Saturday, December 22, 2007

Kekasih gelapku

Pada awalnya, aku dan suami bercadang nak balik kampung famili aku selepas solat sunat raya aiduladha di kawasan tempat tinggalku. Tetapi, selepas itu... ada pula rancangan kedua untuk bertolak ke kampung halaman lebih awal iaitu, pada petang rabu. Kononnya nak balik awal skit dari tempat kerja masing-masing. Walau bagaimanapun, rancangan tinggal rancangan semata-mata dan tidak tertunai kerana ada halangan yang telah ditentukan Allah kejadiannya.
Syukur juga kami batalkan rancangan kedua di saat-saat akhir. Aku tak dapat nak bayangkan kesusahan yang akan aku alami sekiranya sakit dalam perjalanan jauh dan menyesakkan pada hari rabu.
Doktor beri aku cuti selama 2 minggu untuk berehat secukupnya dan pulihkan kesihatan. Sesungguhnya, aku berasa sedih... kesedihan yang tak terlalu banyak.... tapi sedikit pasti ada kerana perkara yang aku nanti-nantikan..... Allah pinjamkan seketika cuma.

"kumencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yang tau
kumencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku"