Tuesday, July 24, 2007

Langit tak selalu cerah

Matahari di balik awan... pancaran cahaya terang di lewat petang..... baju di ampaian masih kelembapan. Kipas berputaran seharian, moga baju di bilik kekeringan dengan angin yang kesejukan. Cuaca tak menentu sekarang. Khadijah batuk dan selesema.... mungkin cuaca antara penyumbang. Aku bagi ubat start hari Ahad malam. Batuk dah hilang.... tapi hidung masih ketat. Cuba sedut tak dapat. Teringat kat anak sepupu. Dah sembuh ke dia sekarang?

3 comments:

Celoteh Ezri said...

Langit juga tak selalunya gelap. Tak selalunya hujan, ada mentari yang menyinar. Tak selalunya kemarau kerana ada banjirnya.
Musim ini datang dan pergi setiap tahun. Bagaimana kita menyesuaikan diri dengan musim dan mempergunakan sebaiknya musim ini akan menentukan kebahagian kita dunia dan akhirat.
Contohnya, sekiranya malam tidurlah, sekiranya siang kerjalah. Sekiranya hujan kerja dalam rumah, sekiranya panas boleh jemur baju. Sekiranya banjir, berehatlah, sebab lepas banjir banyak kerja yang nak di buat. Kalau waktu banjir kita menyibuk dan letih maka selepas banjir letihlah untuk mengemas. Padahal waktu banjir, bukan boleh buat apa pun.

TRIDINAR said...

Cuaca berubah-ubah... kadang baik terkadang tidak. Lumrah laa kan. Hidup kita pun sama jugak. Masing-masing ada our own sad or happy days. Jadinya, tak guna bersedih... dan tak boleh jugak terlalu gembira tak ingat dunia... sebab kita dah tahu langit tak selalu cerah, dan tak selalu gelap.

Celoteh Ezri said...

Yusuf menjawab:
"Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".
(12:47-49)