Tuesday, July 31, 2007

Antara dua

Kehadiran Khadijah untuk kedua-dua sesi persekolahan lengkap minggu ini setelah dua minggu tak pergi atas beberapa alasan munasabah. Bercerita pasal sekolah.... terkadang aku dalam dilema dibuatnya. Khadijah menangis sebab tak mahu ikut arahan cikgu yang akan meminta dia buat itu dan ini. Atau, dia akan ikut arahan cikgu, tetapi tak sempat disiapkan coz nak buat aktiviti sendiri (berjalan! teramat suka sekarang nieh).
Aku terfikir..... cara mana yang terbaik untuk mengajar anak-anak.... memaksa? Atau, memujuk dalam tegas? Kalau kita paksa... tangisan makin kuat, mata tak mahu melihat, konsentrasi melayang.... apa yang budak tuh dapat? Tapi, kalau kita pujuk ditambah secubit ketegasan..... tangisan dapat dikurangkan, gerak kerja dapat dibereskan..... tapiiiiiiii, masa yang diambil lebih lama. Walau bagaimanapun, objektif boleh tercapai..... budak dapat apa yang diajarkan. InsyaAllah. Aku suka cara cikgu yang dulu.... rajin melayan Khadijah.
Semalam, aku izinkan Khadijah bersama 2 cikgunya (bukan cikgu Lam) untuk buat pelbagai gerak kerja.... aku tak rasa khadijah dapat apa-apa faedah, sebab dia nangis tak keruan... sambil tangannya dikawal oleh cikgu berkenaan.
Hari ini.... aku benarkan Khadijah bersama cikgunya lagi setelah diminta. Tapi hanya separuh jalan coz Khadijah nangis kuat dan hampir muntah (setelah selesai 2 aktiviti). Mungkin sebab perut kenyang selepas sarapan. Aku pun minta izin dari cikgu untuk dukung dia... kemudian aku pujuk-pujuk. Dan.... aku tunjukkan kebolehan sebenar Khadijah kepada cikgunya. Khadijah boleh.... satu demi satu demi satu guli diambil dan dimasukkan dalam bekas berlubang seperti tabung sehingga selesai. Cikgu perhati.... dan dia beri komen. Katanya, "Khadijah nieh pandai... tapi, dia suka menangis dan dia akan menangis... sebab dia tahu ibu akan tolong dia." Balas aku: pasti aku tolong... nangis sampai nak muntah, tiada guna... buat susah dia saja. Cikgu plak kata... lain kali kita cuba lagik.... dan you jangan tolong dia. Apa-apa pun... aku suka cara Cikgu Lam... pandai layan Khadijah..... setiap gerak kerja diselang-seli dengan nyanyian untuk menarik perhatian.

Saturday, July 28, 2007

Berpijak RATA di bumi nyata

Dua minggu sudah, Khadijah mula menunjukkan perkembangan baik. Dia mula berdiri dengan keseluruhan kaki memijak lantai. Tapi, perlu suruh dan diingatkan. Pada minggu ini, dia berusaha dengan lebih baik lagi, tanpa disuruh atau diminta dan tanpa perlu diingatkan, Khadijah akan berdiri dengan kedua-dua belah kaki memijak di atas keseluruhan tapak kakinya pada kebanyakan masa. Hari ini, keyakinan Khadijah makin bertambah….. dengan hanya berpaut pada sebelah tangan, Khadijah mampu berdikari, berdiri dengan baik sekali walaupun masih belum boleh bertahan lama. Khadijah boleh! Cuba dan terus cuba. InsyaAllah berjaya.

Friday, July 27, 2007

Penat sungguh

Semalam kitaorang bawa Khadijah ke spital. Bertolak dari rumah sekitar jam 10.00am... sampai sana tak ingat laks kul berapa, coz sibuk dukung Khadijah yang tidur lena... daddy drop kitaorang dulu sebelum pi parking. Lagi plak nak amik nombor giliran secepat mungkin. Khadijah dapat nombor 43 (tiga yang terakhir). Memang padan sangat laa... dah sampai pun lambat kan. Jam 12.00pm, baru giliran nombor 17 . Dalam fikiran aku masa tuh.... siap laa kami kali nieh, musti lepas lunch baru leh jumpa doktor. Makanya, apa yang aku fikirkan menjadi kenyataan. Rasanya jam 2.30 petang baru kami jumpa doktor. Aku suka laks doktor muda tuh...... doktor perempuan, cam baru start kerja jer nampaknya. Masa doktor check Khadijah (pegang-pegang je).... cam biasa aaa, Khadijah nangis. Tapinya, masa doktor nak tulis report, khadijah dok sibuk nak jenguk muka doktor tuh. Doktor tuh pun tergelak dibuatnya.... nak main cak-cak plak dah. Sampaikan hilang vocab nak tulih report. Kemudian, doktor muda inform boss dia... doktor senior tuh pun tengok laporan khadijah dan beri ulasan ringkas. Perkembangan khadijah : Alhamdulillah baik, saiz kepala dah masuk graf.... berat badan pun bagus (sedang-sedang ajer). Jumpa doktor semula 6 bulan dari sekarang, sekiranya tiada kes kecemasan. InsyAllah.
Khadijah lunch on time... tapinya aku n hubby dah hampir hilang separuh tenaga coz tak makan. Lunch kul 4pm dalam kereta. Nasib baik khadijah tidur waktu tuh... leh laa layan perut kejap.
Tinggal 4 hari jek lagi nak masuk ogos kan. Bulan ogos nieh amat bermakna untuk aku. Hari rabu lepas jam aku hilang... tercicir kat tepi jalan. Sedih sungguh laa. Tak der jam tangan ler skang. Awal bulan harituh, hp aku masuk mangkuk tandas... mangkuk tul laa. Sekarang hp aku pun dah konpius jadinya... elok-elok on, tetiba off. Tak kisah laa..... kalau tak ogos tahun nieh, ogos tahun-tahun depan ada lagik.

Wednesday, July 25, 2007

Cak aaaaaa

Makin hari makin pandai main.
Dia tengok aku cuci tangan,
Bila aku tengok dia, dia bersembunyi.........
Kemudian..... cakkk......... sambil tersenyum
I likeeeeeee :-)


Tuesday, July 24, 2007

Langit tak selalu cerah

Matahari di balik awan... pancaran cahaya terang di lewat petang..... baju di ampaian masih kelembapan. Kipas berputaran seharian, moga baju di bilik kekeringan dengan angin yang kesejukan. Cuaca tak menentu sekarang. Khadijah batuk dan selesema.... mungkin cuaca antara penyumbang. Aku bagi ubat start hari Ahad malam. Batuk dah hilang.... tapi hidung masih ketat. Cuba sedut tak dapat. Teringat kat anak sepupu. Dah sembuh ke dia sekarang?

Thursday, July 19, 2007

Gosok gigi


Susah tul nak gosok gigi puteri sorang nieh. Kebelakangan nieh, aku gosok gigi Khadijah 2 minggu sekali. Sepatutnya 2 kali sehari. Aku bukannya malas nak gosok gigi dia..... tak tahan dengar dia nangis, sampaikan basah rambut bermandikan peluh. Ini hasil usaha aku n hubby malam tadi (gosok gigi pun kena 2 orang) : gigi yang putih dan bersih.

Wednesday, July 18, 2007

Kesakitan yang terpendam

16 Julai 2007, kami bawa Khadijah ke hospital untuk diplaster kakinya (bilateral full length). Tok mama dan tok babah sampai di hospital lebih dulu dari kami. Penantian di hospital tak terlalu lama sebab tak perlu jumpa doktor.

Pertama kali brader tuh plaster kaki Khadijah.... timbul keraguan di fikiran aku..... apasal kaki tuh cam tak betul jek kedudukannya, sepatutnyer 90 darjah sama cam bila Khadijah pakai AFO (ankle-foot orthosis). Sambil brader tuh sibuk dok balut kaki Khadijah, aku pun sibuk gaks tanya soalan yang bermain di kotak fikiran aku nieh. Dia jawab: "menda nieh tak leh paksa-paksa kak, apa yang dapat, tuh jek laa (kaki khadijah pointing ke bawah masa tuh)". Padahal, aku tak nampak pun usaha dia untuk dapatkan kedudukan kaki yang terbaik. Disebabkan jawapan dia tuh tak sama dengan jawapan yang aku nak (musti cam AFO), tambah plak tiada penerangan yang baik... makanya, aku tanya berulang kali sampaikan brader tuh naik boring nak layan.
Khadijah nangis sepanjang rawatan , kesian. Seperti kebiasaan, hati ummi pasti tersentuh, tambah plak plaster di atas paras lutut, aku rasa sedih coz skang nieh Khadijah tengah seronok merangkak, main kejar-kejar bola. Dengan POP, pergerakan Khadijah amat terbatas.

Lepas siap plaster kedua belah kaki, rasa tak puas hati masih bersarang dalam diri aku, makanyer, daddy cari doktor pakar kat situ dan tunjukkan kaki Khadijah yang siap diplaster tuh. Doktor kata, plaster nieh salah, musti 90 darjah sedapat mungkin, macam AFO. Dipendekkan cerita, plaster yang tadi dibuka semula dan dipasang semula dengan kedudukan kaki yang Doktor nak. Khadijah nangis, nangis dan terus menangis. Daddy dan tok babah cuba pujuk dia dengan lagu-lagu yang dia suka.... terkadang berjaya, terkadang menangis juga.... sampai ada rasa nak muntah. Sebak aku dibuatnya.

Siap urusan di hospital lewat petang, kami pun bertolak balik. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Khadijah tertidur keletihan. Tapi, tidur di ribaan tak senyenyak selalu, mungkin rasa tak selesa sebab kaki lurus membatu. Aku sendiri pun susah nak carik posisi terbaik untuk menyusu. Sesampainya di rumah, aku letakkan Khadijah di tempat tidurnya....... terus lena bersama letih yang belum sudah. Terjaga sekitar jam 8pm... nangis, makan pun tak lalu dan muntah dengan banyak.
Cerita Khadijah dengan kaki putihnya belum selesai. Khadijah tak dapat nak lelap mata dari malam sampai ke pagi Selasa. Kesedihan dan tangisan menemaninya dengan wajah yang letih lesu dan mata yang sangat layu. Aku n hubby kesian tengok keadaan Khadijah yang tak dapat tidur semalaman dan kami rasakan perlu buat sesuatu. Hubby aku pun telefon doktor sana-sini untuk tanyakan pendapat diaorang. Keputusannya, kami ke hospital berdekatan dan bukakan benda berat yang mengganggu pergerakan Khadijah. Gambar sebelah kiri atas diambil sebelum ke hospital..... senyuman dalam kelesuan, tapi tetap maintain bak gula. Lepas buka plaster, aku pun belek-belek kaki Khadijah, dan dapatlah dilihat kesakitan yang terpendam di balik balutan plaster tuh. Yang paling teruk adalah ditumitnya, merah menyala.


Khadijah terus tertidur selepas pulang dari hospital. Tidur nyenyak yang amat, ganti tidur yang terabai semalam. Dan malam tadi pun tidur yang selesa, tidur tanpa gangguan. Alhamdulillah.

Monday, July 16, 2007

Manis bak gula

Bila kita kata :"Khadijah...... smile....... sayang" Hasilnya pasti memberangsangkan, lontaran senyuman yang melekat di jiwa, senyuman yang paling aku suka.

Khadijah tak ke sekolah hari nieh. Ada rawatan susulan di hospital...... kedua-dua kakinya akan diplaster untuk tempoh 2 minggu. Harap semuanya lancar dan dipermudahkan segala urusan, insyaAllah.

Friday, July 13, 2007

Berjaga malam

Tak cukup tidur semalam. Khadijah terjaga dan tak dapat nak lelap mata walaupun mata masih layu. Dia nak jalan-jalan!

Wednesday, July 11, 2007

Busy Baby

Semalam khadijah pergi sekolah. Start Julai, Cikgu Lam yang ajar dia. Aku suka cara cikgu Lam, dia pandai layan khadijah. Setiap gerak kerja yang dilakukan akan diselang-seli dengan lagu kanak-kanak. Anak aku memang suka amat dengan muzik, pantang dengar lagu jek pasti badan bergoyang! Lagu 'saya ada teko' tengah top kat umah aku skang, boleh dikatakan setiap jam akan berkumandang dengan aksi comel khadijah menggayakan teko bulat. Gerak kerja yang khadijah buat semalam di sekolah: ambil guli dalam bakul n simpan dalam bekas kecil, masukkan mainan ikut bentuk, buat puzzle mudah, simpan bola ping-pong dalam bekas, dan jalan-jalan lepas buat kerja - yang nieh cikgu tak suruh pun, tapi tak leh nak larang :-) Aku rasa khadijah cepat bosan ler kut, bila dah berjaya buat satu-satu benda (dengan bantuan aku), dia tak nak ulang dah. Padahal, apa yang dibuat tuh masih banyak yang perlu diperbaiki lagi dan seharusnyer perlu dibuat sendiri tanpa bantuan luar. Pencapaian keseluruhan di sekolah semalam : bagi kerjasama, kurang nangis n kurang peluh.

Hari sebelumnyer, khadijah pergi physio kat hospital. Physiotherapist tuh hanya gantian kerana yang sebetulnyer sedang cuti bersalin. Sayang laa........ rasa cam buang masa, tenaga (aku & tok babah) dan minyak jek pergi sana, dah ler aku pun kurang sihat hari tuh. Kenapa ler orang tuh tak buat kerja sungguh-sungguh? Dengan bayaran yang dikenakan, sepatutnyer dorang tahu apa yang patut disampaikan. Alasannyer biasa jek...... takut Khadijah nangis. Selamat anak ummi hari tuh :-). Sebenarnyer, aku pun tak suka juga anak aku nangis dan dipaksa-paksa, tapi..... untuk kebaikan dia......... aku terpaksa relakan juga. Jangan berkeras sangat sudah lah.

BerSMS dengan maktok pagi semalam sebelum ke sekolah..... tanya khabar khadijah, coz hari yang sebelum tuh jugak khadijah jatuh dari sofa. Gedebuk!!! depan mata aku. Nieh kali kedua khadijah jatuh dari tempat yang agak tinggi. Kali pertama masa umur 6 bulan dengan daddynya, dan sekarang disebabkan kelalaian aku sendiri. Sesungguhnyer aku amat menyesal :( Setelah dipantau seharian, alhamdulillah khadijah okie. Ummi janji akan lebih berhati-hati mengasuh penyejuk hati yang satu nieh, insyaAllah.

Tuesday, July 3, 2007

BOTOX treatment

25 June 2007 adalah hari kelahiran Tok Abah dan hari yang bersejarah juga untuk Khadijah. Khadijah telah menerima suntikan botox yang pertama bagi mengurangkan ketegangan di kedua-dua belah kakinya. Tiga cucuk di kaki kiri dan empat cucuk di kaki kanan. Sebelum dicucuk, khadijah diberi ubat tidur sebanyak 10ml..... didodoi didodoi sampai dia lena. Tapi, semasa treatment tersebut khadijah terjaga, dia menangis... meraung.... tersentuh betul hati aku masa tuh, tapi harus diteruskan jua, ianya untuk kebaikan Khadijah. InsyaAllah.
Khadijah diiringi oleh 6 orang dewasa masa tuh: aku n hubby, tok babah n tok mama, tok abah n mak tok yang datang dari penang semata-mata untuk khadijah. Aku rasa terharu tul dengan sokongan moral yang dorang berikan kepada khadijah dan juga kepada aku n hubby secara tak langsung.

Untuk memastikan keberkesanan maksimum suntikan botox, doktor pesan supaya kami buat fisio secara intensif dan selepas 3 minggu kaki khadijah akan diplaster untuk tempoh 2 minggu.
Alhamdulillah sehingga ke hari nieh khadijah sentiasa bagi kerjasama bila kami 'kerjakan' kaki dia.

Doa kami sekeluarga agar usaha kami diberkati Allah dan keinginan khadijah untuk berjalan dimakbulkan Allah hendaknya. InsyaAllah.