Hari ni hari ketiga Khadijah selsema. Kitaorang bawa khadijah ke klinik dekat rumah pada rabu malam yang sudah. Khadijah sampai sekitar jam 8 mlm... dan dapat giliran ke spuluh masa kat klinik tuh... dekat-dekat 9.30 malam baru sampai rumah. Balik rumah jek, terus bagi dia makan ubat..... cam biasa aaa, mengamuk bersungguh-sungguh. Tak lama lepas makan ubat.... Khadijah pun tidur. Kul 3 pagi bangun mintak disusukan.... selesai jek susu, baling-baling bantal kat sekeliling dia.... dan sejak dari itu, Khadijah terus berjaga sampai kul 6.15 pagi. Aku dan daddynyer pun teramatlah mengantuk hari tuh.
Hari Khamis malam.... Khadijah senang diberi ubat, tapi masih gaks nak mengamuk manja kole. Lepas makan ubat..... aku nak tidurkan dia.... sebab dia dah nampak mengantuk yang amat. Tapi, Khadijah tak mau, dia nak main gaks.... jadinya aku bagi tugasan kat daddy untuk tidurkan dia yang memang dah mengantuk tapi masih ada hati nak main tuh. Daddy pun gagal.... terus diberi kepada PAnya. Dan tak lama lepas tuh, selepas dikendong dan diusap rambutnya.... maka tidurlah Khadijah ku itu. Rasanya kul 10.30 kut masa tuh.
Alhamdulillah...... buat pertama kalinya, aku ulang..... pertama kali, Khadijah tidur lena dan tak bangun menyusu dan membiarkan diriku tidur hingga ke pagi sampaikan terlewat laks bangun. Jam 6.30 pagi baru Khadijah bangun... dan memulakan harinya dengan senyuman dan keceriaan walaupun selsema dan batuk masih ada. Aku puas tidur malam tadi...... bagaimana agaknya dengan malam-malamku yang akan datang? Tidurlah Khadijah.... tidurlah wahai puteriku..... tidur nyenyak hingga ke pagi. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment