Hari ni hari cuti sempena Tahun Baru Cina. Teacher Fateen datang seperti biasa mengajar Khadijah. Pagi sebelum jam lapan saya pergi mendapatkan sarapan pagi untuk KD. Cuba teka apakah sarapan paginya? Sudah tentulah nasi lemak kukus. Target saya ialah untuk sampai ke rumah sebelum 825am. Alhamdulillah saya berjaya mendapatkan masa yang dikehendaki dan terus menghidangkan sarapan untuk KD dan hari ni special skit sebab KD ditemani oleh Tok Nek. Tok Nek awal2 lagi dah pesan haaaa! jgn bubuh macam2 sangat dalam nasi lemak dia. Dia pesan dia hanya mau bubuh telur saja. Oleh kerana arahan telah diberikan sebelum pergi makanya haruslah diikuti. Kalau tidak AWAS!
Dalam masa tak sampai 20 minit dalam 845 pagi KD dah selesai sarapan dan berehat menanti teacher Fateen untuk sampai dan memulakan kelas seperti biasa. Bila selesai sahaja KD makan saya meneruskan aktiviti kebiasaan saya iaitu ke pasar beli ikan yg diminati Tok Nek. Ikan ni bermacam nama. Ada yg kata namanya ikan mambu, ada yg kata ikan kayu dan ada pula yg kata ikan tongkol. Kuasa tuhan, baik ikan bawal ke, ikan kembung ke, ikan merah ker, ikan jenahak ke, ikan cencaru ker depa2 ni duduk di dalam air yg sama yakni air laut yg masin. Tapi agak heran kuasa tuhan rasa mereka ni berlainan sekali. Inilah kekuasaan tuhan untuk kita lihat...........
Sampai di rumah tengah hari Malik pula mai. Dia tanya Sheikh........ anter nak potong rumput kah Sheikh? Anna kata boleh laaaahhhhhh....... Bapak berkali pesan untuk dicantas pokok bunga kertas yg telah tinggi melangit. Jadinya hari ini saya berjaya melaksanakannnya. Jadinya pokok bunga kertas dan tidak setinggi dulu.
Sejak dua menjak ni saya terasa sedikit kelainan iaitu terdapatnya banyak lalat di rumah. Jadi saya mengambil keputusan untuk menyiasat apakah punca kedatangan lalat ini. Saya keliling rumah perlahan-lahan dan amat terkejut bila mana saya terjumpa dua kepala ikan yu yg besar di celah lalang2. Dengan berulat dan berbau cukup busuk seperti bangkai dan dipenuhi dengan begitu banyak sekali lalat. Saya mula menyedari ianya mungkin dibawa oleh kucing peliharaan jiran2 di kawasan ini. Tapi pandangan saya seharusnya makanan kucing ini menjadi tanggungjawab kepada yg memeliharanya. Cara makanan sepatutnya janganlah sampai menganggu keselesaan kehidupan jiran yang lain.
Besok hari Ahad. Paginya rancang untuk riadah di taman berdekatan dan nak bawa tok nek sekali. Kueh berikutnya ialah mungkin nak buat kuih cara pula.........
No comments:
Post a Comment