Rambut tidak beruban. Apa rahsianya tanya saya. Jawabnya bila bekerja, kita kena bekerja dengan ikhlas hati. Jangan mengejar akan jawatan kerana sekiranya kita mengejar jawatan/pangkat sudah pasti akan ada yang ditindas. Nasihat mereka, bekerjalah dengan ikhlas dan tiba masa anda tentu dapat. Insyaallah.
Mereka adalah batch yang terawal berkhidmat di mana waktu itu permulaan gaji sebanyak RM400.
Saya mengatakan kepada mereka anda jauh lebih baik daripada fresh graduate. Pengalaman kalian membangun bersama organisasi ini amat bernilai. Ianya seperti permata merah yang bersinar.
Mereka terkejut dengan kata saya. Kata mereka amat jarang mereka di nilai sedemikian rupa. Kebanyakkan fresh graduate tidak pandang mereka apa lagi nak dengar kata-kata mereka.
Saya kata tidak sama sekali bagi saya. Mereka tersenyum. Ianya senyuman penuh makna.
No comments:
Post a Comment