Anugerah teristimewa. Cerita penuh warna. Harapan yang menyala agar masa depan yang bercahaya.
Thursday, February 18, 2010
Pak Ngah meninggal dunia - Bapa saudara abah.
Bapa saudara abah meninggal dunia kerana sakit tua hari ni. Saya pernah dulu ziarah dia. Masa tu pak ngah tak boleh jalan disebabkan masalah kaki yg lemah. Rumah pak ngah ni dibelakang rumah arwah tok sani, bapa abah. Disitu dulu ada sebuah perigi yg airnya cukup sejuk. Masa dulu2 bila balik raub saya kami mandi air perigi. Walau pun tak boleh jalan tapi kelihatan semangatnya nak berjalan cukup kuat. Kegigihan dan semangat pak ngah inilah yg harus senantiasa diserap ke dalam jiwa anak2 dan cucu2 tak kira dalam apa jua bidang yg diceburi. Kita doakan moga rohnya bersama dgn org2 beriman. Ameen.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment