Sunday, August 14, 2011

Berbuka puasa di rumah tok mama & tok abah

Alhamdulillah.

Semalam kami berkumpul beramai-ramai berbuka puasa bersama-sama. Pelbagai juadah disediakan antaranya ayam percik, kari ikan, udang, sayur campur, tempoyak, pari bakar madu giant, popia, serawa pisang, popia, lepat, karipap dan air juice guava special hotel edition.

Daripada reaksi Khadijah, ayam percik tok mama sedap agaknya. Berkali kali dipanggil minta di tambah isi ayam percik.

Tapi ianya tak boleh selalu sebab mungkin tok abah dan tok mama tak sampai hati nak tinggalkan cucu untuk ke masjid.

Sekali dalam bulan ramadhan, sudah amat mencukupi.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: