Usai solat subuh di surau Bayan Baru saya ke pasar Bayan Baru dan terserempak dengan tauke mee membawa masuk stok mee.
Kelihatan ianya di simpan dalam peti khas untuk bekalan yang lama.
Kata tok abah mereka mendapatkan stok dari Seberang. Bukan itu saja mereka juga membuat tauhu sendiri.
' Yang ni tauhu melayu. Tapi taugeh mereka dapatkan bekalan daripada pembekal cina', kata tok abah.
Naufal suka makan ikan yu pula kali ni. Kata Naufal sedap. Menurut tok abah, dulunya ikan ini menjadi kegemaran hanya kepada kaum india sahaja. Lantaran itu harganya cukup murah. Orang melayu tidak makan ikan ni sebab salah tanggapan yang mengatakan ikan yu ini sama dengan ikan jaws!
Namun kini anggapan tersebut tidak lagi berada dalam minda mereka. Permintaan terhadap ikan ini meliputi daripada semua kaum.
'Sebab itu harga dah mahal', telahan tok abah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment