Saya berpendapat tren ini gagal diselenggara dengan baik. Pengurusan seharusnya menitik beratkan bukan hanya sekadar kebersihan di dalam tren, penghawa dingin yang berfungsi malah kebersihan luaran juga harus diberi perhatian yang serius. Ini kerana tanpa disedari tren ini juga merupakan duta besar yang kita sering lepas pandang. Persepsi pelancong asing sudah tentunya akan berubah bila didapati keadaan tren yang kurang sedap mata memandang.
No comments:
Post a Comment