Tuesday, December 11, 2012

Catatan kuliah zuhur bersama Sheikh dari Palestine.


1) Menceritakan bagaimana seorang makcik cuba menahan daripada kemusnahan kebunnya sambil dia memeluk sebatang pokok Zaitun yang hanya tinggal manakala yang lainnya telah dimusnahkan oleh Yahudi laknatullah.

2) Bom yang digunakan oleh Yahudi laknatullah bersamaan dengan bom yang digugurkan di Hiroshima.

3) Kejadian di mana tembakan Yahudi laknatullah mengenai pejuang namun ianya terkena pada sebuah quran kecil yang disimpan di dalam poket pejuang. Quran tidak musnah cumanya sedikit terbakar di muka kulitnya kerana terkena peluru.

4) Kos membeli senjata (senapang) seunit bersamaan dengan USD3,000. Kos untuk seunit roket berjumlah USD10,000.

5) Roket pejuang Palestine telah berjaya menembak dan memusnahkan kapal terbang dan kapal laut yahudi laknatullah.

6) Seorang ayah menunjukkan 4 orang anaknya telah terkorban. Namun dia menyatakan tidak sama sekali berganjak dari medan jihad ini. Juga dikongsi gambar seorang suami yang kehilangan anak dan isteri.

7) Mereka menyatakan yang mereka tidak perlu tangisan malah kalau kelihatan kita menangis mereka akan arahkan kita keluar daripada hospital. Sesungguhnya mereka tidak perlukan tangisan daripada kita, sebaliknya mereka memerlukan bantuan doa dan bantuan kewangan untuk terus berjuang.

No comments: