Sunday, February 28, 2010

Rupanya..........

Saya dapat ilmu baru hari ni. Ilmu berkenaan dengan aircond. Rupanya....
1) Bila mana besi yg di atas bila kelihatan warna putih, tandanya habuk terlalu banyak dan perlu di basuh bersih.
2) Bila mana yg di bawah kelihatan warna putih maknanya gas telah berkurangan dan perlu service. Kalau lambat compressor aircond akan rosak.
3) Bila kipas berpusing dan rasa dengan tapak tangan. Kalau angin panas bermakna aircond berada dalam keadaan baik. Namun sekiranya sebaliknya berlaku tiada angin panas maknanya aircond akan mengalami kerosakkan.
Saya tanya kembali supplier anda siapa? Brother tu berkata lagi alaaa susah laa bang. Semua supplier di control di bangsa asing. Kami berniaga kecil-kecilan untung sikit aja. Mereka (supplier) dah markup harga.
Kadang2 saya terfikir mengapa org melayu diperlaku begini? Apakah pemimpin terdahulu harus dipersalahkan kerana merekalah antara telah membuka peluang kepada bangsa asing. Dalam bidang pertanian pun kalau kita lihat supplier kebanyakkannya bukan org kita. Sayur, sampai ke ikan. Bukan itu aja, sampai gula garam pun depa control.
Pandangan saya ialah pemimpin yg berkuasa harus dipertanggungjawabkan kerana merekalah yg mula2 meletakkan platform. Cuba bayangkan sekiranya sejak dulu platform itu diberi kepada org kita, Saya yakin kita tidak perlu menunggu 2020 untuk maju. Kita boleh maju lebih awal.
Saya cadangkan kepadanya untuk membuka sebuah kedai jual barang elektrik di Putrajaya kerana di sini tiada kedai seperti itu. Jawabnya loan masih pending bang. Saya doakan semoga dia berjaya.

No comments: