Friday, July 27, 2007

Penat sungguh

Semalam kitaorang bawa Khadijah ke spital. Bertolak dari rumah sekitar jam 10.00am... sampai sana tak ingat laks kul berapa, coz sibuk dukung Khadijah yang tidur lena... daddy drop kitaorang dulu sebelum pi parking. Lagi plak nak amik nombor giliran secepat mungkin. Khadijah dapat nombor 43 (tiga yang terakhir). Memang padan sangat laa... dah sampai pun lambat kan. Jam 12.00pm, baru giliran nombor 17 . Dalam fikiran aku masa tuh.... siap laa kami kali nieh, musti lepas lunch baru leh jumpa doktor. Makanya, apa yang aku fikirkan menjadi kenyataan. Rasanya jam 2.30 petang baru kami jumpa doktor. Aku suka laks doktor muda tuh...... doktor perempuan, cam baru start kerja jer nampaknya. Masa doktor check Khadijah (pegang-pegang je).... cam biasa aaa, Khadijah nangis. Tapinya, masa doktor nak tulis report, khadijah dok sibuk nak jenguk muka doktor tuh. Doktor tuh pun tergelak dibuatnya.... nak main cak-cak plak dah. Sampaikan hilang vocab nak tulih report. Kemudian, doktor muda inform boss dia... doktor senior tuh pun tengok laporan khadijah dan beri ulasan ringkas. Perkembangan khadijah : Alhamdulillah baik, saiz kepala dah masuk graf.... berat badan pun bagus (sedang-sedang ajer). Jumpa doktor semula 6 bulan dari sekarang, sekiranya tiada kes kecemasan. InsyAllah.
Khadijah lunch on time... tapinya aku n hubby dah hampir hilang separuh tenaga coz tak makan. Lunch kul 4pm dalam kereta. Nasib baik khadijah tidur waktu tuh... leh laa layan perut kejap.
Tinggal 4 hari jek lagi nak masuk ogos kan. Bulan ogos nieh amat bermakna untuk aku. Hari rabu lepas jam aku hilang... tercicir kat tepi jalan. Sedih sungguh laa. Tak der jam tangan ler skang. Awal bulan harituh, hp aku masuk mangkuk tandas... mangkuk tul laa. Sekarang hp aku pun dah konpius jadinya... elok-elok on, tetiba off. Tak kisah laa..... kalau tak ogos tahun nieh, ogos tahun-tahun depan ada lagik.

5 comments:

Celoteh Ezri said...

Apalah cakap pusing-pusing. Mana ada orang faham. Cakap ajelah nak telefon baru sebagai birthday present. Bagitahu ajelah birthday 12 haribulan Ogos tahun ehem, ehem.
Siapalah agaknya mangsa yang nanti kena beli handphone baru tu sebagai hadiah???

TRIDINAR said...

Kira-kiranya kita nak bagi idea jek. Selalu orang tanya, birthday kali nieh nak apa? Tak dapat nak jawab coz semua dah cukup, semua dah ada. Kebetulan laks kali nieh ada dua menda dlm pikiran. Dua-dua benda berharga. Kena dapatkan dua mangsa la agaknya. hehehe. Kalau tak dapat pun tak kan kecewa. Beli sendiri ler jawabnya.

Anonymous said...

Haaaaaaaaaaaa.......... sapa lagi arrrgggghhhhhhhhhhhhh....

nazyati said...

ehem ehem....to sesiapa yang berkenaan do recommend 3G phone la, then kita leh buat video call.
Lepaih tu upgrade SIM kad with 3G support kat CELCOM. Tapi Kak Yati leh olong from here then mail new SIM kat u. Upgrade SIM = FREE...
cuma u kena make sure semua phonebook/contact info kena copy.

Anonymous said...

Telepon 3G? Wuish... sure jakun nieh. hehehe. Almaklumlah, telepon skang kaler pun tarak, ringtone pun monophonic lagik. Tapi, sayang telepon skang, ada sentimental value gitu.