Seperti kebiasaan saya akan berjalan selama 15 minit di food court ketika waktu rehat di pejabat.
Ianya bukan tujuan makan tetapi sekadar merehatkan minda daripada hiruk pikuk kerja.
Seringkali saya singgah di gerai yang kecil. Ianya lebih kurang keluasan gerai masak mee ini.
Selalunya gula gula sebanyak 3 bijik menjadi pilihan. Ada dijual rokok, air kotak, air tin dan majalah.
Sedikit kehairanan kerana pakcik yang selalu sudah tidak kelihatan sejak selepas raya. Lalu hari ini saya menyapa dan bertanya, ke mana perginya uncle yang lama?
Ooooo saya adik iparnya menggantikannya kerana dia bersiap untuk buat haji.
Alhamdulillah. Di hati kecil saya merenung jauh. Tetamu Allah tidak kira pangkat mahu pun darjat.
Sekecil kecil benda sehingga sebesar besar benda.
Keberkatan adalah yang dicari.
Allah.... Allah.... Allah.
No comments:
Post a Comment