Sunday, December 30, 2012

Jambatan Pulau Pinang

Kata Tok Abah Penang, June 2013 boleh siap.









- Posted using BlogPress from my iPad

Alah Kak Ngah Mieza tu!





- Posted using BlogPress from my iPad

Abang Fikri - Back to school

Pesan Tok Sarah

Lunch @ Platino

Che' Min masak beriani ayam sama dalcha.

Slurrrppp!

Bersama Mak Tok.....

Abang....... Jangan pegang tangan saya..........!

Inilah reaksi Haikal bila abangnya memegang tangan. Dia tidak tahu mengapa dan untuk apa abangnya berbuat sedemikian rupa.


Tapi, terbukti bila langkah ultraman dibuka, ianya menghiburkan si adik ini.


Tidak kelihatan lagi suara tangisan si adik. Malah, adik merasa teruja dengan gerak tangan si abang.

Abang, jangan pegang tangan saya! tidak lagi relevan...................

Posted via DraftCraft app

Saturday, December 29, 2012

Friday, December 28, 2012

Boss bagi suruh minum.

Rumah baru, tahun baru! - Untuk di sewa @ Seberang Jaya, Pulau Pinang

Y2K : Kalamazoo - Detroit - Los Angeles - Kaisan - KLIA

Masa ni keadaan menjadi kelang kelibut sebab ramai pelajar yang hendak pulang dan pada masa yang sama takutkan ancaman Y2K kepada pesawat. Maklumat yang kami dapat, menaiki pesawat pada masa Y2K ini amat merbahaya kerana pesawat bergantung kepada system komputer dan bayangkan sekiranya segalanya bertukar menjadi 0000000?

1) Lapangan terbang Kalamazoo


Kalamazoo ini merupakan bandar kecil. Flight yang boleh mendarat sedikit kecil daripada Boeing 737. Majority kapal terbang di sini jenis Fokker. Kami berlepas dari Kalamazoo menaiki Fokker untuk ke Detroit pada jam 4 petang. Detroit ini merupakan ibu kota kepada negeri Michigan. Ianya bandar metropolitan. Kami kena sampai ke LA secepat mungkin sebab penerbangan MH001 ke KLIA dijadualkan berlepas pada jam 1230 tengah malam.

2) Lapangan terbang Detroit


Flight dari Detroit berlepas pada jam 6 petang menaiki pesawat Boeing 737 Northwest Airlines. Kami sampai di LA pada jam 1100 malam di terminal 2. Di LA ini mereka ada dalam 8 terminal kemudian barulah berjumpa dengan terminal penerbangan antarabangsa. Punya jauh kami berjalan untuk melepasi satu terminal ke terminal yang lain.

3) Lapangan terbang antarabangsa LA


Di sinilah check in untuk penerbangan antarabangsa.

4) Lapangan terbang Kaizan



Setelah mengharungi perjalanan hampir 10 jam, pesawat MAS ini transit dalam 30 minit di lapangan terbang tengah laut di Jepun untuk mengisi minyak. Waahhh teruja saya lihat airport ini. Boleh nampak hempasan ombak dari tingkap pesawat. Kami tidak dibenarkan keluar dari pesawat.

Kami tiba di KLIA jam 5:30 petang. Ianya kenangan yang amat berharga dalam hidup saya.

Alhamdulillah.

Sekitar WMU

1) Schneider Hall


Di sinilah sebahagian besar daripada subject kewangan kelasnya di bangunan ini. Bangunan ini mempunyai 3 tingkat. Dalamnya berlantaikan carpet. Ianya seperti berada di dalam hotel. Suasana di dalamnya amat teratur, kemas dan dijaga rapi. Jarak di antara rumah ke 'business school' ini memakan masa 15 minit berjalan kaki.

2) Knauss Hall


Saya kena pergi ke bangunan ini untuk subjek elektif iaitu Economics dan American Politics. Sekali pandang macam bangunan yang tidak ada harapan. Tapi bila masuk ikut pintu yang sebesar itu akan kelihatan betapa banyaknya kelas-kelas yang tersedia ada.

3) Sangren Hall


Di bangunan ini saya ada kelas untuk subjek History dan Japanese. Untuk subjek History kuliah disampaikan oleh pensyarah wanita. Dia seorang yang begitu minat sekali interpret gambar-gambar yang dilukis di batu-batu pada zaman batu. Sehinggakan dinding dewan kuliah dihiassi dengan lukisan-lukisan bermacam bentuk. Kadang tu saya rasa seperti berada di dalam zaman batu!

Untuk subjek Japanese yang menariknya ialah pensyarah yang mengajar kami ialah seorang Japanese. Sangat menarik sekali subjeck ini. Lagi best bila dapat bergaul dengan pelajar Jepun. Pelajar Jepun ini sangat rajin dan tekun. Kadang tu bila bercakap sepatah pun kita tak boleh tangkap kalau mereka bercakap bahasa Inggeris. Tapi bila tiba masa exam, merekalah yang menjadi juara. Mereka hebat!

4) Diether Hall

Saya ke bangunan ini untuk mengikuti kelas Geology. Bangunannya cukup besar dan selesa.

5) Komputer lab


Ianya bersambung dengan Waldo library. Sekiranya hari hujan, anda boleh cuba mengikut jalan bawah tanah.

6) SRC - Student Recreational Center


Dalam bangunan ini anda boleh jogging, main tennis, swimming, gymnasium, squash, aerobic, dan bola sepak. Di semester akhir saya gemar bermain squash. Saya belajar bermain squash ini dengan Khairul pelajar TNB Electrical Engineering. Kami main sampai sakit kaki.

7) Bernhard Center


Tempat yang pertama sekali kami kenal. Di sinilah sesi orientasi di adakan, di sinilah adanya McDonalds, kedai buku, bank, komputer lab dan pejabat pos. Nak lepas boring boleh main snooker, billiard dan video games. Sudah pasti bukan percuma!

8) Sindecuse Health Center


Saya kena pergi ke hospital ini untuk subjek physical education. Telah diwajibkan setiap pelajar untuk terlibat sama ke hospital yang terletak di dalam universiti ini. Semasa sesi saya, kami diajar berkenaan dengan breast cancer. Yang mengajar kami ialah seorang wanita. Semasa praktikal kami diajar cara mengesan breast cancer. Setiap daripada kami dikehendaki mempraktikkan urutan yang diajar. Buat sebab nak dapat markah passed dan earn 1 credit hour.

9) Miller Auditorium



Sudah pastinya semua yang menjejakkan kaki di WMU ini berakhirnya di dewan ini. Saya mencipta sejarah dalam hidup saya di mana pada tarikh 11 December 1999 saya telah berada di dalam dewan ini dan berjalan di pentas untuk peroleh segulung ijazah.

Alhamdulillah.

Wednesday, December 26, 2012

KL - Changi - Chang Kai Shek - Narita - Minneapolis - Kalamazoo

Pertama kali travel seorang diri merupakan cabaran yang hebat. Semasa berangkat ke Kalamazoo saya travel seorangan. Saya hanya ada kawan yang tunggu saya di airport Kalamazoo. Travel agensi yang menguruskan segala ticket seingat saya MSL Travel. Sedikit mencabar kerana banyak connecting flight.

Lagi mencabar ialah saya tidak boleh buat direct luggage check in terus ke Kalamazoo. Saya kena ambil beg di Changi dan di Minneapolis airport.

Flight bermula di Terminal 3 Subang ke Singapura menaiki pesawat MAS bertolak pada jam 1215 tengah malam. Flight kecik saja seingat saya Boeing 737. Penerbangan memakan masa selama dalam 50 minit. Hidangan pada waktu itu hanyalah secawan kecil juice oren dan kacang. Touch down di Changi airport pada jam 1250 tengah malam. Flight berikutnya ialah ke Taiwan pada jam 530 pagi dengan menaiki pesawat Northwest Airlines.


Inilah flight 747 yang saya naiki dari Singapura. Sepanjang perjalanan saya hanya memakan roti. Perjalanan berikutnya ialah ke Chang Kai Shek (Taiwan). Beberapa hari sebelum itu ada sedikit kemalangan yang mengorbankan banyak nyawa bila sebuah pesawat silap ambil track berlepas dan langgar pembahagi landasan, meletop, terbakar dan putus dua.


Cuak juga masa itu bila tahu nak ke sana. Perjalanan memakan masa hampir 5 jam dan selamat mendarat pada sebelah tenghari. Transit di Taiwan memerlukan kami keluar daripada badan pesawat. Hampir sejam setengah kemudian kami masuk balik ke dalam pesawat. Sempat meronda di kawasan dalam airport apa yang boleh disimpulkan ialah begitu banyak sekali batu-batu jade dijual dengan bermacam-macam harga, warna dan keistimewaan.

Perjalanan berikutnya ialah ke Narita. Di sini kami kena ambil bagasi dan kemudian ke terminal lain untuk menukar kapal terbang. Masih menggunakan Northwest Airlines. Di Jepun saya boleh simpulkan ianya negara yang pesat membangun dan bersih. Struktur airport Narita ini bagi saya merimaskan kerana terlalu padat dan tidak banyak ruang kosong. Ianya terlalu berhimpit-himpit (mungkin tidak lagi kini, keadaan pasti berubah). Perjalanan ke Minneapolis akan memakan masa selama 11 jam. Arrgghhhh.............. Sakit belakang.

Tiba di Minneapolis pada jam 1230 tengahari. Airportnya cukup luas. Ianya mengambil masa selamat hampir 40 minit berjalan daripada international terminal ke local terminal. Cukup jaun namun selesa kerana ruang berjalan kaki yg lebar, luas dengan penghawa dingin. Ianya amat selesa. Masih lagi dengan Northwest Airlines tapi kali ini menaiki flight yang kecil daripada Boeing 737. Flight ni kerusinya 2 kiri dan 2 di sebelah kanan. Penumpang tidak lebih 50 orang. Tapi ianya bukan Fokker. Paramugari pada waktu itu ialah perempuan negro berbadan gempal. Penerbangan dari Minneapolis ke Kalamazoo ini memakan masa selama lebih 3 setengah jam. Saya tiba di Kalamazoo hampir jam 430 petang.

Majoriti kawan-kawan serumah balik Malaysia pada musim cuti lama tetapi saya tidak. Saya tidak sanggup balik kerana perjalanannya yang amat meletihkan.

Saya end up 2 tahun tak balik Malaysia. Mama dan abah saya sudah pasti risau kalau-kalau saya tidak mahu balik lagi.

Lagi mereka risau agaknya kalau saya bawa balik orang putih.

Perjalanan ini mengambil masa lebih 24 jam. Saya rasa puas menaiki kapal terbang dan rasa macam tak mau naik lagi.

Depa butter ajak mak tok p toys r us!

Ho ho ho... I LIKE!

Kak Long Dina, Kak Ngah Mieza dan Adik Liya di rumah baru.....

Mak Tok jumpa kawan lama.....

Pak Ngah & family riadah di Mengkuang dam.

Naufal kata harimau sakit tengok Ultraman!

Tuesday, December 25, 2012

Waldo Library

Di dalam library ini ada suatu kawasan atau ruang di bawah tanah untuk pelajar berlindung daripada bencana Tornado. Saat cemas itu dialami ketika jam 3 petang. Begitu pantas sekali awan secara tiba-tiba menjadi hitam. Ianya seperti waktu malam.

Siren dibunyikan dan pada ketika ini masing-masing bertempiaran lari menyelamatkan diri. Saya menyelamatkan diri diruang bawah tanah di perpustakaan ini. Bekalan elektrik diputuskan dan waktu itu radio merupakan alat yang sangat penting. Keadaan di bawah tanah ini panas dan masih mempunyai lampu kecemasan. Kerana ketika itu cuacanya sejuk, kepanasan tidaklah begitu terasa sangat.

Kami berada di bawah tanah selama hampir 30 minit. Setelah pihak kaji cuaca mempastikan keadaan selamat barulah kami beredar keluar.

Jarak antara perpustakaan dengan rumah memakan masa 20 minit berjalan kaki. Sudah pasti disepanjang perjalanan kelihatan pokok-pokok yang tumbang, dahan yang terkulai dan ada melibatkan kemusnahan harta benda.

Yang pasti sepanjang perjalanan pulang ke rumah suasananya teramat sunyi.

Mendapatkan kerja part time di perpustakaan ini tidaklah mudah. Ianya dipelopori oleh pelajar warga Pakistan, India dan tempatan. Bekerja di sini menjadi rebutan pelajar dari negara lain. Ianya amat menguntungkan kerana sambil bekerja kita ada kesempatan untuk mentelaah.

Di sinilah tempat mentelaah dan tempat saya bina kekuatan dalam diri dalam perjuangan menuntut ilmu di bumi Kalamazoo ini.


Sent from Khadijah's * Naufal's * Haikal's - iPad

105 North Kendall Avenue, Kalamazoo, 49006 Michigan

Park Terrace

Kendal Manor

Park Terrace - Inilah rumah yang saya duduki selama hampir setahun tujuh bulan ketika menuntut ilmu dulu. Seperti biasa rumah yang paling bawah sewanya paling murah. Rumah kami bila dibuka tingkap ianya setara dengan jalan. Pastinya tidak sama di Malaysia, ianya terjaga dan tidak berhabuk. Jauh sekali kelihatan sampah-sarap.

Lantainya sudah pasti bawah tanah. Kalau dalam kedudukan tidur ianya seperti tidur dalam tanah.

Basuh dan sidai baju tidak memakan masa yang lama. Oppps di sini kita dilarang menyidai. Membasuh baju di sini memakan masa selama sejam. Semuanya menggunakan mesin. Kosnya sekitar USD1.75 sekali basuh. Selalunya jam 10 malam adalah masa yang terbaik untuk menggunakan mesin ini. Waktu jam 12 tengah malam lagi baik.

Bayangkan, untuk ke bilik kami, anda kena menuruni tangga. Kalau Khadijah, Naufal dan Haikal tengok pasti mereka ajak balik. Gambar di atas diambil pada musim awal luruh. Ianya musim daun-daun maple bertukar warna menjadi kemerah-merahan.