Jumaat sudah, Khadijah ke hospital untuk pemeriksaaan rutin. Oleh sebab perkara nieh dah berterusan sejak Khadijah berusia 3 bulan.... makanyer, pemeriksaan susulan yang dilakukan sentiasa mesra, dan layanan yang diberikan sangatlah menyenangkan. Sumer jururawat kat klinik tuh kenal Khadijah..... budak kecik yang pakai spek pink dan pakaian yang serba pink selalu. Tapi, skang dah tukar laa, budak yang pakai spek ungu le plak.
Cam kebiasaannya, doktor akan memantau perkembangan fizikal Khadijah. Dan pertama kali doktor tengok Khadijah, dia terus cakap yang Khadijah nampak berisi betul kali nieh. Selepas tengok berat badan yang ditulis jururawat dan kemudiannya dicatatkan di graf..... doktor pun ketawa siput. Doktor tanya aku : "Apa yang awak bagi anak awak makan.... graf berat dia elok... terutamanya kebelakangan nieh?" Tuh lah penangannya biskut raya yang belum sudah... jawapan ringkas aku untuk yang bertanya. Aku harap anak aku sentiasa sihat dan berat badan yang terkawal sesuai dengan tinggi. InsyaAllah.
Aku seronok betul minggu nieh..... selain daripada keyakinan Khadijah yang bertambah sedikit untuk berjalan sendiri tanpa sokongan, Abang aku pun telah memperoleh cahaya mata baru pagi tadi..... puteri yang ketiga telah hadir ke dunia. Nampaknya cucu maktok dan tok abah bertambah setiap tahun. InsyaAllah, satu lagi akan tiba tahun depan. Semoga semuanya berkeadaan baik, sihat, dan menceriakan. InsyaAllah.
Khadijah dah tidur.... daddy yang dodoikan. Sayang anak ummi.... tidur nyenyak hingga pagi harapnya untuk malam nieh dan malam-malam yang mendatang juga.
No comments:
Post a Comment