1) Bermacam cara digunakan untuk mempengaruhi mangsa. Malah saya ditunjukkan cek oleh seorang rakan yang berjumlah RM1K lebih. Katanya inilah hasil kalau masuk skim ini. Dua minggu sekali akan dapat. Namun tidak lagi kini, semuanya hancur.
2) Terkadang bukti-bukti sebegini amat merbahaya kerana ianya boleh menghasut minda yang selama ini sudah lama mengetahui tidak ada jalan pintas dalam kecapi kejayaan. Namun dgn bukti bukti cek pegangan selama ini menjadi rapuh dan kecundang. Ia bermula dengan kata-kata "kalau cuba tak rugi".
3) Mereka menggunakan nama2 gah seperti Geneva dan sebagainya untuk menambahkan lagi 'exclusivity' produk itu. Malah ada yang menambah islamic compliance, SC approval atau pun Bank Negara approval.
4) Modus operandi mereka ialah berjumpa dengan mangsa secara persendirian atau one by one.
5) Mereka amat licik. Jadinya awas!
No comments:
Post a Comment