Thursday, August 23, 2007

Nisfu Syaaban

Tinggal 5 hari saja lagi ke Nisfu Syaaban – 28 Ogos 2007 (Selasa depan). Orang yang selalu mengingatkan aku tentang hari-hari penting termasuk hari Nisfu Syaaban adalah Mak. Mak akan telefon aku pada setiap 14 Syaaban setiap tahun tanpa gagal untuk ingatkan aku tentang amal ibadah yang digalakkan pada hari tersebut. Ingatan daripada Mak amat penting disebabkan aku kadangkala leka dengan hal keduniaan. Ingat pada mulanya.... tapi terkadang terlupa pada hari yang dinanti. Hari Nisfu Syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan baru (selepas Maghrib 14 Syaaban).

Antara amalan yang selalu Mak ingatkan aku :
1) Solat sunat nisfu Syaaban 2 rakaat selepas solat Maghrib
2) Baca surah Yassin 3 kali selepas Magrib
- Lepas Yassin pertama : Mohon dipanjangkan umur kerana ibadat kepada Allah
- Lepas Yassin kedua : Mohon rezeki halal untuk beribadat kepada Allah
- Lepas Yassin ketiga : Mohon ditetapkan iman dan Islam dan mati dalam iman dan mohon segala yang baik
3) Istigfar dan selawat
4) Baca doa Nisfu Syaaban
5) Puasa

Riwayat dari Osman bin al’As, sabda Nabi Muhammad S.A.W :”Pada malam nisfu Syaaban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman:”Orang-orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya, orang yang bertaubat maka Aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki dan perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.”

Wednesday, August 22, 2007

Merah jambu serasi selalu

Aku dan hubby bawa Khadijah bersiar-siar pada hujung minggu yang sudah. Keceriaan terpancar di wajah tatkala kemahuannya untuk berjalan dipenuhi dan disokong sepenuhnya. 25 Ogos nanti genaplah 2 bulan Khadijah telah menerima suntikan Botox. Dan kini, hasilnya makin terserlah.... tanpa memakai AFO, Khadijah dapat berjalan dengan pijakan kaki sepenuhnya.... tumit jejak ke tanah. Aku harapkan keadaan ini kekal..... tanpa suntikan botox kali kedua. Walau bagaimanpun, kami tak boleh leka dengan pencapaian Khadijah sekarang......kami perlu melatih Khadijah agar kakinya berada dalam kedudukan yang betul secara aktif walaupun dalam keadaan rehat (bukan semasa berjalan sahaja)...... stimulasi di bahagian kaki perlu dilakukan dengan kerap. Dan AFO perlu dipakaikan ketika Khadijah tidur sahaja (nieh pepandai sendiri... coz doktor suruh pakai AFO 24 jam)

Tanpa AFO, Khadijah lebih selesa. Dan, tanpa AFO juga membolehkan Khadijah berjalan menggunakan kasut biasa..... dengan warna yang serasi dengan dirinya..... merah jambu!

Monday, August 20, 2007

Khusyuk

Daddy solat..... Khadijah melalui bilik dan terpandang. Cepat-cepat dimintanya aku pimpin tangannya ke situ. Aku dudukkan Khadijah berdekatan dengan daddynya. Setiap kali daddy mengucapkan Allahuakbar..... maka, setiap kali itulah Khadijah akan mengangkat takbir (tangan bersedakapnya masih terbalik). Khadijah belum mengerti...... tapi, dia sudah mula belajar sesuatu yang amat penting dalam hidup.


Friday, August 17, 2007

Slrrruuuuuuuuuppppp!


Hari ini hari keempat Khadijah on medication. Batuk yang dulunya teruk... sekarang berkurang sedikit. Selsema yang dulunya pekat, sudah mencair.... dan kerap buat Khadijah susah untuk bernafas. Semalam adalah hari yang paling menyeksakan untuk Khadijah.... nampak mengantuk...... tapi tak dapat nak tidur disebabkan batuk dan selsema yang mengganggu segalanya, minum susu pun tak selesa. Kesannya, Khadijah keletihan yang amat dengan mata yang sangat kecik. Tapi masih ada hati nak berjalan-jalan walaupun dah cam orang mabuk. Tidur malam semalam pun tak lena. Aku dan hubby terpaksa mengerjakan hidungnya di tengah malam dua kali untuk melegakan ruang pernafasan Khadijah. Aku ada beli satu gadget nieh..... dan ianya sungguh berbaloi. Sedutan yang mesra dan lembut bisa mengeluarkan cecair di hidung yang tersumbat dan penuh.... dengan syarat ianya tak terlalu pekat.



Hari ini, tekak aku pula terasa perit dan mula batuk-batuk.... mungkin gaks sebab rajin menyedut hidung Khadijah. Tak kisahlah..... aku pernah terbaca..... kalau kita sakit, badan kita akan menghasilkan antibodi dan anak akan turut sama mendapat faedahnya pabila menyusu. Setiap yang berlaku, pasti ada rahmatnya. Esok hari terakhir antibiotik Khadijah..... semoga kami sekeluarga kembali sihat walafiat. insyaAllah.

Wednesday, August 15, 2007

Macam-macam Khadijah

Khadijah dah mula gemar suap makanan sendiri... tapi, nak aku pegang tangan dia jugak, suapan bersama laa kira-kiranya. Kalau pegangan sudu salah..... kita nak betulkan...... Khadijah lempar sudu tuh, dan tunjuk protest sambil berguling. hahahaha..... alahai..... apa-apa jer la.

Khadijah pandai angkat takbir..... kalau orang angkat takbir...... dia pun turut sama. Cuma tangan yang bersedakap tuh terbalik.

Dulu tengok crayon, tak der perasaan. Sekarang, (tapi kadang-kadang) bila nampak crayon.... diberi plak kertas..... maka suatu lakaran ringkas akan terhasil.


Suka pakai baju yang mak tok bagi..... bila dipuji cantik baju yang dipakai..... senyum menguntum dan menceriakan.

I like..... :-)

Tuesday, August 14, 2007

Ada sesuatu

Terlalu pantas masa berlalu…. terkadang aku rasakan diri ini letih lesu tak bermaya dan cukup mendukacitakan. Namun, setiap kali perasaan itu tiba, Khadijah seperti memberi kekuatan kepada diri ini. Pabila dia tersenyum dan melihat gayanya yang bersahaja, aku rasakan seperti dia mahu aku terus kuat dan sentiasa bersemangat dalam menempuhi setiap dugaan yang mendatang. Aku menangis…… tapi, tak lama… syukur… Allah terus memberi kekuatan kepada aku, keluarga sentiasa memberi sokongan, kata-kata perangsang yang menenangkan jiwa, kata-kata yang membakar semangat untuk terus berusaha yang terbaik dan tak berputus asa. Sejak hari pertama kelahiran Khadijah, doktor sudah menerangkan kemungkinan-kemungkinan yang mendatang….. tapi, aku berharap, sangat berharap dan terus berharap…. harapan yang sentiasa disusuli dengan doa agar semuanya baik. Aku sayangkan Khadijah, aku tak sanggup tengok anak aku dalam kesakitan dan kesusahan.

Setiap hari aku membuat keputusan. Dalam membuat sesuatu keputusan, aku mahukan keputusan yang dilakukan menguntungkan. Keputusan yang harus kami lakukan sekarang amat berat….berat kerana kami tiada ilmu yang berkaitan…. kami terus cari…. Kami tak jemu menggali… tapi, belum tentu dapat membantu keputusan yang akan kami lakukan….. hanya kepada Allah, tempat kami mengadu dan memohon pertolongan….. dan semoga kami diberi petunjuk daripadaNya. InsyaAllah.
Musim batuk sekarang.... Khadijah pun terkena gaks. Hari nieh dah mula makan antibiotik dan guna inhaler.

Wednesday, August 8, 2007

Cergas

8 Ogos 2007, aku dan seisi famili dengan berbesar hati ingin mengucapkan:
SELAMAT HARI JADI UNTUK
NURIN IRMIZA HASNANI
yang ke-3

Maksu dah kirim hadiah kat tok abah, nanti pi tuntut kay. Miza satu, kak long Dina pun satu... mungkin gaks sesuai untuk permainan mama mama.


Khadijah tetap cergas seperti kebiasaan: main, berjalan tanpa jemu, dan menari dengan gaya yang mencuit hati. Khadijah budak rajin, kecik-kecik pun dah tunjuk sikap ringan tulang. Pantang jumpa tisu..... dia akan lap almari, dinding dan lantai.... terkadang bukan tisu saja yang menjadi mangsa.... baju, tudung dan stokin pun diletakkan ke tahap yang sama seperti kain buruk. Lagi satu, Khadijah suka aktiviti lipat-melipat. Lipatannya tak pernah yang siap..... tapi, gayanya kemain lagik..... tebar kain ke kiri, ke kanan dan ditepuk-tepuk, ala-ala orang buat roti canai. Dan kegemaran terbaru, suka tengok orang basuh beras. Pantang dengar orang amik beras masuk dalam periuk..... terus cecepat nak pergi dapur dan tunggu sampai siap.


Tuesday, August 7, 2007

Sabar

Minggu sudah, Khadijah menunjukkan peningkatan lagi. Hati gembira tak terkata.... syukur, Alhamdulillah. Khadijah berjalan dengan penuh gaya disepanjang parallel bar, ayunan langkah yang sopan, pijakan penuh ke lantai dan keyakinan diri yang membina.


Dua telapak tangan
kecil dan comel
tekap di kepala
Dua telapak tangan
comel dan montel
letak di dahi
Dua telapak tangan
montel dan halus
marah-marah
Kenapa yayang?

Pagi tadi aku bawa Khadijah ke sekolah..... fikiran aku melayang. Aku terlepas simpang jalan masuk ke sekolah Khadijah dan terpaksa buat pusingan U selepas tol. Makanya melayang jugaklah RM2.00 bayar tol dan minyak tambahan hari ini tak semena-mena.

Friday, August 3, 2007

Khadijah... namamu teratas

Ketika kandunganku hampir mencecah usia 7 bulan dan disamping cabaran yang menyinggah...... aku mula memikirkan nama untuk puteri sulung idaman kami. Tatkala itu, nama Khadijah terus hadir dalam diri.... rasa teringin yang tak dapat dibendung, teramat indah nama itu. Aku diamkan saja hasrat hati aku itu. Satu hari selepas solat maghrib, hubby panggil aku, katanya.... "kita bagi nama Khadijah kat anak kita nak tak?" Aku pun terus setuju dan aku ceritakan padanya bahawa aku telah berfikir perkara yang sama :-) Asalnya... nama Khadijah sekadar Khadijah sahaja.... tapi, selepas Khadijah dilahirkan, ada tambahan dari tok-toknya.... sorang tambah nama depan, sorang nama belakang... maka, hasilnya menjadi Nurkhadijah Izzati.
Semasa keinginan aku membuak-buak untuk menamakan anak aku dengan nama Khadijah, aku suka amat membaca kisah wanita teladan, isteri nabi : Khadijah binti Khuwailid. Dan pada setiap kali itu...... hati aku pasti tersentuh. Khadijah Khuwailid adalah wanita terbaik, penyejuk hati Rasulullah S.A.W.
Secebis kisah Khadijah binti Khuwailid dari: "Tokoh-tokoh Wanita di Sekitar Rasulullah SAW" karangan Muhammad Ibrahim Saliim.
Sesungguhnya ia adalah kedudukan yang tidak diperoleh seorang pun di antara para shahabat yang terdahulu dan pertama masuk Islam serta khulafaur rasyidin. Hal itu disebabkan sikap Khadijah r.a. pada saat pertama lebih agung dan lebih besar daripada semua sikap yang mendukung da'wah itu sesudahnya. Sesungguhnya Khadijah r.a. merupakan nikmat Allah yang besar bagi Rasulullah SAW. Khadijah mendampingi Nabi SAW selama seperempat abad, berbuat baik kepadanya di saat beliau gelisah, menolongnya di waktu-waktu yang sulit, membantunya dalam menyampaikan risalahnya, ikut serta merasakan penderitaan yang pahit pada saat jihad dan menolongnya dengan jiwa dan hartanya. Rasulullah SAW bersabda :"Khadijah beriman kepadaku ketika orang- orang mengingkari. Dia membenarkan aku ketika orang-orang mendustakan. Dan dia memberikan hartanya kepadaku ketika orang-orang tidak memberiku apa-apa. Allah mengaruniai aku anak darinya dan mengharamkan bagiku anak dari selain dia." [HR. Imam Ahmad dalam "Musnad"-nya, 6/118] Diriwayatkan dalam hadits shahih, dari Abu Hurairah r.a., dia berkata :"Jibril datang kepada Nabi SAW, lalu berkata :"Wahai, Rasulullah, ini Khadijah telah datang membawa sebuah wadah berisi kuah, makanan atau minuman. Apabila dia datang kepadamu, sampaikan kepadanya salam dari Tuhan-nya dan beritahukan kepadanya tentang sebuah rumah di syurga, (terbuat) dari mutiara yang tiada suara ribut di dalamnya dan tiada kepayahan." [Shahih Bukhari, Bab Perkahwinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]
Semasa di sekolah, cikgu khadijah minta izin untuk panggil Khadijah dengan nama Kathy. Aku pun tanya kenapa nak panggil Kathy... panggil Khadijah lah. Cikgu balas, nama Khadijah tuh panjang sangat. Aku kata, tak lah.... Khadijah tuh nama pendek laa tuh, sebab.... nama panjangnya Nurkhadijah Izzati. Abang aku pun pernah suarakan benda yang sama.... Kathy, or nama ala-ala glamer yang lain, coz katanya duduk bandar..... sure bertukar gaks nanti tanpa boleh dikawal. Aku tak kira.... aku akan ajar Khadijah untuk mengekalkan nama itu tanpa diubah selain daripadanya. Lepas nieh, jangan ada sesapa yang nak tukar-tukar.... musti panggil Khadijah k.
Nota kaki : Anak jiran sebelah rumah aku sebaya dengan Khadijah dan dia panggil anak aku : Jah! Kes-kes cenggitu terpaksa dibolehkan. hehe

Thursday, August 2, 2007

Juara hati



Kalau dulu lagu teko sentiasa mendapat permintaan, sekarang tidak lagi. Juara carta telah diambil alih oleh lagu twinkle-twinkle little star dan diikuti oleh lagu watermelon. Setiap minit kena nyanyi dan selagi tak berkumandang, selagi itulah Khadijah minta. Aku suka bila dia menari bergoyang badan dan tangan mengikut lagu. Tapi tuh laa.... kenkadang aku teringin gaks laa nak nyanyi lagu yang lebih mencabar vokal ku ini... tapi Khadijah tak mo dengar plak.
Khadijah dah boleh memijak rata sambil melangkah 4-6 langkah mulai semalam.... dengan syarat berpaut pada sebelah tangan saja. Kalau kedua belah tangan dipegang, dia akan jalan menginjit jugak (lebih selesa). Apa-apa pun, setiap perkembangan terkini Khadijah walaupun sedikit akan membuatkan hati aku berbunga-bunga.