Musim sejuk merupakan suasana yang amat mencabar terutamanya untuk menghadiri kelas pagi. Gambar di atas menunjukkan keadaan lebih kurang 15 minit sebelum jam 8am.
Menjadi lumrah pelajar tempatan berkenderaan ke kelas dan majoriti akan cuba mengelak daripada mengambil kelas sesi pagi.
Bayangkan di Malaysia ketika hujan lebat di awal pagi 'mood' akan tercabar. Nak bangun pun hati berkata nanti kejap kerana melayan kesejukkan.
Bayangkan di sini. Cuacanya di bawah paras sifar. Ianya amat sejuk.
Apa pun, hendak seribu daya. Tak mahu seribu macam alasan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Pokoknya kita dan bukan orang lain.
No comments:
Post a Comment