Dua hari sudah, sebaik sahaja aku selesai mendengar luahan sedih seoarang sahabat, aku terima panggilan telefon daripada abang aku. Abang aku kata, dia telepon nieh sebab dia tahu aku pakar dalam bidang yang akan ditanya. Pelik jugak pada mulanya. Pabila perbualan diteruskan... rupa-rupanya abang aku nak bertanya perihal doktor dan hospital... ek eleh.... ingatkan apa ler tadik. Cerita sedih kedua untuk hari yang sama..... anak kawannya yang berusia 4 tahun diserang sakit yang tak berkesudahan berulang kali dan tiada pakar dalam bidang berkaitan untuk dirujuk. Dia minta tolong aku semak doktor pakar di sebuah hospital kerajaan sekitar sini. Tak banyak yang boleh ditolong.... cuma nombor telefon yang dicari dan diberi untuk dihubungi.
Realitinya selama hampir dua tahun ini, aku memang banyak menziarahi hospital-hospital sekitar kawasan jajahan. Dan boleh dikatakan, aku sudah tahu selok-belok cara kerja di hospital-hospital yang berkenaan. Ada yang menyenangkan hati....... dan ada jugak yang mengiciwakan. Aku kenkadang nak jek rasanya jadik pakar kanak-kanak, pakar bius, pakar mata kanak-kanak, pegawai optometris, pakar neuro, pakar bedah, pakar ortopedik dan segala macam pakar untuk memudahkan rawatan anak aku. Tapi....... semuanya itu sudah terlambat kerana aku tak belajar perubatan pun. Aku lakukan sekadar yang terdaya dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab aku sebaik-baiknya untuk menjadi doktor pakar Khadijah.
1 comment:
Just to share. Waktu Abang Ee di universiti tahun 1993 kami telah banyak berbincang tentang permasaalahan perubatan yang di alami oleh Malaysia.
Oleh kerana perubatan sekarang semakin canggih, banyak perkara yang halus dan teliti dapat dikenal pasti. Ini di panggil oleh para doktor sebagai sub-speciality.
Waktu itu ini adalah perkara baru sebab kita hanya mengenali terma specialist dan bukan sub-specialist.
Waktu itu ramai pesakit di sini terpaksa ke Eropah untuk berubat.
Kami waktu itu cuba mencari pelabur untuk membina hospital yang khususnya sub-specialist tapi gagal.
Hari ini memang ramai yang dah mengetahui perkara sebenar mengenai penyakit yang dialami dan juga mengetahui bahawa kepakaran biasa tidak boleh dipercayai.
Walau bagaimanapun harus juga kita ingat cerita cinta Tun Mahathir. Mengikut kisahnya sewaktu belajar perubatan Tun Mahathir selalu berbalah tentang isu perubatan dengan Toh Puan Dr Siti Hasmah yang kemudian menjadi isterinya.
Yang perlu difahami bahawa doktor juga ada pelbagai pendapat dan tidak semestinya kesemua pendapat mereka itu tepat, kerana mereka juga makhluk Allah.
Jadi beban membuat keputusan perlu juga ditanggung oleh kita berdasarkan nasihat mereka dan selepas setiap keputusan yang dibuat, kita perlu tawadduk ber doa agar keputusan yang kita buat bukan sahaja akan dirahmati dan diredai Allah tetapi ianya adalah keputusan yang terbaik yang boleh dibuat.
Post a Comment