Wednesday, March 3, 2010

Someone has to do it............


Kelas minggu lalu cukup mengejutkan saya bila Prof. kongsi pengalamannya dalam menjalani research sehinggakan sanggup berkorban bukan sahaja nyawa, harta dan wang ringgit malah ada yang sanggup menggadai maruah demi mendapatkan hasil kajian yang jitu. Menurut Prof. kami, seorang rakan menjalani suatu kaji berkenaan dengan polisi yang efektif untuk melindungi para pelacur dan mereka yang diperkosa. Untuk mendapatkan suatu hasil kajian yang tepat, pengkaji dikehendaki mendalami kehidupan bahan kajian. Menurut Prof. rakannya itu akan mendalami dan menjiwai kehidupan bahan kajian dan agak malang sekali dalam mendalaminya rakan Prof. telah diperkosa. Agak sedih namun bila ditanya rakan Prof. berkata..............."Someone has to do it.........". Saya dalam meeting ni. Saja menulis nak hilangkan rasa mengantuk........



No comments: