Anugerah teristimewa. Cerita penuh warna. Harapan yang menyala agar masa depan yang bercahaya.
Thursday, November 22, 2007
Alhamdulillah Ummi selamat kembali ke tanahair.
Syukur ke hadrat ilahi kerana Ummi telah selamat kembali ke tanahair dari tanah besar china. Tahniah kepada Ummi kerana berjaya mengawal perasaan berenggang dengan Khadijah selama 6 hari - huh pertama kali ni. Sebelum ni dekat dua tahun dua beranak ni asyik dok berkepit jek di rumah. Kwang kwang kwang. Syabas kepada Khadijah kerana mudah dan cepat mengerti dan berjaya mengawal perasaan dan pada masa yg sama cepat menyesuaikan diri serta berdikari sepeninggalan Ummi ke tanah besar China. Terima kasih yg tak terhingga juga diucapkan kepada tok mama, mak tok, tok abah KL & Penang, abg Naz, tok chon dan tok sarah yg tidak putus2 menjaga dan menanyakan akan keadaan Khadijah. Jasa keluarga dan sanak saudara tidak dapat dan mampu untuk kami balas. Hanya doa kebaikan kami pohonkan kepada yg esa sebagai balasan. Ummi nampak keletihan mungkin disebabkan flight delay selamat 4 jam lebih. Punca utamanya ialah kerana keadaan traffic di airport Guangzhou yg terlalu sibuk. Diberitakan semua yg menaiki pesawat tidak dibernarkan keluar. Just imagine 4 jam kena tunggu dalam flight. Bagi yg naik economy class jenuh. Yg naik business can 1st class bernasib baik skit kerana dapat mengunjurkan dan meluruskan badan. Tak banyak pun dapat laa skit. Shopping di Shanghai agak sukar kerana majoriti peniaga tidak fasih berbahasa inggeris. Mereka hanya faham bahasa mandarin depa. So katanya kalau nakkan sesuatu tu kadang2 sampai kena buat action untuk memahamkan mereka. Tapi kadang masih mereka salah faham. Sudah tentu langsir, kain sutera cina, baju kanak2 dan dewasa, beg2 kecil, cadar, alas meja merupakan antara barang2 yg amat murah jika dibandingkan dengan harga di tanahair. Pada masa yg sama matawang ringgit masih mahal jika dibandingkan Yuen Reminbi. Faktor ini telah membantu dalam menambahkan lagi kuasa beli di kalangan rakyat Malaysia. Tempat makan agak susah. Rata2 org Malaysia yg bekerja di sana lebih gemar memasak makanan sendiri. Sampai di sini dahulu. Khadijah dan Ummi pun dah dibuai mimpi. So giliran daddy pula nak landing. Jumpa lagi!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
tengkiu kak mas bwk balik tin coke n pepsi.. hehehe..
bertambah sket collection ;-)
wahh...mesti Umi bawak baju raya cina untuk Khadijah :-)
farris : perkara kecik jek tuh. lenkali kalau ada rezki, kita boleh tambahkan lg koleksi ye.
adlina : untuk adlina pun ada juga :-) padan ler harap-harapnya
Post a Comment