Tuesday, July 31, 2007

Antara dua

Kehadiran Khadijah untuk kedua-dua sesi persekolahan lengkap minggu ini setelah dua minggu tak pergi atas beberapa alasan munasabah. Bercerita pasal sekolah.... terkadang aku dalam dilema dibuatnya. Khadijah menangis sebab tak mahu ikut arahan cikgu yang akan meminta dia buat itu dan ini. Atau, dia akan ikut arahan cikgu, tetapi tak sempat disiapkan coz nak buat aktiviti sendiri (berjalan! teramat suka sekarang nieh).
Aku terfikir..... cara mana yang terbaik untuk mengajar anak-anak.... memaksa? Atau, memujuk dalam tegas? Kalau kita paksa... tangisan makin kuat, mata tak mahu melihat, konsentrasi melayang.... apa yang budak tuh dapat? Tapi, kalau kita pujuk ditambah secubit ketegasan..... tangisan dapat dikurangkan, gerak kerja dapat dibereskan..... tapiiiiiiii, masa yang diambil lebih lama. Walau bagaimanapun, objektif boleh tercapai..... budak dapat apa yang diajarkan. InsyaAllah. Aku suka cara cikgu yang dulu.... rajin melayan Khadijah.
Semalam, aku izinkan Khadijah bersama 2 cikgunya (bukan cikgu Lam) untuk buat pelbagai gerak kerja.... aku tak rasa khadijah dapat apa-apa faedah, sebab dia nangis tak keruan... sambil tangannya dikawal oleh cikgu berkenaan.
Hari ini.... aku benarkan Khadijah bersama cikgunya lagi setelah diminta. Tapi hanya separuh jalan coz Khadijah nangis kuat dan hampir muntah (setelah selesai 2 aktiviti). Mungkin sebab perut kenyang selepas sarapan. Aku pun minta izin dari cikgu untuk dukung dia... kemudian aku pujuk-pujuk. Dan.... aku tunjukkan kebolehan sebenar Khadijah kepada cikgunya. Khadijah boleh.... satu demi satu demi satu guli diambil dan dimasukkan dalam bekas berlubang seperti tabung sehingga selesai. Cikgu perhati.... dan dia beri komen. Katanya, "Khadijah nieh pandai... tapi, dia suka menangis dan dia akan menangis... sebab dia tahu ibu akan tolong dia." Balas aku: pasti aku tolong... nangis sampai nak muntah, tiada guna... buat susah dia saja. Cikgu plak kata... lain kali kita cuba lagik.... dan you jangan tolong dia. Apa-apa pun... aku suka cara Cikgu Lam... pandai layan Khadijah..... setiap gerak kerja diselang-seli dengan nyanyian untuk menarik perhatian.

1 comment:

knv said...

No gut no glory. Rasanya khadijah cukup kuat untuk hadapi semua cabaran mendatang.

All the best!