Alhamdulillah kami memanjangkan rasa kesyukuran kehadaratNYA kerana dengan izinNYA jua Khadijah telah mula boleh berdiri dan berjalan dengan sendiri tanpa di pegang tangan. Kami berdua berasa sangat bersyukur yg tak terhingga kehadratNYA kerana segala usaha kami sebelum ini telah menampakkan hasil. Kami berharap dan selalu berdoa agar kami diberi kekuatan dan terus berganding bahu dalam membesarkan Khadijah supaya dianya nanti akan menjadi seorang yg cemerlang. Walau bagaimana pun setinggi mana usaha dan kegigihan kami, tentunya sebagai manusia kita mempunyai limitation. Dengan izinNYA jua kita boleh ketemu kejayaan yg diimpikan. Kepada ahli keluarga yg tidak putus2 berdoa dan tidak lupa juga kepada rakan taulan, sekalung bunga dan ucapan terima kasih daripada kami. Tidak dilupakan juga buat semua doktor2 pakar - Dr. Chong, Dr. Malini, Dr. Ismail, Dr. Arbaayah, Dr Wan Jazilah, Dr. Tunku Taayah, Dr. Sofiah, Dr. Ali Azman, Dr. Murugan Kumar, Therapist Chelvi, Therapist Zura, Dr. Christopher Lim, hanya tuhan yg dapat membalas segala budi, khidmat nasihat dan pertolongan yg diberikan. Semoga Khadijah akan terus menunjukkan perkembangan positif dari hari ke hari. InsyaAllah.
1 comment:
tahniah khadijah sayang!
Post a Comment