Friday, March 19, 2010

Arwah Tuan Guru Haji Ali Bin Omar.

Dulu kalau sebut aja ustaz Ali bukan main gerun lagi. Mana taknya ustaz yang sangat garang. Tuan guru ni seorang bekas askar. Disiplin adalah antara ciri2 yang amat dikisahnya. Kalau carpet tempat belajar mengaji ada habuk dia akan suruh kami kutip dengan tangan. Jerkah, tempeleng, ketuk ketampi, cubit perut, telinga dan hidung merupakan antara hukuman yang dikenakan jika kita salah mengaji dan salah menjawab soalan. Saya mengaji dengan arwah dari sekolah rendah darjah 5 sampailah sebelum saya ke luar negara. Arwah meninggal di pangkuan anaknya YB Azmin kerana serangan jantung dan pada masa itu saya di Michigan.. Al-Fatihah......... Keretapi dah berhenti, saya keluar dulu.

No comments: