Aku luangkan masa seharian semalam dengan Khadijah. Marah Khadijah terhadap aku sebab berjauhan beberapa hari seperti tak dapat dibendung...... menangis penuh sendu, meronta tak mahu dipujuk. Minta aku uruskan segala keperluannya..... tak mahu langsung campur tangan PA. Aku usahakan kemahuannya..... sensitif yang agak melulu terkadang itu.
Hari terakhir aku di Shanghai, pegawai di sana jemput aku dan team makan malam di rumahnya. Rupa-rupanya dia ada anak yang sebaya dengan Khadijah, tengok budak tuh.... makin buat aku tak sabar nak jumpa Khadijah. Rindu dendam yang amat... nasib baik dah hari terakhir tugasan di sana. Almaklumlah... tak pernah berpisah dengan anak. Mungkin juga Khadijah berasakan perkara sama.... tapi tak tahu nak nyatakan perasaannya. Budak perempuan tuh dah pandai berbicara.... pelat dan sangat comel bunyinya. Tersentuh hati aku..... teringatkan anak aku yang jauh di mata.... dan kenormalan pada budak itu.
No comments:
Post a Comment