Friday, December 28, 2007

Suapan pertama



Aku hepi betul pabila pertama kali Khadijah pegang botol susu dan minum sendiri. Tak lama lepas tuh.... pada 25 Disember 2007, Khadijah buat pertama kalinya memegang makanan dan menyuapnya ke mulut. Aku tahu anak aku boleh..... lambat atau cepat perkara yang terkemudian..... janji boleh!!!




Dan semalam..... Khadijah sudah mula berani bermain dengan makanan yang aku beri padanya. Pertama kali juga aku beri ciku untuk Khadijah...... dan dukacitanya, khadijah tak suka dan menutup rapat mulutnya. Berita baiknya, ciku itu dijadikan mainan, diramas, disepah-sepahkan serata tempat. Bukanlah maksud aku bermain makanan itu baik.... tapi, untuk Khadijah ianya satu perkembangan positif. Sebab : Khadijah sudah berani menggunakan tangan seperti yang sepatutnya. Kalau dulu, aku cuba beri stimulasi tangan menggunakan pelbagai kekacang, beras dan tepung lembik.... tetapi semua aktiviti itu gagal kerana Khadijah berasa geli dan loya untuk memegang.

No comments: