Macam biasa hari raya kali ni Khadijah enjoy sangat especially bila dalam bab makan2 nieh. Di rumah tok chuna dia menjamah kuih raya dan nasik lemak. Dia tak mo balik sebab nak makan kuih raya yg berbagai warna, bentuk dan rasa. Sehinggakan tok chuna membekalkan beberapa jenis kuih raya untuk di bawa pulang. Bila di tunjukkan kepadanya baru laaa dia kata bye2 and flying kiss. Khadijah..............Khadijah. Seperti kebiasaan, Khadijah menghiburkan tok chuna dan tok din nya dgn celoteh dan gayanya yg tersendiri.
Aktiviti di rumah tok mama lain pula. Dia naik tangga....... turun tangga. Lepas tu berjalan ke serata tempat di ruang tamu dan dapur. Di mana toilet pun dia dah tahu. Tok nek nampak bertambah sihat. Makan dah lalu. Masih memerlukan tongkat sebagai sokongan untuk berdiri. Yg penting selera makan ok. Hari ni juga Khadijah lunch dengan tok neknya di bilik tok nek di tingkat atas. Sambil dia makan sambil dia berceloteh. Ahad kami mungkin di rumah aja sebab nak elak daripada kesesakan di jalan raya. Sure ramai org pulang dari kampung disebabkan besok Isnin merupakan hari bekerja dan sekolah mula di buka. Masa kami pulang dari rumah tok mama kesesakan dah pun bermula.
No comments:
Post a Comment