Wednesday, July 18, 2007

Kesakitan yang terpendam

16 Julai 2007, kami bawa Khadijah ke hospital untuk diplaster kakinya (bilateral full length). Tok mama dan tok babah sampai di hospital lebih dulu dari kami. Penantian di hospital tak terlalu lama sebab tak perlu jumpa doktor.

Pertama kali brader tuh plaster kaki Khadijah.... timbul keraguan di fikiran aku..... apasal kaki tuh cam tak betul jek kedudukannya, sepatutnyer 90 darjah sama cam bila Khadijah pakai AFO (ankle-foot orthosis). Sambil brader tuh sibuk dok balut kaki Khadijah, aku pun sibuk gaks tanya soalan yang bermain di kotak fikiran aku nieh. Dia jawab: "menda nieh tak leh paksa-paksa kak, apa yang dapat, tuh jek laa (kaki khadijah pointing ke bawah masa tuh)". Padahal, aku tak nampak pun usaha dia untuk dapatkan kedudukan kaki yang terbaik. Disebabkan jawapan dia tuh tak sama dengan jawapan yang aku nak (musti cam AFO), tambah plak tiada penerangan yang baik... makanya, aku tanya berulang kali sampaikan brader tuh naik boring nak layan.
Khadijah nangis sepanjang rawatan , kesian. Seperti kebiasaan, hati ummi pasti tersentuh, tambah plak plaster di atas paras lutut, aku rasa sedih coz skang nieh Khadijah tengah seronok merangkak, main kejar-kejar bola. Dengan POP, pergerakan Khadijah amat terbatas.

Lepas siap plaster kedua belah kaki, rasa tak puas hati masih bersarang dalam diri aku, makanyer, daddy cari doktor pakar kat situ dan tunjukkan kaki Khadijah yang siap diplaster tuh. Doktor kata, plaster nieh salah, musti 90 darjah sedapat mungkin, macam AFO. Dipendekkan cerita, plaster yang tadi dibuka semula dan dipasang semula dengan kedudukan kaki yang Doktor nak. Khadijah nangis, nangis dan terus menangis. Daddy dan tok babah cuba pujuk dia dengan lagu-lagu yang dia suka.... terkadang berjaya, terkadang menangis juga.... sampai ada rasa nak muntah. Sebak aku dibuatnya.

Siap urusan di hospital lewat petang, kami pun bertolak balik. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Khadijah tertidur keletihan. Tapi, tidur di ribaan tak senyenyak selalu, mungkin rasa tak selesa sebab kaki lurus membatu. Aku sendiri pun susah nak carik posisi terbaik untuk menyusu. Sesampainya di rumah, aku letakkan Khadijah di tempat tidurnya....... terus lena bersama letih yang belum sudah. Terjaga sekitar jam 8pm... nangis, makan pun tak lalu dan muntah dengan banyak.
Cerita Khadijah dengan kaki putihnya belum selesai. Khadijah tak dapat nak lelap mata dari malam sampai ke pagi Selasa. Kesedihan dan tangisan menemaninya dengan wajah yang letih lesu dan mata yang sangat layu. Aku n hubby kesian tengok keadaan Khadijah yang tak dapat tidur semalaman dan kami rasakan perlu buat sesuatu. Hubby aku pun telefon doktor sana-sini untuk tanyakan pendapat diaorang. Keputusannya, kami ke hospital berdekatan dan bukakan benda berat yang mengganggu pergerakan Khadijah. Gambar sebelah kiri atas diambil sebelum ke hospital..... senyuman dalam kelesuan, tapi tetap maintain bak gula. Lepas buka plaster, aku pun belek-belek kaki Khadijah, dan dapatlah dilihat kesakitan yang terpendam di balik balutan plaster tuh. Yang paling teruk adalah ditumitnya, merah menyala.


Khadijah terus tertidur selepas pulang dari hospital. Tidur nyenyak yang amat, ganti tidur yang terabai semalam. Dan malam tadi pun tidur yang selesa, tidur tanpa gangguan. Alhamdulillah.

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum......


Hi Maya....nie k.maslinah....masih ingat lagik tak....

akak faham perasan maya kerana akak penah mengalami nyer di mana kami accident ....tapi yg mendapat sakit adalah anak akak aiman dan terpaksa memakai kaki simen selama sebulan lebih....

kekadang akak menangis...kenapa anak akak? nape tak akak.....tapi alhamdulillah semua nyer berjalan lancar selepas buka simen tu......

aiman pun sekarang bertambah nakal.......

akak harap maya bersabar dan teruskan usaha yer....


Sekian,.....salam

TRIDINAR said...

Waalaikumussalam. Mustilah ingat kak mas... terutama skali dapur yang kak mas bagi.hehe. Kaki aiman disimen 1 bulan? Adoii laaa.... Khadijah kena POP kurang 24 jam pun dah seksa kemain.

Saya dah serik dan tak sanggup dah kalau doktor nak simen lagik kaki dia.Rasa sedih tengok anak asyik nangis je. Harap boleh cuba alternatif lain yang lebih mesra alam untuk bantu Khadijah berjalan. InsyaAllah.

TQ atas sokongan.

Anonymous said...

Kak Mas,

Dila here... adik sedara abang faizal yang kat shah alam tu... beru dapat baca blog ni... it will be one blog that i'll visit evryday kay...

kak mas sabar yek... khadijah tu makin comel dila tgk... rindu pun ada sbb dah lama tak jumpa kak mas sekeluarga...

take care for now...

p/s: tetiba blurt tak tau nak cakap apa...

TRIDINAR said...

Hai Dila. Bebila senang meh laa rumah yer.