup luas. Ianya mengambil masa selamat hampir 40 minit berjalan daripada international terminal ke local terminal. Cukup jaun namun selesa kerana ruang berjalan kaki yg lebar, luas dengan penghawa dingin. Ianya amat selesa. Masih lagi dengan Northwest Airlines tapi kali ini menaiki flight yang kecil daripada Boeing 737. Flight ni kerusinya 2 kiri dan 2 di sebelah kanan. Penumpang tidak lebih 50 orang. Tapi ianya bukan Fokker. Paramugari pada waktu itu ialah perempuan negro berbadan gempal. Penerbangan dari Minneapolis ke Kalamazoo ini memakan masa selama lebih 3 setengah jam. Saya tiba di Kalamazoo hampir jam 430 petang.
Majoriti kawan-kawan serumah balik Malaysia pada musim cuti lama tetapi saya tidak. Saya tidak sanggup balik kerana perjalanannya yang amat meletihkan.
Saya end up 2 tahun tak balik Malaysia. Mama dan abah saya sudah pasti risau kalau-kalau saya tidak mahu balik lagi.
Lagi mereka risau agaknya kalau saya bawa balik orang putih.
Perjalanan ini mengambil masa lebih 24 jam. Saya rasa puas menaiki kapal terbang dan rasa macam tak mau naik lagi.
No comments:
Post a Comment