Anugerah teristimewa. Cerita penuh warna. Harapan yang menyala agar masa depan yang bercahaya.
Friday, November 16, 2007
Day 1 - Friday 16th November 2007.
Makan semua ok. Habis......... tak menangis. Tidur tok mama tidurkan. Sambil zikir dan usap kepala.......at last 11pm tidur. Kegiatan pada siang hari macam kebiasaan. Banyak arahan. Malam ni dia sibuk tepuk nyamuk. Kejap tepuk dinding kejap tepuk toto. Susu macam biasa daddy bagi mau tapi lambat kerana banyak sangat arahan yg kena patuhi. Lepas tu dia nak minum sama daddy. Jadinya terpaksa minta tolong PA Khadijah bagikan. PA bagi tak sampai 15 minit habis. Dengan tok abah main dukong2. Salam dan cium tangan tok mama. Bila suruh salam dan cium tgn tok abah dia buat2 nak pi. Bila dah dekat dia lari. Lepas tu gelak. Petang, katanya aktiviti berjalan bersama tok mama dan tok abah. Ubat alhamdulillah tiga jenis ubat tak jadi masalah. Tak menangis bila daddy bagi. Kalau ada Ummi dia pandai nak Ummi yg bagi. Daddy cam biasa lepas kerja pi pasar tani beli sayur segala macam. Hari ni mangga tak de langsung. So besok mungkin nak pi cari di Carrefour kalau ada. Buah hari ni tak banyak dijual di pasar tani. Mungkin tak sampai musim lagi kut utk buah mangga. Message kepada bapa dan mak pun sudah disampaikan. So sampai di sini dahulu. So Khadijah ok. Ceria seperti sediakala. Salam daripada kami di Putrajaya, Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kita rindu sangat kat Khadijah. rindu sangat-sangat.
harap Khadijah pun ok walau ummi tiada di sisi
kita rindu sangat kat Khadijah. rindu sangat-sangat.
harap Khadijah pun ok walau ummi tiada di sisi
Post a Comment