Ketika kandunganku hampir mencecah usia 7 bulan dan disamping cabaran yang menyinggah...... aku mula memikirkan nama untuk puteri sulung idaman kami. Tatkala itu, nama Khadijah terus hadir dalam diri.... rasa teringin yang tak dapat dibendung, teramat indah nama itu. Aku diamkan saja hasrat hati aku itu. Satu hari selepas solat maghrib, hubby panggil aku, katanya.... "kita bagi nama Khadijah kat anak kita nak tak?" Aku pun terus setuju dan aku ceritakan padanya bahawa aku telah berfikir perkara yang sama :-) Asalnya... nama Khadijah sekadar Khadijah sahaja.... tapi, selepas Khadijah dilahirkan, ada tambahan dari tok-toknya.... sorang tambah nama depan, sorang nama belakang... maka, hasilnya menjadi Nurkhadijah Izzati.
Semasa keinginan aku membuak-buak untuk menamakan anak aku dengan nama Khadijah, aku suka amat membaca kisah wanita teladan, isteri nabi : Khadijah binti Khuwailid. Dan pada setiap kali itu...... hati aku pasti tersentuh. Khadijah Khuwailid adalah wanita terbaik, penyejuk hati Rasulullah S.A.W.
Secebis kisah Khadijah binti Khuwailid dari: "Tokoh-tokoh Wanita di Sekitar Rasulullah SAW" karangan Muhammad Ibrahim Saliim.
Sesungguhnya ia adalah kedudukan yang tidak diperoleh seorang pun di antara para shahabat yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta khulafaur rasyidin. Hal itu disebabkan sikap Khadijah r.a. pada saat pertama lebih agung dan lebih besar daripada semua sikap yang mendukung da'wah itu sesudahnya. Sesungguhnya Khadijah r.a. merupakan nikmat Allah yang besar bagi Rasulullah SAW. Khadijah mendampingi Nabi SAW selama seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat beliau gelisah, menolongnya di waktu-waktu yang sulit, membantunya dalam menyampaikan risalahnya, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolongnya dengan jiwa dan hartanya. Rasulullah SAW bersabda :"Khadijah beriman kepadaku ketika orang- orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengaruniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia." [HR. Imam Ahmad dalam "Musnad"-nya, 6/118] Diriwayatkan dalam hadits shahih, dari Abu Hurairah r.a., dia berkata :"Jibril datang kepada Nabi SAW, lalu berkata :"Wahai, Rasulullah, ini Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah, makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhan-nya dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga, (terbuat) dari mutiara yang tiada suara ribut di dalamnya dan tiada kepayahan." [Shahih Bukhari, Bab Perkahwinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]
Semasa di sekolah, cikgu khadijah minta izin untuk panggil Khadijah dengan nama Kathy. Aku pun tanya kenapa nak panggil Kathy... panggil Khadijah lah. Cikgu balas, nama Khadijah tuh panjang sangat. Aku kata, tak lah.... Khadijah tuh nama pendek laa tuh, sebab.... nama panjangnya Nurkhadijah Izzati. Abang aku pun pernah suarakan benda yang sama.... Kathy, or nama ala-ala glamer yang lain, coz katanya duduk bandar..... sure bertukar gaks nanti tanpa boleh dikawal. Aku tak kira.... aku akan ajar Khadijah untuk mengekalkan nama itu tanpa diubah selain daripadanya. Lepas nieh, jangan ada sesapa yang nak tukar-tukar.... musti panggil Khadijah k.
Nota kaki : Anak jiran sebelah rumah aku sebaya dengan Khadijah dan dia panggil anak aku : Jah! Kes-kes cenggitu terpaksa dibolehkan. hehe
No comments:
Post a Comment