25 June 2007 adalah hari kelahiran Tok Abah dan hari yang bersejarah juga untuk Khadijah. Khadijah telah menerima suntikan botox yang pertama bagi mengurangkan ketegangan di kedua-dua belah kakinya. Tiga cucuk di kaki kiri dan empat cucuk di kaki kanan. Sebelum dicucuk, khadijah diberi ubat tidur sebanyak 10ml..... didodoi didodoi sampai dia lena. Tapi, semasa treatment tersebut khadijah terjaga, dia menangis... meraung.... tersentuh betul hati aku masa tuh, tapi harus diteruskan jua, ianya untuk kebaikan Khadijah. InsyaAllah.
Khadijah diiringi oleh 6 orang dewasa masa tuh: aku n hubby, tok babah n tok mama, tok abah n mak tok yang datang dari penang semata-mata untuk khadijah. Aku rasa terharu tul dengan sokongan moral yang dorang berikan kepada khadijah dan juga kepada aku n hubby secara tak langsung.
Untuk memastikan keberkesanan maksimum suntikan botox, doktor pesan supaya kami buat fisio secara intensif dan selepas 3 minggu kaki khadijah akan diplaster untuk tempoh 2 minggu.
Alhamdulillah sehingga ke hari nieh khadijah sentiasa bagi kerjasama bila kami 'kerjakan' kaki dia.
Doa kami sekeluarga agar usaha kami diberkati Allah dan keinginan khadijah untuk berjalan dimakbulkan Allah hendaknya. InsyaAllah.