Ramadhan dah hampir berlalu..... hari jumaat petang aku seisi keluarga akan balik kampung. InsyaAllah. Nak beraya dengan keluarga nun di seberang. Tapi, risau skit........ ahli keluarga aku sakit-sakit dalam minggu nieh. Mungkin juga aku pembawanya..... Khadijah muntah dan cirit-birit sejak hari ahad, PA khadijah laks muntah dan sakit perut seharian semalam, terpaksa aku mintak tolong tok babah n tok mama tengok-tengokkan Khadijah di rumah. Nasib baik hari nieh PA dah sembuh, boleh laaa aku buat urusan aku dengan tenang. Dan, cerita lum habih di situ...... daddy bokteh pun terkena gaks...... cirit birit dan tak sedap badan daripada semalam sampai ke hari nieh. Cam na redabar pun jatuh sakit nieh? Hadoiii laaa..... aku harap sangat..... kami sekeluarga kembali sihat walafiat..... dan dipermudahkan dalam perjalanan nanti. Esok jem ker? Biarlah semua orang dah beransur balik ke kampung hari nieh dan esok pagi....... supayanya aku sekeluarga boleh balik dengan hati yang riang tanpa kesesakan. Yer ker?? Tunggu dan lihat saja laah.
Dah tiga hari Khadijah tidur nyenyak setiap malam dan bangun sekitar pagi subuh untuk menyusu. Dah lama aku nanti-nanikan saat cenggitu...... harap ianya berterusan. Kalau Khadijah tidur lena..... ummi dan daddy pun leh tumpang sekaki. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment