Tuesday, April 6, 2010

Tornado....

Tornado seingat saya lalu di Kalamazoo pada pukul 3 petang waktu tempatan. Masa tu saya di library. Masa ia lalu keadaan menjadi gelap gelita macam waktu malam. Awan yang cukup kehitaman. Oleh kerana kebanyakkan dinding library diperbuat daripada kaca jadi kami diarahkan untuk berlindung di aras bawah tanah. Masa tu saya pilih untuk berada di staircase tempat yang saya rasa selamat. Kami dibekalkan radio bateri dan semua lampu ditutup. Setelah sejam setengah apabila jabatan kecemasan university confirm tornado telah pergi baru kami keluar. Dalam perjalanan balik masa tu saya balik sorang diri. Takut juga kali pertama jalan dengan pokok di kiri kanan tumbang. Suasana cukup suram dan berserakkan dan keadaan yang sunyi sekali macam tiada orang dalam dunia. Alhamdulillah saya selamat. Suatu pengalaman buat saya. Sesungguhnya Allah maha besar. Tren hampir tiba ke destinasi......

No comments: