Semalam khadijah pergi sekolah. Start Julai, Cikgu Lam yang ajar dia. Aku suka cara cikgu Lam, dia pandai layan khadijah. Setiap gerak kerja yang dilakukan akan diselang-seli dengan lagu kanak-kanak. Anak aku memang suka amat dengan muzik, pantang dengar lagu jek pasti badan bergoyang! Lagu 'saya ada teko' tengah top kat umah aku skang, boleh dikatakan setiap jam akan berkumandang dengan aksi comel khadijah menggayakan teko bulat. Gerak kerja yang khadijah buat semalam di sekolah: ambil guli dalam bakul n simpan dalam bekas kecil, masukkan mainan ikut bentuk, buat puzzle mudah, simpan bola ping-pong dalam bekas, dan jalan-jalan lepas buat kerja - yang nieh cikgu tak suruh pun, tapi tak leh nak larang :-) Aku rasa khadijah cepat bosan ler kut, bila dah berjaya buat satu-satu benda (dengan bantuan aku), dia tak nak ulang dah. Padahal, apa yang dibuat tuh masih banyak yang perlu diperbaiki lagi dan seharusnyer perlu dibuat sendiri tanpa bantuan luar. Pencapaian keseluruhan di sekolah semalam : bagi kerjasama, kurang nangis n kurang peluh.
Hari sebelumnyer, khadijah pergi physio kat hospital. Physiotherapist tuh hanya gantian kerana yang sebetulnyer sedang cuti bersalin. Sayang laa........ rasa cam buang masa, tenaga (aku & tok babah) dan minyak jek pergi sana, dah ler aku pun kurang sihat hari tuh. Kenapa ler orang tuh tak buat kerja sungguh-sungguh? Dengan bayaran yang dikenakan, sepatutnyer dorang tahu apa yang patut disampaikan. Alasannyer biasa jek...... takut Khadijah nangis. Selamat anak ummi hari tuh :-). Sebenarnyer, aku pun tak suka juga anak aku nangis dan dipaksa-paksa, tapi..... untuk kebaikan dia......... aku terpaksa relakan juga. Jangan berkeras sangat sudah lah.
BerSMS dengan maktok pagi semalam sebelum ke sekolah..... tanya khabar khadijah, coz hari yang sebelum tuh jugak khadijah jatuh dari sofa. Gedebuk!!! depan mata aku. Nieh kali kedua khadijah jatuh dari tempat yang agak tinggi. Kali pertama masa umur 6 bulan dengan daddynya, dan sekarang disebabkan kelalaian aku sendiri. Sesungguhnyer aku amat menyesal :( Setelah dipantau seharian, alhamdulillah khadijah okie. Ummi janji akan lebih berhati-hati mengasuh penyejuk hati yang satu nieh, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment