Sunday, September 30, 2007

Birthday lahh!!

Khadijah telah genap 2 tahun hari nieh. Wajah yang penuh keceriaan ketika bangun dari tidur.


tapi, 30 minit selepas itu..... Khadijah menangis sakit kerana jatuh dari sofa buat kali kedua. Pengajaran kali pertama ketika jatuh dulu tidak diambil ikhtibar oleh daddynya. Huh!!Penyesalan saja tiada gunanya, pengajaran daripada kejadian harus dijadikan pedoman.


Semoga Khadijah tidak apa-apa, insyaAllah ......


dan menjalani urusan seharian seperti kebiasaannya.


Kehadiran Khadijah dalam keluarga teramat dinantikan, di kala usia baru mencecah dua tahun... banyak suka duka hidup yang kami tempuhi. Kami panjatkan doa kepada yang maha Esa agar dikurniakan kesihatan yang baik kepada anak kami, sihat tubuh badan, dipermudahkan segala urusan untuk dirinya, dan dikurniakan kejayaan dalam hidup...... dunia dan akhirat; InsyaAllah.

Friday, September 28, 2007

Banyak berjalan............luas pengalaman.


Ummi dan Daddy banyak meluangkan masa bawa ku berjalan ke sana ke mari. Dari taman bunga, ke pesta bunga. Dari sukan air hingga ke gelanggang kuda. Dari shopping complexes sehinggalah ke airport. Happy tidak terkata sebab dapat melihat dan belajar setiap yg berlaku di sekeliling ku. Sesungguhnya erti kehidupan amat penting bagi ku. Alhamdulillah kalau dahulunya belum boleh berjalan tetapi sekarang dah mula mengenal erti berjalan. Tak kira masa, awal pagi, tengahari, petang even lewat malam Ummi dan Daddy sedia melayan ku. Terima kasih ku ucapkan kepada keduanya yg tidak jemu2 melayan ku siang malam, pagi petang, tengah malam awal pagi................ tak kira masa. Round the clock!

Daddy & Ummi: " Khadijah..................jom sleep jom...........".
Khadijah: " Ah ah ahhhhhhhh............"

Wednesday, September 26, 2007

Sikap prihatin........suatu persoalan.


Masih ada di kalangan masyarakat di Malaysia ini yg tidak tahu menjaga hak individu. Cara mereka menegur tidak betul sehingga menyebabkan org ramai yg berada di kedai butik beralih pandangan kepada seseorang. Tak kisah lah anak kecil memakai kaca mata ker........ atau apa saja yg lain daripada kebiasaan sepatutnya cara menegur itu tidak wajar keterlaluan. Cukup dgn bertanya dengan suara yg perlahan. Walau bagaimana pun tidak dinafikan ada ramai juga dikalangan rakyat Malaysia yg memahami. Mereka seolah-olah ingin tahu bagaimana membesarkan anak2. Tidak kurang juga ada yg meminta izin untuk mendukung buat seketika. Anak2 kecil ini mereka mudah dah cepat rasa tersinggung kalau sesuatu yg pelik berlaku ke atas mereka. Sikap masyarakat di sekeliling boleh mempengaruhi kekentalan sikap motivasi yg tersedia ada dan disemai sejak kecil oleh parents. Mengentalkan sifat jati diri, motivasi, berdikari, pandai berfikir, berani anak2 bukanlah suatu kerja yg mudah. Ianya memakan masa, ianya memerlukan sikap kesabaran dan ilmu. Ianya tidak seperti membesarkan anak2 yg normal.

Di manakah letaknya sikap keprihatinan yg sering di war-warkan yg kononnya ada di dalam masyarakat kita?

Kejayaan Khadijah

Lamanya aku tak menaip kat blog nieh. Habih hubby aku conquer untuk beberapa hari kebelakangan nieh... tak kisahlah.... blog keluarga pung. Semalam aku taip panjang berjela..... tapi, tah cam ner kesilapan teknikal berlaku dan semuanya lenyap gitu jek. Aku citer apa semalam? Hmmmm..... aku citer versi aku pasal Khadijah mula berjalan. Aku nak citer balik skang..... untuk kepuasan diri. Di suatu hari yang sangat indah... Khamis, 20 September 2007 tatkala aku pulang ke rumah di waktu rehatku seperti kebiasaannya.... dan ketika kakiku hampir tiba di depan pintu rumahku..... aku terdengar deraian ketawa PA khadijah. Aku tolak daun pintu...... dengan nada riang dan bersungguh-sungguh PA bercerita sesuatu yang sangat enak didengar.... sesuatu yang aku tunggu-tunggu... Khadijah boleh berjalan sendiri Puan!! Suatu kejutan..... kejutan di bulan rahmat... bulan Ramadhan. Alhamdulillah...... doa kami sekeluarga dimakbulkan oleh yang Esa. Walaupun kaki yang melangkah itu kurang daripada sepuluh langkah..... dan imbangan badan masih kurang baik..... namun, pabila melihat Khadijah melangkah kakinya kiri dan kanan....... satu kepuasan hadir di jiwa..... rasa kesyukuran yang berpanjangan sambil diiringi gelak tawa dan jeritan suka Khadijah, aku, daddy dan juga PAnya. Latihan berjalan yang berterusan akan kami lakukan bersama-sama Khadijah. InsyaAllah, situasi sekarang akan lebih baik dari semasa ke semasa dan Khadijah boleh berlari laju suatu hari nanti. Tetiba laks teringat pasal cerita Forest Gump dan ungkapan popular dari cerita tersebut ""Life is like a box of chocolates; you never know what you're gonna get".


Bicara Khadijah masih belum difahami.... tapi body languagenya sangat baik. Mulut khadijah nieh bising jugak sebenarnya.... tapi, perkataan yang dikatakan tidaklah merujuk kepada subjek sebenar. Khadijah selalu sebut abah, mama..... untuk suka-suka. Bila aku ajar panggil Ummi.... dia kata "Ah ah ah"...... tanda protes dan maleh nak layan permintaan ku. Bila diajar panggi Daddy..... terkadang disebutnya adddii.... tapi kadang-kadang jek laa dan bila diajar sahaja. Dan ketika Khadijah berjalan-jalan berpimpinan tangan sama ada dengan aku, daddy atau PAnya...... perkataan yang kerap disebut adalah "adena adena adena". Suatu hari masa ke klinik untuk rawatan susulan... doktor tanya : "apa perkataan yang bermakna yang disebut Khadijah"? Aku jawab... ada satu saja : "AAMMM" yakni merujuk kepada makanan atau masa untuk makan dah tiba atau pun ada seseorang sedang makan. Doktor tuh pun terus ketawa.... sambil mengeluarkan ayat penyata "dia suka makan la yek". Pandai benar doktor tuh teka. Kata orang.... Bahasa menunjukkan bangsa. Tapi, untuk Khadijah... bahasanya menunjukkan kegemarannya. Dan disebabkan itu... aku sememangnya tiada masalah untuk melayani selera makan Khadijah. Alhamdulillah.

Khadijah Good Girl laaaaaaaaaa!!!

25 Sept 07, Putarajaya - Khadijah ok hari ni. Bangun lewat skit 840am. Breakfast ok habis. Lunch pun ok habis. Makan buah pun ok habis. Susu minum ok cukup time. Water pun ok. Buang air pun ok. Tidur tengah hari diberitakan oleh makcik selama sejam sahaja.Menangis tak banyak. Tukar pampers senang. Makan dan titik ubat pun ok tak banyak karenah.

Khadijah good girl laaaa hari ni.

Monday, September 24, 2007

Ragam Khadijah - nak pakai "Gown" di tengah malam.

Semalam seperti malam2 yg biasa masa nak tidur Khadijah kena pakai baju tidur. Tapi semalam kena layan ragam dia. Dia tak mau pakai baju tidur yg biasa dia pakai? Hmmmmmmm..... cuba teka apa yg dia nak pakai? Hah....... tengah2 malam time semua org dah nak tidur dia nak pakai baju "gown". Just imagine semua dah ngantuk nak tidur dia sibuk dengan "gown" dia. Lepas 1/2 jam pujuk2 baru laaa dia mau pakai baju tidur.

Khadijah......................Khadijah...........

Quality pemakanan penting dalam tumbesaran anak2.

Khasiat dan kualiti pemakanan anak2 amatlah penting untuk di jaga. Sebagai ibu bapa kita wajib memastikan makanan yg berkhasiat untuk anak2. Alhamdulillah, Khadijah di beri selera makan yang pelbagai. Dia tahu masa makannya. Bila mana masa dah sampai tapi kita tak beri dia akan kata........
Ahmmmm ahmmmmm ahmmmmmmmm!.
Khadijah suka makan daging, ikan merah, ikan tenggiri, ikan bawal, ayam dan daging. Bab sayur pula paling dia suka brocoli, carrot, sayur2 organik, bawang putih, dan halia muda. Breakfast dia suka sangat makan gandum, kacang merah, kacang hijau dan pan cake. So tiap2 minggu memang wajib pergi pasar tani beli barang mentah. Sayur organik pula ianya di jual di Carrefour Alamanda. Macam ni lah routine Ummi dan Daddy tiap minggu dalam memastikan Khadijah makan makanan yg penuh dengan zat untuk tumbesaran. Semoga usaha kami dalam memberikan makanan yg berkhasiat ini sedikit sebanyak membantunya dalam perkembangan tumbesaran yg baik. InsyaAllah.

Sunday, September 23, 2007

Khadijah & Train..........Alamanda


Khadijah nak bawa train nieh. Tepi skit. Pooooooooonnnnnn... ponnnnnnnn...ponnnnnnn...poonnnnnnnnnnnnnnnnnn.. Ummi, Daddy.... tepi skit nak lalu nieh.............



Pponnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn...

Menyanyi sambil menghibur hati.........


1...2......3!

Kalau rasa gembira tepuk tangan,
Kalau rasa gembira tepuk tangan,
Kalau rasa gembira...beginilah caranya,
Kalau rasa gembiara tepuk tangan......
Hooooreeeyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!

Saturday, September 22, 2007

Berlatih Berjalan dgn Ummi dan Daddy.

Objektif kami pada hari ini ialah untuk melatih Khadijah berjalan. Daddy memulakan sesi berjalan di luar rumah seawal pukul 7 pagi. Waktu ini adalah sangat sesuai memandangkan suasana udara yg nyaman dan tidak panas. Sesi latihan ini akan mengambil masa 2 jam. Texture permukaan jalan berbeza. Ada yg menurun bukit, mendaki bukit, berjalan di atas rumput, berjalan laju dan perlahan. Pukul 9am dah menjadi routine mingguan.....Khadijah akan masuk mandi dan breakfast. Latihan berjalan juga boleh di adakan di dalam rumah di waktu tengahari. Penilaian pada hari ini ialah balancing Khadijah semakin improve. Khadijah telah mula menunjukkan keyakinan untuk berdiri dengan sendiri. Posture lutut, peha, kaki dan anchor nampak kuat.

Semoga Khadijah dapat berjalan seperti anak2 yang sebaya dengannya. InsyaAllah.............

Khadijah busy menaip.


Menurut Glenn Doman, kanak2 ini cepat meniru apa yg mereka lihat selalu. Khadijah selalu melihat Daddy dan Ummi membuat kerja rumah menggunakan laptop. Jadi untuk hari ini Khadijah ambil alih dalam penggunaan laptop. Hish......... nampak macam banyak sungguh laaaa kerja yg dia nak kena buat nieh. Bertuah sungguh laaaa anak sorang nieh.

Ish ish ishhhhhhhhh.............

Berbuka Puasa bersama Anak2 Yatim di Rumah Nur Hikmah.


Thanks from Khadijah............

Tanggal 30th Sept 07 nanti, genap sudah Khadijah bakal menyambut hari ulang tahunnya yg ke 2. Bersempena dengan bulan Ramadhan yg mulia ini, kami telah sepakat untuk mengadakan suatu majlis berbuka puasa / sahur bersama anak2 yatim. Mula2 kami cuba dapatkan slot di rumah bakti ulu klang. Tapi telah penuh booking. Bayangkan belum masuk bulan puasa dah penuh. Alhamdulillah akhir sekali kami berjaya mendapatkan slot pada hari Jumaat 21 Sept 07. Rumah anak yatim ini didiami oleh seramai 60 org anak yatim dan 5 org ibu tunggal. Rumah Nur Hikmah ini terletak di Kajang, 20 minit dari Putrajaya. Menurut penjaga rumah ini buat masa ini keperluan asas seperti beras, gula, garam adalah tidak merisaukan. Stok begitu banyak sekali. Rumah ini lebih memerlukan bantuan dalam bentuk dana. Katanya cukup sukar untuk mendapatkan peruntukkan daripada pihak kerajaan. Kerajaan Malaysia perlu mengambil perhatian berat dalam menyediakan prasarana yg selesa untuk anak2 yatim ini. Kerajaan begitu sibuk dengan projek2 mega seperti Putrajaya, Iskandar Development, Northern Corridor.........tapi masih ada rumah2 anak yatim yg tidak selesa untuk didiami.

Walau bagaimana pun kami sekeluarga bersyukur kerana niat kami untuk memberi makan kepada anak2 yatim ini tercapai. Terima kasih kepada ahli2 keluarga yg sudi menyertai program bersama anak-anak yatim ini.

Alhamdulillah............................................................

Tahniah buat Ummi.

Sesungguhnya Ummi merupakan seorang ibu yg cukup cekal, kental, kuat semangat, rajin dan bermotivasi. Alhamdulillah walau pun sibuk dengan Khadijah, namun mutu kerja tidak pernah di ambil endah. Tahniah Ummi, didoakan semoga sinar kegemilangan dan kecemerlangan akan terus dikecapi dalam karier Ummi. Amin.

Khadijah: Alaaaah kalau Ummi nak pergi oversea Khadijah boley duduk dengan Daddy laaaaaaaa. Tapi jangan lama tau. 1 minggu jer.

Usaha yg berterusan.......mengharap sinar yg gemilang.


Alhamdulillah kami memanjangkan rasa kesyukuran kehadaratNYA kerana dengan izinNYA jua Khadijah telah mula boleh berdiri dan berjalan dengan sendiri tanpa di pegang tangan. Kami berdua berasa sangat bersyukur yg tak terhingga kehadratNYA kerana segala usaha kami sebelum ini telah menampakkan hasil. Kami berharap dan selalu berdoa agar kami diberi kekuatan dan terus berganding bahu dalam membesarkan Khadijah supaya dianya nanti akan menjadi seorang yg cemerlang. Walau bagaimana pun setinggi mana usaha dan kegigihan kami, tentunya sebagai manusia kita mempunyai limitation. Dengan izinNYA jua kita boleh ketemu kejayaan yg diimpikan. Kepada ahli keluarga yg tidak putus2 berdoa dan tidak lupa juga kepada rakan taulan, sekalung bunga dan ucapan terima kasih daripada kami. Tidak dilupakan juga buat semua doktor2 pakar - Dr. Chong, Dr. Malini, Dr. Ismail, Dr. Arbaayah, Dr Wan Jazilah, Dr. Tunku Taayah, Dr. Sofiah, Dr. Ali Azman, Dr. Murugan Kumar, Therapist Chelvi, Therapist Zura, Dr. Christopher Lim, hanya tuhan yg dapat membalas segala budi, khidmat nasihat dan pertolongan yg diberikan. Semoga Khadijah akan terus menunjukkan perkembangan positif dari hari ke hari. InsyaAllah.

Friday, September 21, 2007

Tangga oh tangga......


Di mana ada kelibat tangga hah siap......... ke situ lah tempat yg bakal dituju. Kalau di Alamanda, dia dah tahu di mana tempat yg ada escalator. Aktiviti ini penting untuk Khadijah dalam menguatkan lagi otot peha, lutut, pinggang dan anchor. Cuba teka.... kalau nampak aja dua landmarks ni...........siapa yg bakal menjadi mangsa?


Kwang kwang kwangggggggggggggg......................... Ummi laaaaaa......:)

Khadijah @ Putrajaya Water Sport Centre.


Di sinilah pertandingan Formula One Power Boat World Championship akan di adakan. Seperti yg kita ketahui sukan air bermotor ini merupakan salah satu kegiatan sukan yg mula menarik ramai peminat di kalangan rakyat Malaysia. Selain F1, F1 Power Boat ini juga tidak kurang pentingnya dalam mempromosikan Malaysia ke mata dunia. Untuk makluman, pertandingan kenu pun di adakan di sini. Seperti biasa, Khadijah memang suka tempat ini. Kalau boleh tak mau balik rumah............

Back to School............

Khadijah sebelum ni suka sangat dengan beg yg berwarna hitam. Beg Ummi laa akan menjadi mangsa. Habis dipunggahnya satu persatu. Alhamdulillah kegemaran terbarunya kali ini ialah menggalas beg sekolah. Terima kasih sekalung budi buat Kak Long Dina dan Kak Ngah Miza yg sudi menghadiahkan beg yg menarik ini. Suatu minat yg penting dalam kehidupan. Semoga Khadijah menjadi seorang pelajar yg cemerlang suatu hari nanti. InsyaAllah..........

Khadijah: Kak Long Dina.... Kak Ngah Miza.......jom gi school jom.

Thursday, September 20, 2007

Occupational Therapy with Daddy & Ummi - Alamanda.




Sudah menjadi routine mingguan untuk bawa Khadijah exercise di shopping complex. Kami tiba seawal 1030am. Org pada ketika ini masih tak ramai. Masa inilah kami ambil peluang untuk Khadijah berlatih berjalan. Ke sana dan ke sini dia berjalan. Dengan ruang legar yg kosong cukup selesa. Alhamdulillah berkat doa dan usaha hari ini Khadijah sudah mampu untuk berjalan dengan sendiri tanpa di pegang kedua belah tangannya. Kepada ahli keluarga dan rakan taulan kami mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan moral yg diberikan. Tidak dapat rasa betapa gembiranya hati kami berdua. Kami panjangkan kesyukuran ini kehadratNYA. Semoga Khadijah menjadi seorang anak yg cemerlang dalam hidupnya. InsyaAllah.

Menebas rumput....suatu therapy.


Menebas rumput merupakan suatu kerja yg nampak mudah di mata. Tetapi tidaklah semudah yg dilihat. Ini kerana rumput yg pendek memerlukan suatu hayunan sabit yg serendah boleh. Kadang-kadang ahhhh! terasa lebih baik upah aja org mesin. Upahnya boleh tahan juga dekat RM 40.00. Lalang yg tinggi amat merimaskan mata memandang. Oleh sebab itu aku bertekad hari Ahad yg lalu aku telah set kan di dalam hati ku yg aku akan make sure semua lalang di bahagian depan rumah ku ni clear! Aku mula kerja pada pukul 8 am. 830am makcik jerit dari dapur. Tuan! gas nyer masak Khadijah sudah habis.... Alamak mana boleh ni puteri kesayangan ku kalau missed waktu makan sure aku kena lecture. Aku terus lontarkan sabitku dan bergegas ke kedai. Alhamdulillah dapat juga aku beli gas yg besar. Alamak! kerja ku terhenti dekat sejam. Setelah selesai pasang gas dan sambung masak bubur Khadijah (breakfast) aku terus dengan kerja ku. Tebas teas punya tebas................

Akhirnya aku berjaya menebas di kawasan hadapan rumah ku. Puas rasa hati ku. Peluh mencurah-curah. Alamak aku lupa. Hari ni aku puasa. Jam baru pukul 1000am. Letihnya macam nak dekat berbuka. Maklumlaaaaa jarang buat kerja berat. Bagi ku menebas rumput ini merupakan suatu theraphy. Ia mengajar aku erti susah, usaha, kejayaan. Ia memerlukan perancangan dan tenaga. Di celah-celah rumput kelihatan tanah yg mana suatu hari nanti di situlah tempat kita kembali. Aku rasa insaf.

Mission minggu ini ialah untuk menebas di kawasan tepi dan belakang rumah. Huh..............kerja ku rupanya belum selesai..

Boss Kecik dan hand begnya.................



Khadijah: Daddy........ tolong tangkap gambar Khadijah. Cepat laaaaaaaa...... nak posing dengan hand beg color merah chomel nieh........cepat laaa...alaaaaaa.....

Daddy: Haaaaooookieeee.... Smile.....smile...smile.....1..........2......3.......

Khadijah: Thank you daddy. Saya ada teko...teko saya bulat.... Ini tangkal dia ini muncung dia. La la laaaaaaaaaaaaa........

Tuesday, September 18, 2007

Kemahiran Hidup.

"Daddy.... Ummi, tengok nieh. Khadijah tengah rajin nieh...........". Nanti upah apple 1 yerrrrr........


"Yahoo ada 1 lagi aja kain yg nak dilipat. Hmmm bestnya lipat kain hari ni. Cuaca sejuk, tak penat".. Makcik tolong buatkan milk...Khadijah dah haus niehhhh..


Isk isk..........susahnyerrrrrrr.... nak kasi kilat nieh".. Macam mana ummi ajar hari tuh. Haaaaa dapat dah dapat dah....jeng jeng jeng................

Friday, September 14, 2007

A Late Night Walk with daddy.............



Khadijah: I could not sleep. Hmmm what should I do? Haaaaaaaaa...... let's wake daddy up.


Daddy: Alaaah Khadijah ayang daddy......intan payung bukit bukau. Jom sleep jom...........ala jom laaaaaaaaaaaaaa.....


Khadijah: Yahhhooooooooooooo................


Daddy: Isk isk isk................

Thursday, September 13, 2007

Khadijah di Floria Putrajaya - 2007.

Khadijah amat seronok yang tidak terhingga apabila kami bawa dia ke pesta bunga di Putrajaya. Amat unik sekali ciptaanNYA. Bunga terdapat bermacam2 warna, rupa bentuk, dan bau. Bukan itu saja setiap bunga itu ada cara untuk dipamerkan. Mereka ada peranan masing2. Diwaktu gembira bunga ada peranannya
tersendiri. Begitu juga ketika berduka. Ketika bercinta bunga berperanan penting dalam menunjukkan rasa sayang antara insan. Begitu juga ketika sakit, bunga berperanan sebagai penyembuh. Di halaman.... bunga berperanan dalam menceriakan rumah. Nak cerita pasal bunga ni sampai malam pun tah habih. Pendekkan cerita marilah kita ikut contoh peranan yg dimainkan oleh bunga ini.

Wednesday, September 12, 2007

Lagu ku untuk mu............


Khadijah loves listening to the music, and singing. Below are some of her favorite songs..........


(1)

Twinkle, Twinkle Little Star,

How I wonder what you are,

Up above the world so high,

Like a diamond in the sky,

Twinkle, Twinkle Little Star,

How I wonder what you are.


(2)

Saya ada teko,

Teko saya bulat,

Ini tangkal dia,

Ini muncung dia,

Tuang...angkat....

Tuang...angkat.


(3)

Water melon....water melon,

Papaya.......papaya.......

Banananana................banananana........

Fruit salad............fruit salad.


Keep repeating the songs.................and u will find this............


ZzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZ...

Jejaka Tampan..........Manis Senyuman!

Jejaka tampan - abg Fikri (kiri) dan abg Khairi (Kanan) pandai bermain bola. Mereka mempunya skill yang tinggi. Bila mana ada aja bola tendangan mereka menerjah ke gawang gol. Begitulah betapa bisanya tendangan mereka berdua ini. Sesungguhnya pasukan lawan akan berasa risau setiap kali gandingan dua beradik ini diturunkan. Semoga mereka menjadi pemain professional seperti Ronaldinho suatu hari nanti. InsyaAllah.

Doktor pakar Khadijah

Dua hari sudah, sebaik sahaja aku selesai mendengar luahan sedih seoarang sahabat, aku terima panggilan telefon daripada abang aku. Abang aku kata, dia telepon nieh sebab dia tahu aku pakar dalam bidang yang akan ditanya. Pelik jugak pada mulanya. Pabila perbualan diteruskan... rupa-rupanya abang aku nak bertanya perihal doktor dan hospital... ek eleh.... ingatkan apa ler tadik. Cerita sedih kedua untuk hari yang sama..... anak kawannya yang berusia 4 tahun diserang sakit yang tak berkesudahan berulang kali dan tiada pakar dalam bidang berkaitan untuk dirujuk. Dia minta tolong aku semak doktor pakar di sebuah hospital kerajaan sekitar sini. Tak banyak yang boleh ditolong.... cuma nombor telefon yang dicari dan diberi untuk dihubungi.
Realitinya selama hampir dua tahun ini, aku memang banyak menziarahi hospital-hospital sekitar kawasan jajahan. Dan boleh dikatakan, aku sudah tahu selok-belok cara kerja di hospital-hospital yang berkenaan. Ada yang menyenangkan hati....... dan ada jugak yang mengiciwakan. Aku kenkadang nak jek rasanya jadik pakar kanak-kanak, pakar bius, pakar mata kanak-kanak, pegawai optometris, pakar neuro, pakar bedah, pakar ortopedik dan segala macam pakar untuk memudahkan rawatan anak aku. Tapi....... semuanya itu sudah terlambat kerana aku tak belajar perubatan pun. Aku lakukan sekadar yang terdaya dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab aku sebaik-baiknya untuk menjadi doktor pakar Khadijah.

Monday, September 10, 2007

Berkongsi cerita

Bukan aku saja yang ada bermasalah..... bukan aku saja yang diuji Allah. Hari ini tanpa aku duga, seorang sahabat datang berkongsi cerita sedihnya. Tengok luaran.......... tampak biasa saja, tapi hati di dalam tiada siapa yang tahu. Ada cerita yang boleh dikongsi.... ada cerita yang kita simpan untuk diri sendiri. Posting kali ini adalah untuk ingatan tentang cerita sedih yang telah aku dengar tadi.

Thursday, September 6, 2007

Meriah

Balik kampung.... best yang amat. Nasib baik Khadijah tak meragam dan dalam keadaan terkawal sepanjang perjalanan.



Dah berbulan tak balik kampung...... setia di kawasan sendiri menjalani rutin harian yang adakalanya membosankan. Terutama sekali apabila hadir untuk temujanji di hospital.... tunggu punya tunggu...... doktor tak dak. Sakit skit hati aku. Tak pun..... tiba masa giliran berjumpa doktor...... doktor tak berapa nak melayan..... tak telus, tak nak berkongsi maklumat dan seperti mahu berahsia. Pelik.... aku tak faham.





Kepulangan Khadijah adalah untuk meraikan birthday sepupu- sepupunya.
Meraih.... tersangat meriah.






Dan disebabkan kemeriahan itu juga membuatkan Khadijah tidak selesa, kerana kebiasaannya Khadijah sentiasa dalam suasana tenang dan harmoni.