Wednesday, March 31, 2010

Al-Quran....

Abah adalah antara orang yang mula2 mengajar mengaji. Mula dengan mengenal huruf dalam muqaddam. Selalunya abah akan panggil saya ke bilik selepas waktu maghrib. Boleh tahan juga abah saya ni garangnya. Salah baca dan sebut siap laaaa. Lagi unik, saya mengaji di atas katil. Setelah itu saya belajar mengaji dengan ustazah di surau selepas waktu zuhur dalam pukul 3 petang. Sementara menanti ustazah datang kami main galah panjang di dalam surau. Kemudian, saya mengaji dan fardu ain di tadika wirawati. Akhir sekali yang paling lama saya mengaji dengan tuan guru haji Ali bin Omar. Saya berhenti mengaji kerana melanjutkan pelajaran. Seronok bila ingat kisah silam bab mengaji ni.

No comments: