Sunday, February 28, 2010

Rupanya..........

Saya dapat ilmu baru hari ni. Ilmu berkenaan dengan aircond. Rupanya....
1) Bila mana besi yg di atas bila kelihatan warna putih, tandanya habuk terlalu banyak dan perlu di basuh bersih.
2) Bila mana yg di bawah kelihatan warna putih maknanya gas telah berkurangan dan perlu service. Kalau lambat compressor aircond akan rosak.
3) Bila kipas berpusing dan rasa dengan tapak tangan. Kalau angin panas bermakna aircond berada dalam keadaan baik. Namun sekiranya sebaliknya berlaku tiada angin panas maknanya aircond akan mengalami kerosakkan.
Saya tanya kembali supplier anda siapa? Brother tu berkata lagi alaaa susah laa bang. Semua supplier di control di bangsa asing. Kami berniaga kecil-kecilan untung sikit aja. Mereka (supplier) dah markup harga.
Kadang2 saya terfikir mengapa org melayu diperlaku begini? Apakah pemimpin terdahulu harus dipersalahkan kerana merekalah antara telah membuka peluang kepada bangsa asing. Dalam bidang pertanian pun kalau kita lihat supplier kebanyakkannya bukan org kita. Sayur, sampai ke ikan. Bukan itu aja, sampai gula garam pun depa control.
Pandangan saya ialah pemimpin yg berkuasa harus dipertanggungjawabkan kerana merekalah yg mula2 meletakkan platform. Cuba bayangkan sekiranya sejak dulu platform itu diberi kepada org kita, Saya yakin kita tidak perlu menunggu 2020 untuk maju. Kita boleh maju lebih awal.
Saya cadangkan kepadanya untuk membuka sebuah kedai jual barang elektrik di Putrajaya kerana di sini tiada kedai seperti itu. Jawabnya loan masih pending bang. Saya doakan semoga dia berjaya.

Wednesday, February 24, 2010

Tidur 3 jam sehari........ Boleh ka?

Rupanya baru saya tahu majority Professor di university mereka tidur sehari hanya 3 jam. Selebihnya masa dikerjakan untuk mentelaah. Pernah Dr. Osman pesan syarat pertama nak dapatkan Ph.D ialah masa tidur perlu dikorbankan. Saya dalam process adjusting diri ke arah itu. Mencabar sungguh, di pejabat nak kena manage expectation boss, di rumah expectation family, dan sebagai pelajar kena manage expectation daripada lecturer.
Ya Allah, sekiranya Ph.D ini membawa aku menjadi hamba yg baik maka Dikau permudahkanlah segala urusan ku dan jika sebaliknya maka Dikau hindarilah aku daripadanya. Sesungguhnya Dikau maha mengetahui di atas segala sesuatu. Ameenn.

Friday, February 19, 2010

Asyik.........

Berempat................Do..Re...Me...Fa....

Antara aktiviti pada hari cuti2.... Malaysia.




Kuih cara.......

Hari terakhir cuti sempena tahun baru cina kami buat kuih cara. Kuih cara ni nak buat senang saja. Bancuh dengan tepung lepas tu kalau nak color hijau tu kita kena blend daun pandan yg dihiris halus. Jangan lupa ambil beberapa helai daun pandan dan diikat. Ikatan daun pandan ini akan digunakan bila kita menyapu majerin kepada acuan. Tujuan utamanya ialah untuk mengelak daripada masalah melekat. Setelah dicurahkan adunan tepung tadi ke dalam acuan maka kemudian disusuli pula dengan meratakan gula secukup rasa tergantung kepada selera masing2. Tok nek kata kalau nak control kelembutan kuih cara ini ialah dengan cara kita mengawal kandungan air pada adunan tadi. Kalau first round kita mahukan kuih yg lebih lembut maka kata tok nek kita boleh tambah sedikit air dalam adunan tadi.

Thursday, February 18, 2010

Pak Ngah meninggal dunia - Bapa saudara abah.

Bapa saudara abah meninggal dunia kerana sakit tua hari ni. Saya pernah dulu ziarah dia. Masa tu pak ngah tak boleh jalan disebabkan masalah kaki yg lemah. Rumah pak ngah ni dibelakang rumah arwah tok sani, bapa abah. Disitu dulu ada sebuah perigi yg airnya cukup sejuk. Masa dulu2 bila balik raub saya kami mandi air perigi. Walau pun tak boleh jalan tapi kelihatan semangatnya nak berjalan cukup kuat. Kegigihan dan semangat pak ngah inilah yg harus senantiasa diserap ke dalam jiwa anak2 dan cucu2 tak kira dalam apa jua bidang yg diceburi. Kita doakan moga rohnya bersama dgn org2 beriman. Ameen.......

Cuaca panas betul.....

Hari ni kelas cancel diberitakan lecturer kami MC tak sihat disebabkan demam yg kuat. Walau bagaimana pun kelas akan diadakan pada hari Sabtu ini sebelah pagi dalam pukul 10 pagi. 

Jebon....

Tok nek bercerita tok lang ada bela banyak ayam kampung. Tapi kata tok nek lagi, kadangt2 tu ayam tak sempat nak besar dah di makan oleh Jebon. Kami tanya tok nek jebon tu apa? Tok nek jawab alah Jebon..... Jebon tu......

Monday, February 15, 2010

Dengan tok nek di shopping mall........


Cucu2: Tok nek jom kita pi shopping mall.......
Tok Nek : Ish..... susah pasai tok jalan pelan.....
Cucu2: Alah tak per, biasa laaaa org tua2 mana jalan cepat.... Jalan pelan tu biasa laaaa...
Tok Nek: Ish tak payah laaaa.........
Cucu2: Alah bukan jauh mana pun tempat tu. Naik kereta tak sampai 5 minit.
Tok Nek: Hmmmmmmmm...........
Cucu2: Alah bukan pi lama mana pun. Pi sat aja. Bila sampai kita balik semula.
Tok Nek: Hmmm jom lah.

Selalunya di mall ni ada service wheel chair. Tapi kali ni service terminated kerusi semua kena hantar pi maintenance. Tok Nek larat jalan sampai Centre Mall aja lepas tu kami tinggal dengan makcik. Kami bergegas beli groceries. Alhamdulillah semua ok tok nek happy..............

Saturday, February 13, 2010

Chah Binti Sulong.......

Nama tok nek ialah Chah Binti Sulong. Nama mama tok nek ialah Zuriah dan ayah tok nek namanya Sulong. Ayah tok nek yg bernama Sulong berasal dari negeri Kelantan manakala mama tok nek yg bernama Zuriah berasal dari Kedah. Setelah pemergian ayah tok nek (Sulong) kerana sakit "kebas", Mama tok nek Zuriah berkahwin lain dengan (Kena tanya tok nek semula, lupa nama) dan terus menetap di Kedah.
Bila saya tanya tok nek mengapa tok nek tak cari pengganti lain?
Jawab tok nek ialah cukuplah pengalaman tok nek dengan ayah tiri membuatkan tok nek tak sanggup untuk anak2 tok nek di jaga oleh ayah tiri. Tok nek lebih rela bersendirian kerana tok nek sangat sayangkan anak2 tok nek.
Alamak! jam dah pukui 11pm. Saya kena siapkan assignment pula. Bye2!

Kueh Ketayap.......

Hari ni hari cuti sempena Tahun Baru Cina. Teacher Fateen datang seperti biasa mengajar Khadijah. Pagi sebelum jam lapan saya pergi mendapatkan sarapan pagi untuk KD. Cuba teka apakah sarapan paginya? Sudah tentulah nasi lemak kukus. Target saya ialah untuk sampai ke rumah sebelum 825am. Alhamdulillah saya berjaya mendapatkan masa yang dikehendaki dan terus menghidangkan sarapan untuk KD dan hari ni special skit sebab KD ditemani oleh Tok Nek. Tok Nek awal2 lagi dah pesan haaaa! jgn bubuh macam2 sangat dalam nasi lemak dia. Dia pesan dia hanya mau bubuh telur saja. Oleh kerana arahan telah diberikan sebelum pergi makanya haruslah diikuti. Kalau tidak AWAS!
Dalam masa tak sampai 20 minit dalam 845 pagi KD dah selesai sarapan dan berehat menanti teacher Fateen untuk sampai dan memulakan kelas seperti biasa. Bila selesai sahaja KD makan saya meneruskan aktiviti kebiasaan saya iaitu ke pasar beli ikan yg diminati Tok Nek. Ikan ni bermacam nama. Ada yg kata namanya ikan mambu, ada yg kata ikan kayu dan ada pula yg kata ikan tongkol. Kuasa tuhan, baik ikan bawal ke, ikan kembung ke, ikan merah ker, ikan jenahak ke, ikan cencaru ker depa2 ni duduk di dalam air yg sama yakni air laut yg masin. Tapi agak heran kuasa tuhan rasa mereka ni berlainan sekali. Inilah kekuasaan tuhan untuk kita lihat...........

Sampai di rumah tengah hari Malik pula mai. Dia tanya Sheikh........ anter nak potong rumput kah Sheikh? Anna kata boleh laaaahhhhhh....... Bapak berkali pesan untuk dicantas pokok bunga kertas yg telah tinggi melangit. Jadinya hari ini saya berjaya melaksanakannnya. Jadinya pokok bunga kertas dan tidak setinggi dulu.

Sejak dua menjak ni saya terasa sedikit kelainan iaitu terdapatnya banyak lalat di rumah. Jadi saya mengambil keputusan untuk menyiasat apakah punca kedatangan lalat ini. Saya keliling rumah perlahan-lahan dan amat terkejut bila mana saya terjumpa dua kepala ikan yu yg besar di celah lalang2. Dengan berulat dan berbau cukup busuk seperti bangkai dan dipenuhi dengan begitu banyak sekali lalat. Saya mula menyedari ianya mungkin dibawa oleh kucing peliharaan jiran2 di kawasan ini. Tapi pandangan saya seharusnya makanan kucing ini menjadi tanggungjawab kepada yg memeliharanya. Cara makanan sepatutnya janganlah sampai menganggu keselesaan kehidupan jiran yang lain.

Besok hari Ahad. Paginya rancang untuk riadah di taman berdekatan dan nak bawa tok nek sekali. Kueh berikutnya ialah mungkin nak buat kuih cara pula.........

ke kanan ke, ke kiri

aku jalan sorang-sorang petang nieh sambil bawa botol air adik.... rasa diperbodohkan aja. Menci!! Keadaan lebih mudah kalau bagitahu dari awal sama ada aku perlu ke kiri atau ke kanan. Mudah saja kan? Rugi masa aku untuk bersiar-siar dengan anak-anak kerana aku telah berjalan dua pusingan sensorang. Terima kasih banyak kepada yang berkenaan. PENGAJARAH: KOMUNIKASI AMAT PENTING DALAM KEHIDUPAN.

Thursday, February 4, 2010

Hari ini ada kelas.........

Hari ni saya ada kelas. Ooo Allah give me advance in the knowledge.......Ameenn. Kelas ni tough. Kalau "kena" terbakar dada. Pantas sungguh masa berlalu. Rasa macam tak terkejar. Semester kedua dah nak sampai ke penghujung. Assignment berlambak bukan main. Kadang2 tu saya rasa heran pada diri sendiri. Di undergraduate sampai ke master........ dok buat doctorate pun sukaa kumpul kerja.

Hayyayyaaaaa........

Pada masa yg sama diberitahu melalui email tadi........ada classmate, yang ayahnya telah kembali ke rahmatullah. Didoakan rohnya dicucuri rahmat. Amin........

Tuesday, February 2, 2010

kesihan.....

Hari ni setelah selesai kerja dalam perjalanan balik terserempak dengan seorang budak kecil yg tidak tahu apa2 duduk di kaki lima yg kotor. Ibu bapanya mengharapkan simpati anaknya dan dek dengan simpati anak maka akan ada ramai yg bagi duit. Geram perasaan ku melihat anak istimewa diperlaku sedemikian rupa. Pandangan ku kita patut ada undang2 yg membolehkan ibu bapa yg bersikap sedemikian dihumban ke dalam lokap seumur hidup. Yang paling ku geram anak itu diberi pakaian baju kurung. Geram sungguh ku rasa............dah laaa anak itu kekurangan, dipergunakan lagi!

Saya geram!