Friday, March 19, 2010

Kefahaman.....dan kesedaran.....

Selepas solat Jumaat saya terjumpa maklumat di atas. Kemungkinan umat melayu tidak ambil pusing apa itu fatwa dan kesan melanggar fatwa daripada perspektif islam. Semasa saya menghadiri konvensyen tempoh hari majority umat melayu keluar masuk dewan dan mereka bukan ke tandas tapi menghisap rokok. Kuat sungguh mereka hisap. Apa yang saya perhatikan ianya semacam telah menjadi suatu sehinggakan kadang-kadang tu saya lihat macam status di dalam masyarakat itu sendiri. Maksud saya mereka soalah-olah berbangga menghisap rokok dan adakalanya saya lihat semacam meletakkan taraf dan kedudukan dalam masyarakat. Mereka berani melanggar fatwa pengharaman hisap rokok. Pada masa yang sama saya risau kalau2 tuhan ambil balik nikmat yang diberikan. Bila tuhan murka, kita tidak lagi berada di tempat yang pertama dalam industri. Saya bimbang sekiranya itu terjadi................

No comments: